Blog alin

Tuesday 30 October 2018

Inilah antara berita, video dan gambar palsu mengenai insiden pesawat Lion Air JT-610



Inilah antara berita, video dan gambar palsu mengenai insiden pesawat Lion Air JT-610 | Mengambil kesempatan ke atas sebuah tragedi yang meragut nyawa dengan menyebarkan berita, video dan gambar palsu tidak seharusnya berlaku. Namun itulah yang terjadi terhadap insiden pesawat Lion Air JT-610 yang membawa 189 penumpang dan anak kapal yang terhempas ke dalam laut di perairan Karawang dekat Pulau Jawa semalam. Sejak insiden malang itu berlaku kira-kira pukul 6.33 pagi semalam tidak kurang lima gambar dan video palsu ditularkan di media sosial berkaitan pesawat dan penumpang Lion Air JT-610 itu. Lebih malang gambar dan video yang ditularkan tersebut merupakan gambar dan video lama yang sama sekali tidak ada kena menggena dengan Lion Air JT-610 namun melibatkan pesawat lain. Berikut antara gambar dan video palsu tular mengenai tragedi Lion Air JT-610: 1. Gambar seorang kanak-kanak perempuan yang diikat kemas dengan jaket keselamatan ditemui terapung tanpa kecederaan di tengah laut hari ini.

Monday 29 October 2018

10 perkara anda perlu tahu tentang Pangkal Pinang destinasi pesawat Lion Air yang terhempas


10 perkara anda perlu tahu tentang Pangkal Pinang destinasi pesawat Lion Air yang terhempas | Pesawat Lion Air JT 610 1 yang telah disahkan terhempas di utara laut Karawang , Jawa Barat telah meninggalkan lapangan terbang di Jakarta pada jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi. Ia dijadualkan untuk tiba di Pangkal Pinang di daerah Bangka, Indonesia pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia). Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin. Buat masa ini, Astro AWANI difahamkan pesawat membawa 189 penumpang dan anak kapal 1 termasuk 181 penumpang dan tujuh kru kabin. Berikut merupakan 10 perkongsian Astro AWANI berhubung bandar Pangkal Pinang di Bangka, Indonesia.

Saturday 27 October 2018

Suami pukul isteri hingga cedera selepas berang kereta calar dalam satu kemalangan



Suami pukul isteri hingga cedera selepas berang kereta calar dalam satu kemalangan  | Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan lebam di mata serta tangan apabila dipukul suaminya yang berang berikutan terdapat kesan calar di kereta lelaki itu selepas isterinya terlibat dalam kemalangan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata wanita itu membuat laporan polis pada 9.46 malam tadi dan mendakwa mangsa yang berusia 40 tahun dicederakan suaminya dalam kejadian pukul 5.15 petang semasa berada di rumah mereka di Butterworth. "Suami mangsa berusia 42 tahun berang selepas mendapati keretanya calar kerana isterinya terlibat dalam kemalangan bertindak memukul wanita itu dengan menarik rambut, memukul menggunakan tangan serta kerusi, menolak dan menghentak kepala mangsa ke dinding sebelum melarikan diri. "Semasa kejadian, ibu mangsa yang berada di rumah mereka turut sama menghalang suspek dari terus mencederakan anak perempuannya itu namum tidak berjaya," katanya di sini Jumaat.

Friday 26 October 2018

Pemilik terkejut pokok pisang yang ditanam berbuah lebat hingga hampir mencecah tanah



Pemilik terkejut pokok pisang yang ditanam berbuah lebat hingga hampir mencecah tanah | PELIK tapi benar… Begitulah ceritanya apabila pokok pisang di belakang rumah berbuah lebat sehingga hampir mencecah ke tanah. Dipercayai terdapat lebih 1,000 buah dalam setandan pisang yang mengejutkan orang ramai. Peristiwa pelik itu berlaku di sebuah kampung di Dusun Glintung, Desa Kepatihan, Kecamatan Menganti, Gresik yang terletak di Jawa Timur, Indonesia. Pemilik pohon berkenaan iaitu pasangan suami isteri Muhajir, 42, dan Jumiati, 42, berkata, mereka menanam beberapa pokok pisang di belakang rumah kira-kira setahun lalu dan terkejut apabila salah satu daripadanya berbuah pelik. Jumiati berkata, semasa ditanam tiada berlaku pekara aneh sebaliknya ia membesar sepeti pokok pisang lain namun sejak sebulan lalu, mereka mula melihat sesuatu apabila tandannya semakin memanjang.

