Blog alin

Tuesday 31 July 2018

Hidangan burger buaya bakar di Festival Makanan Kuching 2018 buat pengunjung tergamam


Hidangan burger buaya bakar di Festival Makanan Kuching 2018 buat pengunjung tergamam | MELINTAS sahaja gerai di Festival Makanan Kuching 2018 ini, semua pengunjung pasti tergamam melihat seekor buaya yang sedang dibakar. Namun, inilah hidangan yang paling unik dan menjadi tarikan di pesta makanan terbesar bandaraya Kuching pada tahun ini. Hidangan pelik ini dikenali sebagai Kompia Buaya (roti tradisional masyarakat Foochow berintikan daging buaya).Menurut penjualnya, Jackie Ling, sejak hari pertama Festival Makanan Kuching 2018 diadakan pada 27 Julai, semua pengunjung yang lalu di gerainya terkejut namun akan singgah sama ada untuk melihat menu 'rare' ini pada jarak dekat. Katanya, bagi pelanggan bukan Islam, ramai juga yang mencuba Kompia Buaya yang dijualnya pada harga RM10 untuk tiga keping. "Ada orang suka, ada juga yang takut sebab kali pertama melihat seekor buaya depan mata. "Tetapi, ramai juga yang teruja untuk mencubanya," katanya dalam satu temubual.

Anak 4 tahun maut dilanggar bapa sendiri yang sedang 'sibuk' main telefon bimbit



Anak 4 tahun maut dilanggar bapa sendiri yang sedang 'sibuk' main telefon bimbit  | SEORANG budak perempuan berusia 4 tahun meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh bapanya sendiri. Dalam kejadian di bandar Sidoarjo, Jawa Timur, pagi Rabu, bapa kanak-kanak malang yang dikenal pasti sebagai KF, menurunkan anak perempuannya, MS, di sekolahnya. Lelaki itu dilaporkan tidak berjalan membawa masuk anaknya ke dalam sekolah dan tidak sedar bahawa anaknya sedang berjalan di depan kereta sebelum dia tidak sengaja melanggarnya. Kanak-kanak itu yang berada di tayar kanan kereta di bahagian depan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah hospital berdekatan. Insiden ini membuat keluarganya terkejut dan belum membuat laporan polis. Bagaimanapun polis sudah meminta keterangan daripada sejumlah saksi.

Monday 30 July 2018

Terkejut nampak gambar lama terpampang dalam iklan di seluruh dunia



Terkejut nampak gambar lama terpampang dalam iklan di seluruh dunia  | SEWAKTU masih bergelar pelajar, Shubnum Khan mengambil bahagian dalam sesi fotografi percuma kerana mahu mendapatkan beberapa keping gambar sebagai koleksi untuk dirinya. Dia yang kini seorang penulis sama sekali tidak menyangka foto-foto lama itu akan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Selain digunakan untuk iklan imigresen di Kanada, wajah Shubnum turut digunakan dalam iklan McDonald's di China, iklan produk kecantikan serta laman web mencari jodoh. Menurut Shubnum, juruforo tersebut mengambil gambar 100 individu berbeza menerusi sesi yang dijalankan sekitar enam tahu lepas di Durban, Afrika Selatan.Shubnum bagaimanapun tidak menyedari bahawa dirinya sudah memberi keizinan untuk foto itu digunakan menerusi surat perjanjian yang ditandatanganinya.

Banduan yang juga pembunuh bersiri ditemui mati akibat renjatan elektrik ketika beronani dalam sel penjaranya



Banduan yang juga pembunuh bersiri ditemui mati akibat renjatan elektrik ketika beronani dalam sel penjaranya | Seorang pembunuh bersiri yang sedang menjalani hukuman ditemui mati akibat terkena renjatan elektrik semasa melakukan onani di dalam selnya di Penjara Bochum, Jerman pada Ahad lalu. Egidius Schiffer, 62, ditemui dengan wayar lampu meja yang diletakkan sekeliling puting dan alat sulitnya manakala hujung wayar lain dipasang pada soket kuasa, lapor The Times pada Rabu. Keputusan bedah siasat mendapati pembunuh bersiri itu maut akibat serangan jantung disebabkan renjatan elektrik pada dadanya. Ketika ditemui dalam keadaan tidak bermaya di selnya, arus elektrik yang disambungkan pada puting dan alat sulit Schiffer masih lagi hidup.Peguam lelaki berusia 62 tahun itu menegaskan Schiffer tidak membunuh diri.

Thursday 26 July 2018

Dua beranak ditemui jadikan gerai burger usang sebagai rumah tempat berlindung



Dua beranak ditemui jadikan gerai burger usang sebagai rumah tempat berlindung | Pihak berkuasa menemui seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, tidur di sebuah gerai burger usang. Difahamkan mereka tidur dan menjadikannya sebagai 'rumah' di dalam ruang kecil itu selama dua bulan. 'Kediaman' mereka itu terletak di Balai Panjang di sini. Kanak-kanak itu disedari pasukan The Star semasa melakukan tugasan di kawasan itu, sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah. Dia kemudian dibawa oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di sebuah rumah. Budak lelaki itu dari keluarga yang bercerai, tinggal bersama ibunya yang berusia 33 tahun.

