Blog alin

Monday 30 April 2018

Wanita terima akibat selepas minta rakan buat suntikan kosmetik dirumah kerana lebih murah



 Wanita terima akibat selepas minta rakan buat suntikan kosmetik dirumah kerana lebih murah | SEORANG wanita dikejarkan ke unit kecemasan awal bulan ini, setelah mukanya disuntik dengan bahan yang tidak dapat dikenal pasti oleh seorang rakannya. Elizaveta Tkachenko, 30, dari Rusia yang menetap di Stavropol, memutuskan untuk menyerlahkan ciri-ciri tertentu pada wajahnya dengan bantuan suntikan kosmetik, tetapi tidak bertemu ahli estetika terlatih, sebaliknya meminta rakannya, Irina, seorang akauntan, melakukan prosedur itu di rumah untuk kos yang lebih murah. Tvachenko, yang menyesal dengan keputusannya, mendakwa rakannya memberi jaminan bahawa dia hanya menggunakan bahan berkualiti dan peralatan yang disteril selain mendakwa mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini. Bibir dan bahagian berhampiran mata wanita itu telah disuntik dengan kandungan yang tidak diketahui jenis dan kadarnya.

Lain peserta yang lari, lain orang yang dapat medal



Lain peserta yang lari, lain orang yang dapat medal | PENGURUS acara maraton London menyiasat mengenai seorang penyamar yang merangkul medal selepas larian. Peserta maraton Jake Halliday memberitahu dia kehilangan nombor penyertaan kira-kira 15 minit sebelum tiba di garisan penamat. Disebabkan peraturan setiap peserta tidak dibenarkan berlari tanpa nombor, Jake terpaksa menarik diri selepas 34.6 kilometer.Namun malangnya nombor penyertaan Jake 35179 telah dijumpai oleh seorang individu yang menyamar sebagai peserta.

Program tv papar kisah wanita yang berjanji temu dengan 200 lelaki dalam tempoh 2 tahun untuk kikis harta mereka



Program tv papar kisah wanita yang berjanji temu dengan 200 lelaki dalam tempoh 2 tahun untuk kikis harta mereka | PROGRAM TV popular Korea Selatan 'Mars People XFile' baru-baru ini memaparkan kisah seorang wanita muda yang mendakwa mengadakan janji temu dengan 200 lelaki dalam tempoh dua tahun semata-mata untuk mengikis harta atau wang mereka. Wanita berkenaan, Han Mirim, mengakui ada kalanya dia berpisah dengan lelaki pada hari yang sama mereka bertemu, hanya kerana mereka mahu mengasingkan bil selepas makan di restoran atau hanya kerana mereka tidak bersedia untuk membelikannya hadiah atau menyara kehidupannya.

Wanita mabuk bertindak ganas selepas hidangannya tidak termasuk minuman



Wanita mabuk bertindak ganas selepas hidangannya tidak termasuk minuman | SEORANG wanita mabuk di New York, Amerika Syarikat (AS) di sebuah restoran makanan segera bertindak ganas hanya kerana hidangannya berharga AS$4 (RM15.70) tidak termasuk dengan minuman ringan. Polis kini memburu wanita berkenaan selepas tindakannya itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran Popeyes di Staten Island, New York pada Ahad lalu. Media tempatan melaporkan keadaan itu disebabkan pelaku mungkin keliru dengan sebuah rangkaian restoran lain seumpamanya apabila membuat pesanan.

Friday 27 April 2018

Wanita sembunyi mayat bayi baru lahir bawah katil kerana bayi itu lahir tanpa bapa yang sah



Wanita sembunyi mayat bayi baru lahir bawah katil kerana bayi itu lahir tanpa bapa yang sah | Seorang ibu muda yang baru melahirkan dilaporkan menyimpan mayat bayinya dalam beg lalu disorok di bawah katil. Wanita berusia 27 tahun dari Kecamatan Cicurug, Jawa Barat itu dipercayai baru melahirkan namun malangnya bayi tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Buntu memikirkan bayi itu lahir tanpa bapa yang sah, wanita tersebut mengambil keputusan menyembunyikan mayat bayinya di rumah. Bagaimanapun, perbuatannya itu terbongkar apabila jiran ternampak kelakuan yang mencurigakan ketika wanita itu membuang sampah di belakang rumah.

Wanita buka pakaian selepas bertengkar dengan bekas suami



Wanita buka pakaian selepas bertengkar dengan bekas suami | Gara-gara bertengkar dengan bekas suami, seorang wanita di China bertindak menanggalkan pakaian di khalayak ramai. Wanita itu secara kebetulan bertembung dengan bekas suaminya ketika berada di sebuah pusat membeli belah. Keduanya dikatakan mula bertengkar sehinggalah si bekas suami menampar pipi wanita itu. Menurut saksi, lelaki tersebut mengungkit pemberiannya kepada bekas isterinya itu. "Aku yang membeli telefon bimbit mu!. "Pakaian yang kamu pakai itu aku juga yang membelinya," teriak lelaki itu.

