Blog alin

Wednesday 25 April 2018

Wanita cedera parah selepas dihempap anjing yang tiba-tiba jatuh dari sebuah bangunan



Wanita cedera parah selepas dihempap anjing yang tiba-tiba jatuh dari sebuah bangunan  | SEORANG wanita cedera parah selepas dihempap anjing yang tiba-tiba jatuh dari sebuah bangunan di selatan China. Akhbar tempatan, The Beijing News melaporkan, kejadian itu berlaku ketika wanita itu sedang berjalan di Guangzhou di wilayah Guangdong. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan haiwan itu menghempap kepala wanita itu. Wanita itu serta merta terjatuh dan pengsan. Seorang lagi wanita yang berjalan di sebelahnya dan mengendong bayi cuba membantu mangsa kejadian, tetapi gagal.


Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dan dirawat kerana mengalami kecederaan serius. Bagaimanapun, anjing yang jatuh dari bangunan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.-SCMP



#cederaparah #rakamancctv #rakamankameralitartertutup




.

No comments:

Post a Comment