Wednesday 25 July 2018

Doktor menemui lebih 100 telur cacing pita dalam otak budak 8 tahun selepas mengadu sakit kepala yang teruk



Doktor menemui lebih 100 telur cacing pita dalam otak budak 8 tahun selepas mengadu sakit kepala yang teruk | SEKUMPULAN doktor di New Delhi mendapati otak budak perempuan berusia lapan tahun dijangkiti lebih 100 telur cacing pita. Ibu bapa kanak-kanak itu menghantar anak mereka ke Hospital Fortis selepas dia mengalami sakit kepala yang teruk dan serangan epilepsi selama enam bulan. Laporan media tempatan menyatakan kanak-kanak itu pada awalya didiagnosis dengan neurocysticercosis. Imbasan menunjukkan kehadiran lebih daripada 100 cyst di dalam otaknya. Telur cacing pita itu masuk ke otaknya melalui aliran darah dari perut. Telur-telur itu menyebabkan otaknya bengkak sehingga dia perlu berterusan mengambil steroid sehingga beratnya mencecah 44 pound. "Imbasan otak menunjukkan lebih dari 100 titik putih, yang terbentuk disebabkan oleh telur cacing pita. "Jangkitan seperti itu berlaku apabila kita secara tidak sengaja makan makanan yang dipenuhi cacing pita.

Bekas bintang pop mahu saman hospital selepas pembedahan payudara 'tak jadi'



Bekas bintang pop mahu saman hospital selepas pembedahan payudara 'tak jadi' | KETIKA May Jeeranan menjalani pembedahan implan payudara pada Disember lalu, dia tidak pernah membayangkan pembedahan yang dilakukan di hospital di Seoul itu hampir meragut nyawanya. Kini dia mahu mencari keadilan berhubung kes ini. Bintang pop tahun 2000 itu merancang untuk menyaman sebuah hospital di Korea Selatan dan semua pihak yang terlibat dengan menuntut pampasan sebanyak THB20 juta (kira-kira AS$600,000). Tindakan itu diambil selepas dia terkena jangkitan darah akibat pembedahan pembesaran payudaranya, menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan intensif dan dijangka hanya mempunyai 10 peratus peluang untuk hidup. Mengambil tindakan undang-undang adalah sebahagian daripada jalan untuk Jeeranan memulihkan fizikal, emosi dan kewangannya, kata peguamnya Wanchai Sornsiri, kepada Coconuts Bangkok.

Penyanyi terkenal ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan




Penyanyi terkenal ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan | Bekas bintang Disney, Demi Lovato, 25, dikejarkan di sebuah hospital di sini, semalam, dipercayai selepas ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan. Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles mengesahkan kepada AFP, bahawa seorang wanita dibawa ke hospital selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan dari kediaman yang disyaki milik Lovato, tetapi enggan mendedahkan nama dan keadaan mangsa. Laman berita selebriti TMZ turut menerbitkan rakaman audio satu panggilan kecemasan membabitkan seorang pemanggil yang dilapor memaklumkan Lovato berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Namun, beliau berjaya disedarkan selepas dirawat dengan Narcan, iaitu sejenis alat semburan bagi merawat individu yang mengambil dadah berlebihan.

Tuesday 24 July 2018

Sangat daif sebuah sekolah hanya memiliki satu bilik dengan 55 murid, seorang guru dan tiada tandas, kipas atau bekalan air



Sangat daif sebuah sekolah hanya memiliki satu bilik dengan 55 murid, seorang guru dan tiada tandas, kipas atau bekalan air  | HANYA seorang guru dalam satu bilik yang menempatkan 55 murid, itulah situasi di sebuah sekolah di Faizabad, Uttar Pradesh. Semua pelajarnya dari kelas pertama hingga ke lapan terpaksa bersesak dalam satu-satunya kelas yang ada di sekolah itu, lapor agensi berita ANI. Guru tunggal di sekolah rendah itu, Mukesh Kumar Yadav berkata, semua anak muridnya belajar dalam sebuah kelas kerana tiada lagi bilik yang dapat digunakan. Jelas guru itu lagi, sekolah berkenaan juga tidak dilengkapi dengan kemudahan tandas, kipas atau bekalan air bersih. "Keadaan ini menyukarkan pelajar untuk menimba ilmu," katanya.

Wanita ini sanggup lakukan apa sahaja demi memiliki punggung terbesar



Wanita ini sanggup lakukan apa sahaja demi memiliki punggung terbesar  | SEORANG model sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan punggung paling besar di dunia. Demi mencapai misinya mempunyai punggung paling besar, Natasha Crown sanggup melakukan apa sahaja termasuk menaikkan berat badan suaya doktor boleh menampung lemak itu di bahagian punggungnya. Graduan jurusan ekonomi dari Gothenburg Sweden mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak termasuk pizza, pasta dan enam kilo Nutella dalam tempoh sebulan untuk mencapai impiannya itu. "Saya akan melakukan apa sahaja untuk mempunyai punggung paling besar di dunia," ujarnya.