Wanita potong payudara sendiri di rumah selepas tidak tahan ia terlalu besar



Wanita potong payudara sendiri di rumah selepas tidak tahan ia terlalu besar | SEORANG ibu dengan tiga anak dilaporkan melakukan pembedahan membuang implan payudara sendiri di rumah yang pertama di dunia gara-gara tidak mampu menanggung saiznya yang besar. Tonia Rossington, dari Skegness, Lincolnshire, United Kingdom menjalani prosedur pembesaran payudara di Brussels, 14 tahun lalu, menyaksikan saiz payudaranya bersaiz 36B membesar kepada saiz 36F. Pada masa itu, nampak payudara besarnya kelihatan semula jadi, tetapi beberapa tahun kemudian, berat badannya susut dan dia mula tidak menyukai payudaranya.Dia melihatnya sebagai pelik dan baru menyedari bahawa dia tidak mampu menanggungnya untuk sepanjang hayat. Dia mula membuat pertimbangan tentang pilihan yang ada dan akhirnya memutuskan perkara terbaik untuk dilakukan ialah mengeluarkan implan itu sendiri.

Wanita ini kongsi pengalaman berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan selama 2 tahun untuk ke Sri Lanka


Wanita ini kongsi pengalaman berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan selama 2 tahun untuk ke Sri Lanka | Setiap orang mengimpikan untuk bercuti ke luar negara dan mengembara bersama teman-teman pasti menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Namun tidak ramai yang tahu nasib yang menimpa seorang wanita yang ingin berkunjung ke Sri Lanka apabila terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan selama dua tahun. Pada 2016, percutiannya ke negara Asia itu terpaksa dibatalkan meskipun tiket penerbangan telah dibeli lebih awal dan visa diluluskan, gara-gara terpaksa menggantikan rakan sekerja mengambil cuti bersalin. “2017, kali kedua mencuba. Tiket dah. Itinerary (jadual perjalanan) saya dah buatkan separuh. Visa pun dah. Dah daftar masuk penerbangan beberapa hari sebelum, sampai lapangan terbang nak letak bagasi, subhanallah! Ini kisah paling menyayat hati. Kenapa... kenapa? Kali kedua ‘terkandas’ tak boleh pergi. Badi apa yang melekat ni?"

Thursday 26 April 2018

18 orang maut sementara puluhan mangsa cedera ketika sebuah telaga minyak haram terbakar


18 orang maut sementara puluhan mangsa cedera ketika sebuah telaga minyak haram terbakar | Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu kebakaran besar di sebuah telaga minyak haram di Indonesia, kata pihak berkuasa semalam. Tumpahan minyak mencetuskan kebakaran besar sekitar pukul 1.30 pagi (waktu Indonesia) semalam di sebuah kawasan penempatan penduduk di Kampung Peureulak, wilayah Aceh di Pulau Sumatera. Gambar dari lokasi kejadian menunjukkan api menjulang se­tinggi 70 meter ke udara. “Angka korban berjumlah 18 orang dan 41 mangsa cedera. Kami masih tidak dapat mengawal api yang marak (setakat te­ngah hari semalam). “Kami tidak tahu sama ada terdapat mangsa yang lain ke­rana kami tidak dapat menghampiri lokasi kebakaran,” kata ketua agensi pengurusan bencana tempatan.

Daun emas berbentuk kubah jadi sasaran pencuri



Daun emas berbentuk kubah jadi sasaran pencuri | Daun emas yang membentuk kubah ‘kobis emas’ di atas sebuah bangunan bersejarah Secession di Vienna dicuri dalam satu kejadian di sini, kata polis. Menurut jurucakap polis, Irina Steifer berkata, Bangunan Seni Nouveau yang siap dibina pada 1989 itu sedang dalam proses dibaik pulih dan penjenayah berkenaan menggunakan perancah untuk memanjat kubah itu sekaligus menanggalkan enam hingga lapan helai daun emas.

Wanita gagal peroleh perisytiharan dirinya bukan beragama islam dan beragama Buddha



 Wanita gagal peroleh perisytiharan dirinya bukan beragama islam dan beragama Buddha | Seorang wanita yang mendakwa dilahirkan sebagai anak tak sah taraf kepada bapa beragama Islam dan ibu beragama Buddha, kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengisytiharkan dirinya bukan beragama Islam. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dianggotai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Suraya Othman menolak rayuan Rosliza Ibrahim. Rosliza merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 Jun 2017 yang menolak saman pemulanya untuk memohon perisytiharan bahawa dia beragama Buddha dan bukan beragama Islam.

Pelakon Ummi Nazeera dedah sedang hamil empat bulan 1 minggu



Pelakon Ummi Nazeera dedah sedang hamil empat bulan 1 minggu | Selepas lebih sembilan bulan mendirikan mahligai bersama Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, aktres Ummi Nazeera disahkan hamil empat bulan. Perkara itu dikongsi Ummi pada majlis perlantikannya sebagai duta produk Duo Be'Cell di ibu negara. Teruja bercerita, Ummi memberitahu, kandungannya mencecah usia empat bulan satu minggu. "Saya disahkan hamil ketika sedang menjalani penggambaran filem Gol & Gincu 2. Kebetulan, kaki saya cedera ketika berlatih bermain futsal. "Saya dibawa ke klinik yang diuruskan seorang doktor yang juga kenalan suami.