Tuesday 23 October 2018

Kisah lelaki ‘bawa lari’ anak usia 3 tahun ke Vietnam selama 24 hari tanpa bawa isteri jadi tular



Kisah lelaki ‘bawa lari’ anak usia 3 tahun ke Vietnam selama 24 hari tanpa bawa isteri jadi tular | Bagi mereka yang gemar mengembara, rakan peneman sudah tentu dipilih daripada kalangan sahabat rapat atau 'sekepala' agar percutian yang dinikmati lebih seronok. Berlainan dengan seorang bapa, Mohd Faizil Muhamad, 33, yang selesa membawa anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Zayyan Nafis sebagai peneman dirinya untuk mengembara selama 24 hari ke Vietnam pada Julai lalu. Kata Mohd Faizil, dia tidak membuat perancangan terperinci sebelum berkelana ala 'backpacker' bersama anaknya itu kerana ingin meneroka setiap destinasi menarik yang terdapat di negara tersebut. "Saya memang suka bawa Ayyan (Muhammad Zayyan Nafis) mengembara cara macam ni. Kalau ajak kawan-kawan, tak ramai yang boleh ambil cuti selama itu. "Isteri saya pula bekerja, jadi saya bawa anak untuk teman saya. Cuma, bila 'travel' dengan budak ni, kita yang kena ikut masa dia dan pastikan dia dapat masa tidur secukupnya," katanya ketika dihubungi.

Monday 22 October 2018

Tindakan lelaki kongsi foto jenazah isteri dan bayi bakal lahir dalam keranda menyentuh hati ramai



Tindakan lelaki kongsi foto jenazah isteri dan bayi bakal lahir dalam keranda menyentuh hati ramai | TINDAKAN seorang lelaki yang berkongsi gambar isterinya sambil memegang bayi perempuan yang sudah tidak bernyawa menyentuh hati netizen. Zach Kincaid, 34, sedang berbual dengan isterinya Krystil, 29, di telefon apabila seorang lelaki mabuk merempuh van mini dipandu wanita tersebut di Hemet, California pada 9 September lalu. Rempuhan kuat itu menyebabkan Krystil dan bayi perempuan dalam kandungannya maut di tempat kejadian. Krystil baharu sahaja pulang kerja dan mengambil cuti sebagai persediaan untuk bersalin pada hari kemalangan itu. Awal minggu ini, Zach berkongsi gambar Krystil di dalam keranda sambil memegang bayi perempuannya yang sepatutnya menunggu masa untuk dilahirkan dalam tempoh seminggu lagi. Dia berharap agar gambar itu memberi pengajaran kepada orang ramai mengenai bahaya memandu dalam keadaan mabuk. "Saya memuatnaik gambar tersebut supaya orang ramai boleh melihat sendiri mimpi ngeri yang saya lalui bersama dengan anak saya selepas ini.

Friday 19 October 2018

Lelaki hilang isteri dan anak selepas palsukan kematian sendiri untuk dapat bayaran insurans



Lelaki hilang isteri dan anak selepas palsukan kematian sendiri untuk dapat bayaran insurans | Gara-gara mempalsukan kematian sendiri untuk mendapat bayaran insurans, seorang lelaki di China kehilangan isteri dan dua anaknya yang dilaporkan membunuh diri. Lelaki berusia 34 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas keretanya ditemui di dalam sungai walaupun 'mayatnya' gagal ditemui. Menurut polis, He bagaimanapun tidak memaklumkan kepada isterinya tentang rancangan tersebut dan wanita itu percaya suaminya benar-benar meninggal dunia. Dia yang sedih atas kehilangan suaminya itu nekad terjun ke dalam kolam bersama anak-anaknya selepas memuat naik nota bunuh diri di internet. He kemudiannya menyerah diri kepada polis di daerah Xinhua, wilayah Hunan pada Jumaat lalu. Dia didakwa atas tuduhan penipuan insurans dan kerosakan harta benda yang disengajakan.