Saturday 21 July 2018

Salah seorang suspek rogol budak 11 tahun tiru cara doktor tenangkan pesakit



Salah seorang suspek rogol budak 11 tahun tiru cara doktor tenangkan pesakit | Salah seorang daripada 17 suspek rogol budak perempuan berusia 11 tahun di Chennai, didapati menggunakan ubat penenang wanita bersalin bagi menundukkan mangsa. Polis berkata, suspek yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital, belajar menggunakan ubat pelali itu ketika melihat ia digunakan bagi menenangkan wanita bersalin. Tambah polis, ia punca mangsa tidak melawan dan merelakan dirinya dirakam semasa kejadian pertama. "Mangsa kemudian diugut dan sejak itu dia dirogol berulang kali oleh suspek serta 16 rakan lelaki terbabit selama beberapa minggu," kata polis. Difahamkan, kes tersebut terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian rogol itu kepada keluarganya yang bertindak melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Friday 20 July 2018

Budak perempuan bergelut siapkan kerja sekolah dalam hujan walaupun hidup susah dan jadi gelandangan



Budak perempuan bergelut siapkan kerja sekolah dalam hujan walaupun hidup susah dan jadi gelandangan | CUKUP memilukan apabila melihat satu rakaman tular, menunjukkan budak perempuan bergelut menyiapkan kerja sekolahnya dalam hujan. Elaine Dolfo, 8, perlu menyiapkan kerja sekolahnya dalam hujan lebat walaupun hidup susah dan bergelar gelandangan. Tersentuh dengan kecekalan dan kesungguhannya, halaman GoFundMe telah ditubuhkan untuk mengutip sumbangan buat Elaine dan keluarganya. GoFundMe ditubuhkan oleh Marlene Garcia, seorang pelajar universiti di Tennessee, Amerika Syarikat, yang mewujudkan halaman itu selepas tersentuh melihat video Elaine susah-payah menyiapkan kerja sekolahnya. Garcia berkata ia 'benar-benar menyentuh hati saya' apabila Elaine dilihat berkali-kali membetulkan sehelai kot di atas kepalanya yang ditiup angin untuk melindungi dirinya dan bukunya daripada terkena hujan.

Thursday 19 July 2018

Lelaki buat tatu dan buang alat sulit untuk tutup 'kecacatan' yang ditinggalkan akibat kanser



Lelaki buat tatu dan buang alat sulit untuk tutup 'kecacatan' yang ditinggalkan akibat kanser | SEORANG lelaki yang 90 peratus badannya dipenuhi tatu berwarna hitam nampaknya masih belum berpuas hati dengan penampilan dirinya. Kini dia membuat keputusan mengejutkan apabila sanggup berbelanja besar untuk membuang alat sulitnya. Adam Curlykale dari Kaliningrad di Rusia membuat tatu pada badannya termasuk mewarnakan matanya dengan warna kelabu selepas disahkan menghidap kanser 12 tahun lalu. Lelaki berusia 32 tahun itu berkata dia mula membuat tatu kerana tertekan dengan warna kulitnya yang kelihatan pucat. Selepas hampir 90 peratus badannya dipenuhi tatu, Adam merasakan alat sulitnya itu merosakkan penampilannya.

18 lelaki hadir di mahkamah atas tuduhan merogol gadis 12 tahun berulang kali



18 lelaki hadir di mahkamah atas tuduhan merogol gadis 12 tahun berulang kali | SERAMAI 18 lelaki hadir di mahkamah atas tuduhan merogol gadis 12 tahun berulang kali, selama tujuh bulan. Menurut laporan, kumpulan lelaki itu yang muncul di mahkamah di selatan Chennai, India terdiri daripada pekerja di blok apartmen di mana gadis itu tinggal. Ada yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, operator lif dan tukang paip. Polis berkata suspek berusia antara 23 hingga 66 tahun. Mereka didakwa sering menunggu gadis itu pulang dari sekolah sebelum membawanya ke kawasan terpencil, termasuk gim dan ruang bawah tanah, untuk merogolnya. Kekecohan tercetus di luar mahkamah Chennai ketika lelaki-lelaki itu dibawa untuk pendengaran pertama kali. Suspek telah dipukul oleh sekumpulan peguam yang menyerang mereka di tangga setelah pendengaran awal. Persatuan peguam tempatan memberitahu media bahawa mereka enggan membenarkan ahli-ahlinya mewakili mana-mana tertuduh itu di mahkamah.