Wednesday 25 April 2018

Isteri mengaku ada hubungan sulit dengan jiran selama 2 tahun dan 'bersama' apabila suami tiada dirumah



Isteri mengaku ada hubungan sulit dengan jiran selama 2 tahun dan 'bersama' apabila suami tiada dirumah | Seorang wanita berkahwin mengaku menjalin hubungan cinta dengan jiran yang tinggal hanya 500 meter dari rumahnya. Ketika disoal siasat polis daerah Tebo, wanita itu dan kekasihnya yang juga sudah berkahwin mengaku sudah menjalin hubungan sulit selama dua tahun dan sering melakukan hubungan intim apabila suami wanita itu tiada di rumah.

Tingkap tercabut ketika pesawat di paras lebih 6,000 meter



Tingkap tercabut ketika pesawat di paras lebih 6,000 meter  | Pergolakan udara melampau yang berlarutan hingga 15 minit mengakibatkan tiga penumpang pesawat Air India cedera. Insiden yang berlaku ketika pesawat sedang naik dari ketinggian 2,438 meter (m) ke 6,400 m itu mengakibtkan panel tingkap tercabut. Times of India melaporkan kejadian itu berlaku ketika pesawat AI 462 dari Amritsar ke New Delhi. "Pergolakan udara itu menyebabkan panel tingkap berhampiran tempat duduk 18-A tercabut secara tiba-tiba, namun ia tidak menyebabkan tekanan pada kabin kerana tingkap bahagian luar tidak pecah," jelas laporan itu.

Gadis bawah umur dirogol bergilir-gilir oleh 4 lelaki dikawasan perkuburan



Gadis bawah umur dirogol bergilir-gilir oleh 4 lelaki dikawasan perkuburan | Seorang gadis bawah umur dilaporkan dinoda empat pemuda di sebuah kawasan tanah perkuburan di Surabaya minggu lalu. Mangsa dipercayai datang ke bandar itu untuk mencari pekerjaan sebelum berkenalan dengan salah seorang pemuda terbabit menerusi Facebook. Remaja itu lalu diperkenalkan dengan tiga lagi rakan pemuda tersebut yang mengajak mereka berseronok sambil meminum arak. Mangsa kemudian dibawa ke sebuah tanah perkuburan dan dinoda secara bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di situ.

Wanita cedera parah selepas dihempap anjing yang tiba-tiba jatuh dari sebuah bangunan



Wanita cedera parah selepas dihempap anjing yang tiba-tiba jatuh dari sebuah bangunan  | SEORANG wanita cedera parah selepas dihempap anjing yang tiba-tiba jatuh dari sebuah bangunan di selatan China. Akhbar tempatan, The Beijing News melaporkan, kejadian itu berlaku ketika wanita itu sedang berjalan di Guangzhou di wilayah Guangdong. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan haiwan itu menghempap kepala wanita itu. Wanita itu serta merta terjatuh dan pengsan. Seorang lagi wanita yang berjalan di sebelahnya dan mengendong bayi cuba membantu mangsa kejadian, tetapi gagal.

Tuesday 24 April 2018

Gara -gara kecuaian ibu bapa, bayi 10 bulan tercampak keluar dari van



Gara -gara kecuaian ibu bapa, bayi 10 bulan tercampak keluar dari van | Gara-gara kelalaian sepasang ibu bapa, seorang bayi berusia 10 bulan nyaris maut apabila tercampak keluar daripada van yang dinaiki dan dibiarkan di tengah jalan. Menurut laporan media tempatan, bayi malang tersebut diletakkan di tempat duduk bayi di bahagian belakang van namun tidak dipakaikan tali pinggang keselamatan, malah pintu van juga tidak ditutup rapat. Dalam kejadian 20 April itu, bayi tersebut terpelanting keluar ketika van yang dipercayai dipandu ayahnya membelok di sebuah jalan.

Lelaki dera teman wanita dan ditonton oleh pengguna media sosial menerusi Facebook Live



Lelaki dera teman wanita dan ditonton oleh pengguna media sosial menerusi Facebook Live | SEORANG lelaki bertindak mendera teman wanitanya yang berusia 21 tahun di Facebook Live dalam kejadian pada Isnin. Video itu telah membuatkan pengguna media sosial berasa terganggu dan mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk campur tangan bagi menyelamatkan wanita muda tersebut. Susulan video Chaichana Sirichart, 25, memaksa teman wanitanya yang sudah dalam keadaan berlumuran darah menampar wajahnya sendiri, polis mengenal pasti sebuah kondominium di kawasan Nawamin sebagai lokasi kejadian dan menyelamatkan wanita itu kira-kira pukul 7 petang.

