Blog alin

Friday 27 April 2018

Wanita sembunyi mayat bayi baru lahir bawah katil kerana bayi itu lahir tanpa bapa yang sah



Wanita sembunyi mayat bayi baru lahir bawah katil kerana bayi itu lahir tanpa bapa yang sah | Seorang ibu muda yang baru melahirkan dilaporkan menyimpan mayat bayinya dalam beg lalu disorok di bawah katil. Wanita berusia 27 tahun dari Kecamatan Cicurug, Jawa Barat itu dipercayai baru melahirkan namun malangnya bayi tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Buntu memikirkan bayi itu lahir tanpa bapa yang sah, wanita tersebut mengambil keputusan menyembunyikan mayat bayinya di rumah. Bagaimanapun, perbuatannya itu terbongkar apabila jiran ternampak kelakuan yang mencurigakan ketika wanita itu membuang sampah di belakang rumah.


Aduan kemudian dibuat kepada ketua kampung setelah mereka menemukan uri bayi di dalam beg plastik yang dibuang oleh wanita itu. Hasil siasatan pihak polis mendapati mayat seorang bayi lelaki disimpan dalam beg dan disorok dibawah katil ,lelaki yang disyaki bapa bayi berkenaan kini dicari. Wanita tersebut pula dirawat di hospital akibat keadaan badannya yang lemah selepas melahirkan. - Bangkapos



#hamilluarnikah #mayatbayi #kehamilan




.

No comments:

Post a Comment