Wednesday 18 July 2018

Anak jutawan dilapor jadi papa kedana dan bakal di penjara kerana terlalu asyik layan kemahuan teman wanita



 Anak jutawan dilapor jadi papa kedana dan bakal di penjara kerana terlalu asyik layan kemahuan teman wanita  | ANAK lelaki seorang ahli perniagaan terkemuka dihukum penjara gara-gara memenuhi keperluan dan keinginan teman wanitanya yang cantik. Zhang Xiaoen, 29, yang dibesarkan sebagai anak tunggal dalam sebuah keluarga kaya di Hangzhou, China, sudah biasa dengan kemewahan dan menghabiskan sejumlah besar wang untuk apa saja yang diinginkannya. Namun, sumber kewangan keluarganya itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi kehendak Yang Yizhen, seorang wanita muda yang menjadi teman wanitanya dua tahun lalu. Sebagai seorang model bebas dan berpengaruh di media sosial, Yizhen dilaporkan menjadi kesayangan Xiaoen dan dia sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan kekasihnya itu gembira. Malangnya, walaupun sudah kaya-raya, keinginan Yizhen mengatasi wang ringgitnya. Media China melaporkan bahawa dalam tempoh dua tahun lalu, Xiaoen memanjakan teman wanitanya itu dengan pelbagai hadiah mahal, bermula dengan pakaian, aksesori, barang kemas berjenama mewah, kereta dan beberapa perjalanan ke Dubai.

Bos hadiahkan kereta selepas terharu dapat tahu pekerja jalan kaki ke tempat kerja



Bos hadiahkan kereta selepas terharu dapat tahu pekerja jalan kaki ke tempat kerja | DIA diterima untuk bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan pindah rumah pada Ahad lepas, tetapi keretanya rosak. Walter Carr bagaimanapun tiada pilihan melainkan berjalan kaki sepanjang malam untuk tiba di tempat kerjanya pada masa ditetapkan. Kereta Carr rosak pada malam sebelum hari pertamanya berkhidmat dengan syarikat Bellhops dan dia tahu bahawa dia tidak boleh terlewat. Jadi, dia memutuskan untuk berjalan kaki. Carr mula berjalan dari Homewood, Alabama, ke bandar Pelham, AS, pada tengah malam. Dia berjalan untuk jarak sekurang-kurangnya 22.5km, selama empat jam, sebelum polis menumpangkannya pada pukul 4 pagi, lapor WIAT-TV. Sebaik sahaja polis mendengar ceritanya, mereka membawa Carr bersarapan pagi. Kemudian, mereka membawanya ke rumah keluarga Lamey, di mana dia dijadualkan bertugas mengemas dan mengangkut barang di situ pada hari pertama dia bekerja.

Tuesday 17 July 2018

Kereta mewah remuk teruk dalam satu kemalangan ketika baru 24 jam dibeli



Kereta mewah remuk teruk dalam satu kemalangan ketika baru 24 jam dibeli | KERETA sport yang melanggar sebatang pokok di Fairfax County pada Sabtu baru sehari dimiliki dan menyebabkan kerugian beratus-ratus ribu dolar, menurut polis. Dalam posting di Twitter, polis menganggarkan kenderaan jenis McLaren 720S itu berharga sekitar AS$300,000 (RM1.2 juta). Selepas kemalangan tersebut yang berlaku di kawasan Great Falls, pemandunya dibawa ke hospital yang mana polis menyatakan bahawa kecederaannya tidak mengancam nyawa. Menegaskan bahawa kenderaan itu musnah sepenuhnya dan berlaku disebabkan kelajuan tinggi, tweet itu turut memberi peringatan untuk tidak memandu laju. Jika tidak, polis berkata 'tanggunglah semuanya sendiri'. Di laman webnya, syarikat McLaren berkata model 720Snya adalah sebuah 'supercar', lebih ringan, lebih kuat dan lebih pantas.

Bapa berjaya selamatkan dua anak dari jadi mangsa kemalangan membuatkan ramai kagum 'aksi persis dalam filem'



Bapa berjaya selamatkan dua anak dari jadi mangsa kemalangan membuatkan ramai kagum 'aksi persis dalam filem' | SATU rakaman video kamera keselamatan berjaya merakam detik mendebarkan seorang mekanik menyelamatkan dua anaknya daripada menjadi mangsa kemalangan. Menerusi video yang tersebar, mekanik berkenaan yang sedang membaiki motorsikal tergerak hati untuk menoleh ke belakang sebelum melihat sebuah kereta meluncur laju ke arah bengkel itu. Dalam beberapa saat sahaja, dia sepantas kilat menarik dua anaknya yang berada dekat dengannya sekali gus menyelamatkan mereka daripada dirempuh kereta terbabit.Rata-rata netizen kagum dengan kepantasan lelaki itu bertindak persis aksi dalam filem Hollywood dan ia mula tular setelah dimuat naik ke laman Facebook.