Menteri dakwa internet telah wujud pada zaman purba



Menteri dakwa internet telah wujud pada zaman purba  | RAMAI yang tahu ahli politik kadang-kadang suka bercakap tentang perkara tidak masuk akal. Sebagai contoh seorang menteri dari India, Biplab Deb, baru-baru ini menyatakan bahawa internet telah wujud pada zaman purba Mahabharata. Bercakap di bengkel serantau mengenai Sistem Pengedaran Awam (PDS) di Agartala, Tripura, Deb memberitahu audiens bahawa internet dicipta 'beratus tahun lalu', bersama teknologi canggih lain seperti satelit dan bukan oleh negara-negara Barat, tetapi oleh kaum India purba. Dia berpendapat bahawa beberapa peristiwa dalam zaman Mahabharata menjelaskan teknologi ini mungkin telah wujud ribuan tahun yang lalu.

Lihat apa yang terjadi pada lelaki ini selepas hanya makan buah-buahan selama lapan tahun



Lihat apa yang terjadi pada lelaki ini selepas hanya makan buah-buahan selama lapan tahun | Seorang bekas profesor di Universiti Tokyo mendakwa dia menjadi manusia luar biasa apabila tubuhnya berupaya menukar nitrogen dalam udara kepada protein yang diperlukan badannya. Mizuki Nakano mendedahkan perkara itu selepas dia me­ngaku me­ngamalkan makan hanya buah-buahan selama lapan tahun, selain tidak minum air dan ha­nya bergantung kepada jus buah untuk kekal hidrasi. Oddity Central melaporkan, Nakano yang membuat kemun­culan dalam satu program tele­visyen di sini baru-baru ini memaklumkan bahawa dia memutuskan untuk mengamalkan diet buah-buahan pada 2009 selepas mempunyai keinginan untuk mengetahui apa yang akan terjadi pada tubuhnya jika dia hanya makan buah setiap hari.

Monday 23 April 2018

Dua kanak-kanak terpaksa 'buang perut' selepas berdepan masalah obesiti



Dua kanak-kanak terpaksa 'buang perut' selepas berdepan masalah obesiti | DUA beradik yang berdepan dengan masalah obesiti menjalani pembedahan bagi menyelamatkan nyawa mereka. Yogita yang berusia lapan tahun dan adiknya, Amisha,6, terpaksa dibedah kerana mengalami kesukaran bernafas berikutan berat badan berlebihan. Bapa kedua-dua beradik itu, Rameshbhai Nandwana,36, dari perkampungan Gujarat berkata: "Sukar memberitahu betapa gembiranya kami. "Satu perjalanan jauh untuk tiba ke saat ini dan menerima pertolongan dengan keputusan yang baik. "Kami sudah melihat keputusannya. Kami dapat melhat fizikalnya dan mereka seperti seorang kana-kanak. Kami sangat gembira dan teruja melihat mereka semakin pulih.

Lelaki bertemu semula dengan keluarga selepas terpisah selama 40 tahun melalui youtube



Lelaki bertemu semula dengan keluarga selepas terpisah selama 40 tahun melalui youtube | Seorang lelaki di India yang hilang selama 40 tahun akhirnya bertemu semula dengan keluarganya pada Khamis selepas videonya menyanyikan lagu popular Bollywood di Youtube menjadi tular. Khomdram Gambhir Singh, 66, disambut tangisan gembira keluarganya di Imphal di negeri timur laut Manipur yang ditinggalkannya selepas berpisah dengan isterinya pada 1978. "Saya pernah cuba untuk kembali ke rumah. Tetapi, saya tiada banyak pilihan," kata Singh. Selepas empat dekad, keluarga Singh akhirnya berjaya menjejaki lelaki itu selepas sebuah persatuan tempatan di Imphal memaklumkan tentang rakaman video di Youtube.

Gelagat jurugambar yang sanggup terjuntai atas pokok demi rakam gambar pengantin jadi perhatian



Gelagat jurugambar yang sanggup terjuntai atas pokok demi rakam gambar pengantin jadi perhatian | SEORANG jurugambar dari India sanggup melakukan apa sahaja demi merakamkan detik bermakna buat pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan. Vishnu Whiteramp tular di Internet selepas teknik yang digunakannya bagi mendapatkan gambar sempurna dimuat naik ke laman sosial. Rakaman tersebut menunjukkan Vishnu tergantung di sebatang pokok dengan keadaan kepalanya terjuntai ke bawah untuk mengambil gambar sepasang suami isteri, Shaiz dan Navya di Thrissur, Kerala.

Terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera parti politik berhampiran talian elektrik bervoltan tinggi



Terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera parti politik berhampiran talian elektrik bervoltan tinggi | TINDAKAN sekumpulan 10 lelaki memasang bendera parti politik berhampiran talian elektrik bervoltan tinggi di Kampung Parit Yusof, Muar membawa padah apabila empat daripada mereka terkena renjatan elektrik, semalam. Dalam kejadian dipercayai berlalu pada 1.30 pagi itu, kumpulan lelaki terbabit dikatakan cuba memacak tiang buluh untuk dipasang dengan bendera parti politik.Difahamkan, empat mangsa berusia 20-an hingga 40-an terbabit dipercayai sedang mengangkat tiang buluh berkenaan sebelum secara tiba-tiba berlaku renjatan kilat hingga menyebabkan mereka terpelanting.