Sunday 14 October 2018

Bintang filem terkenal ini hidup sederhana walaupun terlalu kaya


Bintang filem terkenal ini hidup sederhana walaupun terlalu kaya | Memang berharta namun sudah jadi perangai tuan punya badan untuk berjimat-cermat! Siapa sangka bintang filem Hong Kong, Chow Yun-Fat, 63 tahun selesa mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Beliau dilaporkan lebih gemar menikmati makanan di gerai dan menggunakan telefon bimbit yang sama lebih 17 tahun!Baru-baru ini, isteri beliau Jasmine Tan mendedahkan suaminya yang cukup sinonim dengan filem, 'Crouching Tiger Hidden Dragon’ itu baharu sahaja dapat menukar telefon bimbitnya kepada sebuah telefon pintar selepas yang lama rosak. Bernilai lebih RM2.97 bilion, Chow masih menganggap dirinya sebagai individu biasa.

Saturday 13 October 2018

Pemakaian kasut sekolah hitam berkuatkuasa sepenuhnya bermula 2021



Pemakaian kasut sekolah hitam berkuatkuasa sepenuhnya bermula 2021 | Pemakaian kasut sekolah berwarna hitam di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan hanya akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 2021, kata Kementerian Pendidikan (KPM). KPM dalam kenyataan hari ini, berkata peraturan itu bagaimanapun akan dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 sebelum diperluas penggunaannya pada 2020. "Dalam tempoh transisi tersebut, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut berwarna putih," kata KPM.Menurut kementerian itu lagi dalam tempoh tersebut juga pihak sekolah diminta tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid memakai kasut berwarna hitam. Ibu bapa juga dinasihatkan tidak tergesa-gesa menyediakan kasut berwarna hitam untuk anak-anak mereka memandangkan murid masih mempunyai pilihan untuk memakai kasut putih sehingga 2020.

Friday 12 October 2018

Menteri-menteri kini dilarang bawa isteri ikut serta lawatan kerja ke luar negara



Menteri-menteri kini dilarang bawa isteri ikut serta lawatan kerja ke luar negara  | Menteri-menteri yang berkunjung ke luar negara untuk lawatan kerja jangka pendek tidak lagi dibenarkan membawa pasangan dan rombongan penuh, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali. Dalam satu forum yang dianjurkan oleh Sinar Harian, Azmin berkata keputusan baharu itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan. "Kami membuat keputusan bahawa jika para menteri pergi ke luar negara, mereka tidak boleh membawa isteri, melainkan perjalanan kerja lebih daripada tujuh hari. "Jika lawatan kerja hanya satu atau dua hari, mereka tidak boleh membawa isteri dan ia tidak akan dibayar oleh kerajaan," katanya. Azmin menambah bahawa menteri tidak boleh membawa seluruh rombongannya dan hanya dibenarkan membawa dua pegawai untuk lawatan kerja berkenaan.

Friday 5 October 2018

Selepas tragedi tsunami wanita tetap berharap dapat menemui semula bakal suaminya walau ditakdirkan cacat