Rasa terlalu panas? Inilah dikatakan punca bumi menjadi semakin panas



Rasa terlalu panas? Inilah dikatakan punca bumi menjadi semakin panas | Lebih satu bilion orang berdepan risiko kekurangan alat penyaman udara dan peti sejuk untuk menyejukkan badan mereka dan menyimpan makanan serta ubat ketika lebih banyak suhu tinggi direkodkan akibat pemanasan global, kata satu kajian semalam. Permintaan tenaga elektrik untuk peti sejuk, kipas angin dan peralatan lain juga meningkat dan akan memburukkan lagi impak perubahan iklim melainkan sumber bahan api fosil diganti dengan tenaga lebih bersih, demikian menurut laporan agensi Sustainable Energy for All (SEforALL). Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu berkata, kira-kira 1.1 bilion orang di Asia, Afrika dan Amerika Latin atau merangkumi 470 juta penduduk di kawasan pedalaman dan 630 juta warga se­tinggan bandar, merupakan antara yang terjejas akibat kekurangan penyaman udara dan peti sejuk.

Monday 16 July 2018

Lelaki terima padah kerana lakukan aksi terjunan ke dalam kuari demi raih sorakan gemuruh penonton



Lelaki terima padah kerana lakukan aksi terjunan ke dalam kuari demi raih sorakan gemuruh penonton | Tindakan seorang lelaki yang terjun ke dalam sebuah kuari dari ketinggian 34 meter membawa padah apabila dia cedera teruk pada bahagian kaki kanan. Satu klip video yang dimuat naik ke internet menunjukkan Ryan Szymansk, 22, pada mulanya mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir menyaksikan aksi berbahaya di tebing sebuah kuari yang dikenali sebagai The Grotto. Bagaimanapun, Szymansk kemudiannya terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik sahaja dia selesai melakukan lompatan ke dalam kuari berlumpur itu akibat kecederaan kaki dan ligamen terkoyak. Kaki kanannya dipercayai terkena batu tebing ketika melakukan terjunan.

Thursday 12 July 2018

Lelaki berusia 71 tahun didakwa rogol dan cabul dua cucunya


Lelaki berusia 71 tahun didakwa rogol dan cabul dua cucunya | Seorang datuk berusia 71 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mencabul dan merogol, masing-masing dua cucunya pada Jun lalu. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dalam Bahasa Punjabi di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan cucunya berusia enam tahun yang mana perhubungan itu adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang. Perbuatan itu didakwa dilakukannya di rumahnya di Desa Chemor Permai di sini antara jam 7 malam hingga 7 pagi pada 3 hingga 6 Jun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Penganjur tidak sensitif hidang babi dalam majlis Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia



Penganjur tidak sensitif hidang babi dalam majlis Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia | Sikap tidak sensitif penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, di sini, malam tadi menyebabkan beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu hampir termakan daging babi. Lebih mengecewakan, tiada seorang pun wakil pihak penganjur memaklumkan jenis hidangan di atas meja itu, sebelum wartawan beragama Islam yang hadir membuat liputan duduk semeja bersama wartawan bukan Islam. Wartawan Utusan Malaysia, Fadzly Izab, 33, berkata beliau sangat terkejut, malah menyifatkan penganjur tidak beradab apabila menghidangkan menu babi di mejanya ketika sedang membuat liputan. "Saya sudah syak dari awal hidangan menu pada majlis itu tidak halal sehingga pelayan menghidangkan menu daging babi di atas meja wakil media. Jadi, ini bermakna semua hidangan yang dihidangkan sudah pasti diyakini tidak halal kerana disediakan oleh tukang masak dan dapur sama.

Norman Hakim dan Memey Suhaiza kongsi berita kelahiran bayi perempuan


Norman Hakim dan Memey Suhaiza kongsi berita kelahiran bayi perempuan  | Pelakon, Memey Suhaiza selamat melahirkan bayi perempuan, yang juga anak ketiga hasil perkahwinan dengan Norman Hakim, kira-kira jam 12.52 tengah hari tadi. Perkara itu dikongsi Norman menerusi akaun Instagramnya yang turut memaklumkan, kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. "Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.35 kilogram jam 12.52 tengah hari tadi. "Terima kasih di atas doa kalian yang tidak putus-putus," tulisnya yang turut memuat naik foto sedang mencium puterinya itu. Terdahulu, Norman sempat berkongsi Memey mula mengalami tanda awal untuk melahirkan bayi mereka dan memohon doa ramai supaya proses bersalin isterinya itu dilancarkan serta dipermudahkan.

Akhirnya Abil Fikri Ahmad mengakhiri zaman duda selepas 5 tahun kehilangan isteri akibat penyakit saraf otak



Akhirnya Abil Fikri Ahmad mengakhiri zaman duda selepas 5 tahun kehilangan isteri akibat penyakit saraf otak | SELEPAS lima tahun hidup menyendiri, Abil Fikri Ahmad, 49, mengakhiri zaman dudanya dengan suri hati Nor Aida Mohamad, 29, pada Jumaat lalu. Lelaki pernah mendapat jolokan Duda Idaman Malaya itu menjadi sebutan ramai selepas kisah ketabahannya menjaga isteri Fauziah Muhamad yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013. Abil Fikri ketika dihubungi meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baharu yang disifatkan seorang yang memahami. Menurutnya, perkenalannya dengan isteri bermula sebagai rakan blogger, namun masing-masing tidak pernah meluahkan isi hati. “Isteri antara rakan blogger yang rapat dan banyak membantu saya. Lagipun kebanyakannya sudah berkahwin dan dia pula masih bujang pada waktu itu, sudah tentulah saya lebih rapat dengannya."