Saturday 21 April 2018

Lelaki lupa kebumikan mayat bapa akibat terlalu sibuk bekerja



Lelaki lupa kebumikan mayat bapa akibat terlalu sibuk bekerja | AKIBAT terlalu sibuk bekerja, seorang lelaki terlupa mengebumikan mayat bapanya yang telah meninggal dunia dua bulan lalu. Masashi Kinoshita,49, memberitahu dia meninggalkan mayat bapanya itu di ruang tamu tanpa menguruskan pengebumian atau pembakaran mayat. Malah dia baharu menghubungi polis yang hadir menemui mayat Michio berusia 89 tahun di rumah keluara di pusat bandar Tokyo, Jepun. Pengawai penyiasat mendedahkan tiada sebarang kecederaan yang ditemui pada mayat itu.

Pelancong maut rebah ketika asyik berhibur di bar tarian bogel



Pelancong maut rebah ketika asyik berhibur di bar tarian bogel  | SEORANG pelancong warga Britain rebah selepas mengalami serangan jantung semasa menyaksikan persembahan di sebuah bar tarian bogel di Thailand. Lelaki yang berusia lingkungan 60an itu duduk di bar pada Rabu di Soi Cowboy di Bangkok. Saksi memberitahu lelaki tersebut duduk berdekatan dengan pentas sebelum jatuh ke lantai. Kakitangan bar bergegas memberikan bantuan pernafasan tetapi pelancong berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Friday 20 April 2018

Lelaki rela tukar nama selepas anak malu sering diejek dengan nama ayahnya



Lelaki rela tukar nama selepas anak malu sering diejek dengan nama ayahnya | SEMEMANGNYA nama itu sesuatu yang istimewa buat setiap individu dan kerana sayangnya kepada anak, seorang bapa rela menukar namanya. Dilahirkan dengan nama Kentut, seorang penjual mi di Tangerang secara rasmi menukar namanya kepada Ihsan Hadi. Segala-galanya kerana anak lelakinya yang berusia tujuh tahun malu dengan nama ayahnya itu. Kata Ihsan, anaknya sering kali enggan ke sekolah kerana selalu diejek kawan-kawannya kerana namanya itu. Beliau yang tidak tahu kenapa dinamakan Kentut ketika lahir di Solo, Jawa Tengah pada 1988 telah membuat keputusan untuk menukar namanya.

Lelaki maut tembak diri sendiri semasa buat 'FB Live'



Lelaki maut tembak diri sendiri semasa buat 'FB Live'  | Seorang lelaki maut selepas menembak dirinya sendiri mengunakan pistol buatan sendiri menerusi video penstriman secara langsung di laman sosial Facebook (Facebook Live) di wilayah Samut Prakan, awal pagi Khamis. Balai Polis Bang Plee menerima maklumat berhubung kejadian bunuh diri yang berlaku di tempat letak kereta Nilabol Condo di Kampung Moo 9 di Tambon Bang Plee Yai, daerah Bang Plee, pada pukul 3 pagi. Naphattarakul Phachayakan, 37, maut selepas menembak di bahagian dahi. Mayatnya ditemui di hadapan trak pikapnya. Pistol buatan sendiri jenis 38 Revolver dijumpa bersebelahan dengan mayat.

Guru sekolah rendah paksa murid tonton klip video lucah ketika masa PJK


Guru sekolah rendah paksa murid tonton klip video lucah ketika masa PJK | Seorang guru sekolah rendah di daerah Glagah, Banyuwangi didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral apabila memaksa muridnya menonton klip video lucah. Guru berusia 57 tahun itu melakukan perbuatan tersebut setiap kali mengendalikan subjek Pendidikan Jasmani. "Pada awalnya, kami ditunjukkan video lawak jenaka. Tapi tidak lama selepas itu, kami ditunjukkan pula video adegan orang dewasa telanjang," kata salah seorang murid. Difahamkan, ini bukan kali pertama guru terbabit melakukan perbuatan berkenaan.

Anak yang bekerja penghantar barang sanggup bawa ibu setiap hari sejak disahkan menghidap alzheimer



Anak yang bekerja penghantar barang sanggup bawa ibu setiap hari sejak disahkan menghidap alzheimer | Kasih ibu yang tiada bandingannya mendorong seorang penghantar barang di China untuk tidak mengabaikan tanggungjawab menjaga insan istimewa itu. Tambah menyentuh perasaan, ibunya yang berusia 92 tahun menghidap Alzheimer. Susulan itu, Cai Yujud sanggup membawa ibunya bersama ketika bekerja menghantar barang ke kedai komputer sekitar bandar ini. Bagi memastikan ibunya, Yung Suxiu selesa, lelaki berusia 52 tahun itu telah mengubah suai motosikalnya.