Selepas tragedi tsunami wanita tetap berharap dapat menemui semula bakal suaminya walau ditakdirkan cacat | ANISA Cornelia ditempatkan di dalam khemah perubatan yang panas, dengan sakit di pinggang dan luka di badannya tetapi apa yang dia boleh fikirkan adalah nasib yang menimpa lelaki yang sepatutnya dinikahinya bulan ini. Dia masih belum menemui lelaki itu sejak tsunami melanda Sulawesi yang telah memisahkan pasangan tersebut. Kejadian itu berlaku ketika mereka berjalan di pesisiran pantai pada waktu senja. "Di mana tunang saya? Tolong, adakah anda ada berita mengenainya?" demikian kata wanita berusia 22 tahun itu. Anisa merayu kepada kakitangan perubatan yang datang untuk memeriksa keadaannya di halaman hospital medan di kota Palu. "Semua orang masih lagi mencari dia. Awak kena bersabar okay?" kata Dr Andi Sengrengrele. Menceritakan lebih lanjut, kata Anisa, dia berjumpa tunangnya, Iqbal Nurdiansyah yang berusia 25 tahun, tujuh tahun yang lalu melalui rakannya di sekolah dan mula tertarik dengan keperibadiannya, kening yang lebat dan mukanya yang tampan.

Thursday 4 October 2018

Posting terakhir salah seorang anggota bomba ini bagaikan sudah menjangka dia akan pergi...


Posting terakhir salah seorang anggota bomba ini bagaikan sudah menjangka dia akan pergi... | Salah seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamatkan seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong dipercayai sempat memuat naik posting berkaitan kematian di akaun Facebooknya sebelum dilaporkan maut. Posting terakhir menyentuh hati itu dipercayai ditulis anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Adnan Othman, 33, dan mula dikongsi netizen sejak pagi Khamis. Posting menggunakan akaun Adnan Othman Tokey Gula berbunyi "Pilihan kita ini ibarat ranting kayu yang banyak cabang, dalam setiap cabang itu masih ada lagi cabang-cabang yang akan tunggu masa bila ia akan mati. Apa pilihan kita?? TIADA... yang pasti tetap mati." Ia dipercayai ditulis mangsa beberapa jam sebelum menyertai operasi menyelamat pada malam Rabu. Posting tersebut seolah-olah memberi bayangan mengenai nasib yang akan menimpanya.

Tuesday 2 October 2018

Lelaki yang juga pakar bedah didakwa membunuh dan letak dadah pada kemaluan wanita sebelum lakukan seks



Lelaki yang juga pakar bedah didakwa membunuh dan letak dadah pada kemaluan wanita sebelum lakukan seks  | SEORANG pakar bedah dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa membunuh seorang wanita dengan meletakkan dadah di sebalik kulit kemaluannya sebelum mangsa melakukan seks oral padanya. Dr Andreas David Niederbichler, 42, dibicarfakan di Magdeburg di Saxony-Anhalt, Jerman. Dia didakwa membunuh seorang pendandan rambut berusia 38 tahun, yang hanya dikenali sebagai Yvonne M. Mangsa mengalami sesak nafas selepas melakukan seks oral ke atas suspek sebelum rebah. Bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana dos dadah jenis kokain yang berlebihan. Niederbichler turut berdepan dengan beberapa pertuduhan termasuk menyebabkan kecederaan badan mangsa sehingga mengakibatkan kematian.

Bos minta 'balasan' cabul ketika pekerja wanita minta cuti sehari


Bos minta 'balasan' cabul ketika pekerja wanita minta cuti sehari | SEORANG lelaki yang dituduh mencabul seorang pekerja wanita dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan pengusiran. Pemilik kedai di Qusais, Dubai, memanggil wanita tersebut datang ke keretanya yang diletakkan di luar kedai, lapor Emarat Al Youm. Wanita itu mengandaikan bahawa majikannya itu mahu bercakap tentang hal kerja atau meminta bantuannya untuk memindahkan barang-barang ke stor seperti yang biasa dilakukannya sebelum ini. Tetapi kali ini, lelaki itu meminta dia duduk di dalam kereta untuk bercakap sesuatu dengannya. Mereka kemudian membincangkan beberapa perkara berkaitan kerja. Sebelum meninggalkan kereta, wanita itu meminta agar dia diberikan cuti sehari pada keesokan harinya untuk menyambut ulang tahun kelahiran anaknya. Bagaimanapun pemilik kedai itu telah membuatkan dia terkejut apabila bertindak mengunci pintu kereta dan memintanya memberikan 'sesuatu' sebagai balasan kepada cuti yang diberi.