Tuesday 10 July 2018

Kemaluan hampir melecur apabila bateri vape yang disimpan dalam poket seluar meletup



Kemaluan hampir melecur apabila bateri vape yang disimpan dalam poket seluar meletup | ALAT sulit seorang lelaki hampir melecur apabila bateri rokok elektronik atau vape yang disimpan di dalam poketnya meletup. Dalam kejadian itu, sebahagian jeans dan seluar pendek yang dipakai Jason Curmi koyak apabila bateri peranti itu meletup. Paha kanannya melecur teruk dan dia masih tidak dapat bekerja selepas tiga minggu diberikan cuti. Lelaki berusia 46 tahun, yang sukar untuk berjalan dan duduk berkata: "Dua inci sahaja dari alat sulit saya dan jika saya pakai pakaian lain, mungkin ia turut melecur." Curmi bertukar kepada vape selepas berhenti merokok tiga bulan lalu. Dia dapat merasakan sesuatu yang panas dari pek bateri gantiannya yang diletakkan dalam poket seluarnya ketika dia sedang bekerja di Vauxhall, London Selatan.

Remaja berusia 18 tahun didapati bersalah merogol nenek 76 tahun



Remaja berusia 18 tahun didapati bersalah merogol nenek 76 tahun | SEORANG lelaki didapati bersalah merogol seorang warga tua ketika memecah masuk ke rumahnya, tiga tahun lalu. Christo Brown dari bandar Launceston, Tasmania, Australia dituduh menyerang warga emas berusia 76 tahun dan menuntut wang $250 pada Julai 2015, ketika dia berusia 18 tahun. Pihak pendakwa berkata ujian DNA menunjukkan ia sepadan dengan DNA Brown. Tetapi peguam Brown, Alan Hensley, berhujah bahawa DNA itu mungkin telah dipindahkan dari sumber sekunder dan tidak semestinya bermakna Brown berada di dalam bilik itu. Dia berhujah bahawa keterangan mangsa mengenai penyerangnya tidak sepadan dengan Brown. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa berlakunya kejadian pecah masuk dan rogol tetapi berkata isu utama adalah identiti penyerang. Brown ditangkap di Victoria, minggu selepas kejadian, di mana dia telah pergi ke sana sehari selepas serangan itu.

Monday 9 July 2018

Wanita dikecam layan anak macam binatang dan paksa anak makan makanan anjing



Wanita dikecam layan anak macam binatang dan paksa anak makan makanan anjing | SEORANG ibu hanya ketawa selepas memaksa anak lelakinya yang berusia dua tahun memakan makanan anjing. Lebih malang lagi, kanak-kanak itu dilayan seperti binatang apabila dipaksa memakannya dari mangkuk makanan haiwan perliharaan itu. Insiden keterlaluan itu dilaporkan dirakamkan oleh wanita berkenaan di bandar Trindade di Gois, Brazil. Nenek kepada kanak-kanak berkenaan memberitahu bahawa makanan anjing itu membuatkan cucunya sakit. Kanak-kanak itu dirakamkan memakan makanan anjing itu sebelum disertai haiwan perliharaan berkenaan. Wanita yang terus merakamkan insiden tersebut kedengaran mentertawakannya. Media tempatan melaporkan kanak-kanak itu kurang upaya.

Remaja mengaku mahu tahu mengenai alat kelaminnya kemudian bertindak masukkan kabel USB



Remaja mengaku mahu tahu mengenai alat kelaminnya kemudian bertindak masukkan kabel USB | SEORANG remaja berusia 13 tahun bertindak memasukkan kabel USB dalam zakarnya dan doktor terpaksa melakukan pembedahan selepas ia tersangkut pada pundi kencing. Remaja itu, yang namanya tidak didedahkan, memasukkan kabel berukuran kira-kira 20cm itu ke dalam zakarnya sebelum menyedari dia tidak dapat menariknya semula. Ibu bapanya membawanya ke sebuah hospital tempatan di daerah Linkou di wilayah timur laut China, Heilongjiang, di mana pasukan perubatan menggunakan pelincir dalam usaha menarik kabel itu keluar. Dokter Xu Liyan, pakar urologi di situ berkata: "Dia memotong salah satu hujung kabel dan memasukkannya ke dalam uretranya (salur kencing).