Thursday 19 April 2018

Maut gara-gara sukar bernafas selepas tertelan belon ketika bermain



Maut gara-gara sukar bernafas selepas tertelan belon ketika bermain | Seorang kanak-kanak berusia dua tahun menemui ajal gara-gara tertelan belon ketika bermain. Nawaz Siddiq, dikatakan bermain bersama rakan berhampiran rumahnya di Chikkakammanahalli. Anak keempat kepada pasangan Abubakar Siddiq dan Reshma itu kemudian disedari mengalami kesukaran bernafas. Reshma bergegas membawa anaknya mendapatkan rawatan namun Nawaz dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Suami rancang pembunuhan isteri dengan kekasih



Suami rancang pembunuhan isteri dengan kekasih | Seorang suami tergamak mengupah pembunuh upahan bagi menamatkan riwayat isterinya dalam satu kejadian di Jambi. Suspek bertindak demikian kerana bimbang hubungan sulitnya dengan seorang wanita yang telah terjalin selama dua tahun terbongkar. Polis berkata, pembunuhan tersebut dirancang suspek dan kekasihnya, kira-kira seminggu lalu. "Pada mulanya, mereka menggunakan ilmu hitam namun mengubah rancangan kerana mahu mangsa mati dengan cepat. "Pembunuh upahan itu pula orang yang mereka kenali. Dia dijanjikan sejumlah wang dan barang kemas mangsa," kata polis.

Anda ingin subsidi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 14 ini? Cuba cara ni..



Anda ingin subsidi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 14 ini? Cuba cara ni.. | Adakah anda ingin menjimatkan kos perjalanan untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bulan depan? Jika ya, anda pasti tidak ingin melepaskan peluang untuk mendapatkan subsidi perjalanan sebanyak RM50 yang ditawarkan Many Colors, One Race (Pelbagai Warna, Satu Bangsa) dengan cara mudah dan menyeronokkan ini.Pengasasnya, Anas Zubedy berkata, subsidi perjalanan itu kali pertama dianjurkan bagi membantu rakyat Malaysia menjimatkan perbelanjaan mereka demi menunaikan tanggungjawab pada hari tersebut. "Konsepnya adalah siapa cepat, dia yang dapat. Buat masa ini tawaran ini terhad kepada 200 penyertaan terawal.

Wednesday 18 April 2018

Bekas hakim tinggi dan isteri dihukum penjara selepas bersalah dera pembantu rumah yang berusia 10 tahun


Bekas hakim tinggi dan isteri dihukum penjara selepas bersalah dera pembantu rumah yang berusia 10 tahun | Seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan isterinya dijatuhi hukuman setahun penjara, selepas disabit bersalah mendera kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang juga merupakan pembantu rumah mereka. Hakim Aamer Farooq dari Mahkamah Tinggi Islamabad semalam turut memerintahkan Raja Khurram Ali Khan dan isterinya Maheen Zafar membayar denda berjumlah 100,000 rupee (RM3,357). Kes penderaan itu terbongkar apabila polis menyelamatkan mangsa pada 2016 selepas menerima aduan daripada jiran tertuduh.

Pembantu rumah Filipina dipaksa minum cecair pelutur malah tidak dibayar gaji



Pembantu rumah Filipina dipaksa minum cecair pelutur malah tidak dibayar gaji | Seorang pembantu rumah Filipina dimasukkan ke hospital di Arab Saudi setelah dipaksa majikannya untuk meminum cecair peluntur, lapor Jabatan Hal Ehwal Luar Negara Filipina (DFA). Agnes Mancilla, terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan cecair tersebut selepas dikejarkan ke hospital pada 2 April lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri. "Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Jizan bagi memastikan keadilan buat Agnes Mancilla," ujar Konsul Jeneral Edgar Badajos.

Lelaki sanggup bunuh isteri kerana ketagih Facebook dan WhatsApp



Lelaki sanggup bunuh isteri kerana ketagih Facebook dan WhatsApp | Seorang lelaki di sini bertindak di luar batasan apabila sanggup membunuh isterinya yang didakwa ketagih Facebook dan WhatsApp baru-baru ini. Lelaki dikenali sebagai Hariom, 35, itu mencekik isterinya, Luxmi, 32, semasa dia sedang tidur di rumah flat mereka di Gurgaon, sebuah bandar berhampiran New Delhi. Bapa mangsa menemui Hariom duduk di sisi mayat isterinya sebelum dia menghubungi pihak polis. Hariom mendakwa, isterinya menghabiskan masa siang dan malam melayari Facebook dan berbalas WhatsApp sehingga mengabaikan dirinya dan anak-anak mereka.

Kanak-kanak ini dikatakan ajaib selepas berjaya sembuh dari penyakit kanser yang dihidapinya tanpa sebarang rawatan


Kanak-kanak ini dikatakan ajaib selepas berjaya sembuh dari penyakit kanser yang dihidapinya tanpa sebarang rawatan | Seorang pelajar sekolah di sini dianggap kanak-kanak ajaib selepas berjaya sembuh daripada penyakit kanser yang dihidapinya tanpa sebarang rawatan. Julian Malankowska, 8, telah didiagnosis dengan Leukemia Limfoblastik Akut untuk kali keempat pada Jun 2017 selepas pelbagai rawatan yang dijalani gagal memulihkan kesihatannya. Kanak-kanak itu kemudian tidak lagi menerima rawatan selepas pegawai perubatan mendakwa tiada lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menyembuhkannya.

Ibu buat laporan polis selepas video dan gambar anak susah bangun dalam teksi tersebar



Ibu buat laporan polis selepas video dan gambar anak susah bangun dalam teksi tersebar | Seorang pemandu teksi terpaksa bertindak membawa penumpangnya ke Balai Polis Sikamat di sini selepas lelaki tersebut gagal dikejutkan daripada tidur dalam kejadian Ahad lalu. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lelaki berusia 20-an itu menaiki teksi dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Taman Sri Pulai, Sikamat di sini pada pukul 9 pagi. Katanya, bagaimanapun lelaki itu tertidur semasa dalam perjalanan dan gagal dikejutkan oleh pemandu teksi apabila tiba di kawasan perumahan berkenaan.

Tuesday 17 April 2018

Sejenis bakteria pemakan daging kini merebak di Melbourne



Sejenis bakteria pemakan daging kini merebak di Melbourne | Sejenis bakteria pemakan daging dilaporkan semakin merebak di beberapa kawasan di sini dalam keadaan pasukan pakar perubatan masih gagal mengenal pasti punca penyebaran bakteria itu . Wabak ulser Buruli yang menyebabkan daging manusia mudah menjadi busuk, lazimnya hanya ditemui di negara Afrika. Namun kini ditemui di beberapa kawasan Victoria Morington dan semenanjung Bellarine di sini.

Wanita mengaku dia sering disangka kekasih anak selepas kelihatan terlalu muda walaupun berumur 50an



Wanita mengaku dia sering disangka kekasih anak selepas kelihatan terlalu muda walaupun berumur 50an | SEORANG wanita telah memukau pengikutnya di media sosial dengan wajah awet mudanya sejak beberapa tahun lalu, tetapi baru-baru ini berjaya menarik perhatian seluruh dunia dengan gambar berbikini di Tasik Baikal, di sempadan Mongolia. Orang ramai seakan tidak percaya dengan wajah dan bentuk badan Liu Yelin yang dilihat tidak sepadan dengan usianya, 50 tahun, sekali gus menyebabkan dia menjadi buruan media. Yelin pertama kali menjadi tajuk utama berita antarabangsa pada Mei tahun lepas, apabila dia mendedahkan bahawa orang ramai sering menyangka dia adalah teman wanitanya anaknya yang berusia 23 tahun. Anaknya, Xie Yixuan tidak menafikan perkara tersebut.

Monday 16 April 2018

Peguam maut bakar dirinya sendiri bagi membantah pencemaran alam



Peguam maut bakar dirinya sendiri bagi membantah pencemaran alam | Seorang peguam dan aktivis gay Amerika Syarikat (AS) maut selepas membakar dirinya di sebuah taman di New York sebagai satu bantahan terhadap kemusnahan alam sekitar, lapor media tempatan. The New York Times melaporkan, David Buckel, 60, disahkan mati selepas dia membakar dirinya di Taman Prospect di Brooklyn pada awal pagi kelmarin. Dalam satu nota yang diedarkan kepada media, Buckel memberitahu, dia menggunakan minyak fosil untuk membakar dirinya sebagai simbolik apa yang berlaku pada Bumi.“Pencemaran memusnahkan planet kita, meracuni penghuninya melalui udara, tanah, air dan cuaca.

Pasangan ini berkahwin pada usia muda selepas pengantin perempuan mengaku takut tidur bersendirian



Pasangan ini berkahwin pada usia muda selepas pengantin perempuan mengaku takut tidur bersendirian | TAKUT tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda. Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini. Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.

Donald Trump didakwa ada anak luar nikah berusia 29 tahun






Donald Trump didakwa ada anak luar nikah berusia 29 tahun  | Rahsia Donald Trump yang didakwa mempunyai anak luar hasil hubungan sulit bersama pekerja di kediamannya telah disimpan rapi bekas penjaga pintu Menara Trump. Bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Dino Sajudin didakwa telah menerima bayaran berjumlah AS$30,000 (RM116,250) dari sebuah tabloid dikenali sebagai National Enquirer. Bagaimanapun, setakat ini, tiada bukti kukuh berhubung dakwaan presiden Amerika Syarikat (AS) itu adalah bapa kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 29 tahun.


Suami orang mengaku jumpa janda anak empat untuk puaskan nafsu mereka ketika diserbu Jabatan Agama



Suami orang mengaku jumpa janda anak empat untuk puaskan nafsu mereka ketika diserbu Jabatan Agama | LELAKI berstatus suami orang mengaku berjumpa pasangannya yang juga janda anak empat untuk memuaskan nafsu mereka ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah bilik sewa di bandar raya Kuala Terengganu, Rabu lalu. Malah, lelaki berusia 40 tahun dan janda berusia 46 tahun itu dianggap tidak insaf memandangkan mereka sebelum ini pernah dicekup atas kesalahan sama pada bulan lalu.Menurut sumber, serbuan dilakukan pada 11.30 malam selepas menerima maklumat awam memaklumkan terdapat pasangan belum berkahwin berada di dalam bilik sewa. Katanya, sebaik anggota penguat kuasa sampai di lokasi kejadian, pintu utama tertutup rapat sebelum ia dibuka seorang perempuan yang hanya bertuala.