Zoo diserbu selepas dikhabarkan menamakan seekor anak unta dengan nama Aminah



Zoo diserbu selepas dikhabarkan menamakan seekor anak unta dengan nama Aminah | SEBUAH zoo di Surabaya, Indonesia kecoh gara-gara seekor anak unta bernama Aminah. Kekecohan berlaku apabila anggota Front Pembela Islam (FPI), pada Ahad melakukan kunjungan tergempar ke zoo itu sebagai tanda protes ke atas nama yang diberikan kepada seekor unta yang lahir pada 15 Mei lalu. Pihak FPI beranggapan, nama itu telah mempersendakan nama ibunda Nabi Muhammad SAW, Siti Aminah. Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan, pihak zoo menerangkan bahawa pemberian nama Aminah itu tidak benar. Berdasarkan dokumen, nama unta kontroversi itu ditulis Sarinah. Tetapi, ketika membuat hebahan media tidak lama dulu, ia telah disalah sebut dan menimbulkan kekeliruan.

Friday 6 July 2018

Wanita tembak mati anak kerana elak dihantar ke rumah penjagaan



Wanita tembak mati anak kerana elak dihantar ke rumah penjagaan | Seorang ibu berusia 92 tahun menembak mati anak lelakinya bagi mengelak daripada dihantar ke rumah penjagaan. Anna Mae Blessing, dituduh membunuh anak lelakinya berusia 72 tahun apabila mengetahui hasrat mangsa menghantarnya ke rumah penjagaan orang-orang tua. "Awak mahu ambil nyawa saya, jadi saya ambil dahulu nyawa awak," kata warga emas terbabit sambil menambah dia turut berniat membunuh diri. Ketika kejadian 2 Julai lalu di bandar Fountain Hills, daerah Maricopa, suspek menyembunyikan dua pistol di dalam poket jubah sebelum memasuki bilik anaknya. Menurut laporan, mangsa memberi alasan semakin sukar untuk tinggal bersama suspek dan mahu menghantarnya ke pusat penjagaan, ia menaikkan kemarahan suspek yang kemudian menembak mangsa menggunakan sepucuk pistol.

Kecoh anak dan cucu bergaduh ketika pengebumian bapa Michael Jackson, Joe Jackson


Kecoh anak dan cucu bergaduh ketika pengebumian bapa Michael Jackson, Joe Jackson  | KELUARGA besar mendiang Joe Jackson berkumpul bagi memberi penghormatan terakhir kepada ayah raja pop Michael Jackson yang meninggal dunia akibat penyakit kanser pankreas 28 Jun lalu. Bagaimanapun, majlis pengebumian itu telah mencetuskan situasi tegang apabila berlaku perselisihan faham antara anaknya Janet Jackson dengan cucunya Paris Jackson.Menurut sumber, Paris menuduh Janet tidak menjaga mendiang dengan baik pada hari-hari terakhirnya. Kedua-duanya juga dikatakan bertengkar mengenai pembiayaan majlis pengebumian itu. Paris yang kini merupakan seorang model menawarkan untuk membiayai majlis berkenaan, namun ditolak oleh Janet.

Seorang jurutera yang mengalami kemurungan ditemui mati gantung diri dalam bilik hotel



Seorang jurutera yang mengalami kemurungan ditemui mati gantung diri dalam bilik hotel | Seorang wanita yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati selepas menggantungkan dirinya di dalam bilik air di sebuah hotel di Jalan Datuk Lau Phak Kuan di sini hari ini. Mangsa berusia 27 tahun merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat komputer ditemui di dalam bilik air di sebuah bilik tingkat enam hotel yang disewanya oleh pihak polis pada pukul 9.05 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Thamby berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Jelasnya, hasil soal siasat terhadap kakak mangsa, wanita itu mempunyai penyakit bipolar atau kemurungan dan sedang menjalani rawatan di Singapura.

Thursday 5 July 2018

Wanita minta pakcik 'jemput' di pantai melalui mimpi selepas 18 bulan hilang ditelan ombak



Wanita minta pakcik 'jemput' di pantai melalui mimpi selepas 18 bulan hilang ditelan ombak | KECOH di Indonesia kisah seorang wanita yang ditemui di pantai selepas diisytiharkan meninggal dunia, satu setengah tahun lalu dipercayai akibat dihanyutkan ombak. Dia ditemui masih hidup tiga hari yang lalu, di pantai yang sama ketika dia hilang dan memakai pakaian yang sama seperti yang dipakai pada hari kehilangannya, lapor Trinun News.Nining Sunarsih, 52, sedang bercuti di Sukabumi, Jawa Barat, ketika gelombang kuat menariknya ke laut dalam kejadian di Pantai Citepus. Dia dilaporkan hilang pada 8 Januari 2017. Pada masa itu, saksi di tempat kejadian berkata mereka mendengar wanita itu menjerit dan tangannya terkapai-kapai meminta bantuan, tetapi tiada siapa yang berani terjun ke laut untuk menyelamatkannya.