Sunday 15 April 2018

Ibu bapa diselar enggan guna duit sumbangan untuk menampung kos perubatan anak hidap tumor



Ibu bapa diselar enggan guna duit sumbangan untuk menampung kos perubatan anak hidap tumor  | Sepasang ibu bapa warga China yang merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos perubatan anak mereka yang disahkan menghidap tumor di mata didakwa enggan menggunakan wang tersebut untuk membiayai rawatannya. Pasangan yang berasal dari wilayah terpencil di Taikang itu dikatakan memohon sumbangan berjumlah 150,000 yuan (RM 92,750) bagi merawat anak kecil mereka bernama Yaya yang menghidap tumor di mata. Bagaimanapun, setelah wang berjaya dikumpul, ibu bapa kanak-kanak berusia tiga tahun itu enggan membawanya ke hospital bagi menjalani kemoterapi dengan alasan rawatan tersebut terlalu menyakitkan dan mahal.

Friday 13 April 2018

Suspek bunuh penyanyi hamil 6 bulan bakal didakwa atas dua kesalahan membunuh


 Suspek bunuh penyanyi hamil 6 bulan bakal didakwa atas dua kesalahan membunuh | Seorang penyanyi yang hamil enam bulan maut ditembak seorang lelaki kerana enggan memenuhi permintaan untuk menari ketika membuat persembahan. Samina Samoon, 24, sedang menyanyi di sebuah majlis perkahwinan apabila dia dipelawa oleh Tarique Ahmed Jatoi untuk menari bersama. Bagaimanapun, pelawaannya ditolak dan suspek yang berang lalu bertindak menembak mangsa. Samoon gagal diselamatkan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Anda pertama kali mengundi? Ini adalah 8 perkara yang anda harus tahu #PRU14


 Anda pertama kali mengundi? Ini adalah 8 perkara yang anda harus tahu #PRU14 | Tarikh 9 Mei yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan tarikh penting bagi warga Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas. Malah tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 28 April ini dan pengundian awal pula pada 5 Mei. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, ber­da­sarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017, seramai 14,940,624 pemilih layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Jumlah yang membabitkan pemilih biasa seramai 14,636,716, pemilih awal tentera, polis dan pasangan (300,255) dan pengundi tidak hadir luar negara (3,653) dalam pilihan raya kali ini.

Kanak-kanak ini diberi ubat pelali kemudian diperkosa berulang kali oleh 6 lelaki sebelum dibunuh



Kanak-kanak ini diberi ubat pelali kemudian diperkosa berulang kali oleh 6 lelaki sebelum dibunuh  | Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diberi ubat pelali dan diperkosa berulang kali oleh enam lelaki, sebelum kepalanya dihentak dengan batu sehingga maut. Pada petang 10 Januari lalu, Asifa Bano yang berasal dari dari daerah Jammu di India tidak pulang ke rumah setelah diminta membawa balik kuda milik keluarganya dari sebuah padang ragut. Namun lima hari kemudian mayat kanak-kanak malang itu ditemui di kawasan hutan berhampiran. Berdasarkan siasatan, Bano dikurung di sebuah kuil selama beberapa hari dan diberi ubat pelali sebelum didera dan diperkosa berulang kali.

Thursday 12 April 2018

Lelaki bogel tahan malu minta bantuan selepas alat mainan seks terlekat di dubur



Lelaki bogel tahan malu minta bantuan selepas alat mainan seks terlekat di dubur | SEORANG lelaki menahan malu meminta pertolongan di sebuah stesen minyak dalam keadaan bogel. Lelaki yang didedahkan namanya itu berjalan dalam keadaan bogel menuju ke ambulan yang berada di stesen minyak di Saavedra, Buenos Aires, Argentina. Dipercayai alat permainan seks terlekat dibahagian duburnya, dan tidak diketahui bagaimana ia berlaku. Dia dirakam berjalan dalam keadaan tidak selesa sambil kedua-dua belah tangannya menutup kemaluan.

Demi maruah, pengantin sanggup 'sewa' duit mas kahwin, emas, dan kereta Mercedes




Demi maruah, pengantin sanggup 'sewa' duit mas kahwin, emas, dan kereta Mercedes  | SYARIKAT pengurusan acara yang berpangkalan di Chiang Mai, Romantiese, telah menjadi tajuk berita di Thailand untuk perkhidmatan terbaru mereka yang luar biasa. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan sewa mas kahwin untuk pasangan yang tidak mampu tetapi mahu menghormati dan menjaga maruah serta air muka ibu bapa mereka pada hari perkahwinan. Dikenali sebagai 'sin sod', sistem mas kahwin masih diamalkan dalam budaya Thai sebagai tanda menghormati ibu bapa pengantin perempuan yang telah membesarkan anak mereka dengan baik dan membuktikan bahawa pasangannya mampu memulakan sebuah kehidupan berkeluarga.