Produser Datuk A. Aida dilamar pelakon muda dan bakal nikah dalam waktu terdekat



Produser Datuk A. Aida dilamar pelakon muda dan bakal nikah dalam waktu terdekat | Gosip yang bertebaran sejak Ramadan lalu kononnya Datuk A Aida hangat bercinta dengan pelakon muda ialah cerita benar apabila produser itu menerima kejutan dilamar Wan Ariff Aziz, pada malam Khamis. Kejutan itu dilakukan oleh Wan Ariff, 29, di sebuah restoran Arab di Kampung Baru dekat sini dengan menyarungkan cincin lamaran sambil diiringi petikan gitar oleh sahabat mereka.“Saya dijemput Ariff untuk keluar makan. Tak sangka pula tiba-tiba muncul kawannya sambil menyanyi dan petik gitar dan adik dia rakam gambar Ariff melamar saya. “Jujurnya saya amat terharu kerana tidak pernah melalui pengalaman macam ni,” ujar A. Aida. Menurut A. Aida atau Zaidah Awang, sebelum diminta hadir untuk makan malam bersama itu, Ariff memintanya memakai tudung dengan alasan dia mahu melihat wajah Aida menutup aurat.

Wednesday 4 July 2018

Wanita naik angin dan mengadu di laman sosial selepas teman lelaki menipu memiliki kereta Porsche Cayenne



Wanita naik angin dan mengadu di laman sosial selepas teman lelaki menipu memiliki kereta Porsche Cayenne | SEORANG wanita naik angin dan mengadu di laman sosial tentang teman lelakinya yang menipu bahawa dia mempunyai kereta Porsche Cayenne. Sebaliknya, lelaki itu hanya mempunyai sebuah kereta buatan China yang harganya 10 kali lebih rendah berbanding Porsche Cayenne. Berasa dirinya tertipu, dia terus memutuskan hubungan cinta yang terjalin dan mendedahkan tentang penipuan ini kepada umum. Dalam satu siri posting di rangkaian media sosial China, Weibo, wanita muda ini menceritakan bagaimana rahsia teman lelakinya yang kononnya kaya-raya terbongkar. Mereka bertemu lebih kurang dua minggu lalu di sebuah majlis, yang mana lelaki itu nampak sederhana dan tidak banyak berbual. Walau bagaimanapun, ketika wanita itu mahu pulang, lelaki itu memberitahunya bahawa mereka tinggal di kawasan yang sama dan menawarkan untuk menghantarnya pulang.

Budak 2 tahun miliki tahap ingatan tidak setanding usianya



Budak 2 tahun miliki tahap ingatan tidak setanding usianya | KEBOLEHAN budak perempuan ini pastinya membuatkan orang dewasa berasa tercabar kerana tahap ingatannya yang tidak setanding usianya. Masakan tidak, pada usia dua tahun, dia mampu menghafal dan mengenal pasti nama 70 negara dan ibu kotanya dengan hanya melihat bendera. Video keletah kanak-kanak itu itu dimuat naik ke laman Youtube dan media sosial sebelum menjadi perhatian ramai. Ia dirakam oleh ibunya, Emeraldine Hilongo di kediaman mereka di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat. Menerusi video itu, dia ditunjukkan bendera Ukraine, Perancis dan Finlands sebelum dapat meneka nama negara itu dengan tepat. Malah, dia juga berjaya menjawab nama ibu kota bagi negara-negata tersebut.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan 4 pertuduhan


 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan 4 pertuduhan | Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen hari ini. Najib yang berkot biru dan berseluar biru gelap tenang ketika empat tuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah. Bagi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, Najib selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dan penasihat SRC International Sdn Bhd, dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta. Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, antara 24 dan 29 Disember 2014. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat dan didenda.

Tuesday 3 July 2018

Lima lelaki mati dipukul penduduk tempatan selepas disangka penculik



 Lima lelaki mati dipukul penduduk tempatan selepas disangka penculik | POLIS India berkata, pihaknya menahan 23 orang selepas lima lelaki mati dipukul sekumpulan samseng dalam satu lagi insiden keganasan kejam di negara itu. Media tempatan menganggarkan lebih 25 orang dibunuh sejak beberapa bulan lalu dalam kes serupa disebabkan penularan khabar angin palsu di telefon pintar membabitkan penculikan kanak-kanak atau tuduhan mencuri atau gangguan seksual. Insiden terbaharu membabitkan lapan lelaki yang datang ke daerah Dhule, sejauh 330 kilometer dari Mumbai di barat negeri Maharashtra, semalam. Polis berkata, serangan bermula selepas penduduk tempatan terlihat seorang daripada lapan lelaki terbabit bercakap dengan seorang kanak-kanak selepas turun dari sebuah bas berhampiran kampung Rainpada.

Wanita disahkan maut dalam kemalangan rupanya masih hidup dalam peti sejuk rumah mayat



Wanita disahkan maut dalam kemalangan rupanya masih hidup dalam peti sejuk rumah mayat | WANITA Afrika Selatan yang disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan paramedik selepas kemalangan kereta, ditemui masih hidup dalam peti sejuk di rumah mayat, kata perkhidmatan kecemasan hari ini. Perkhidmatan ambulans, Distress Alert, mengesahkan wanita tidak dinamakan itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian di luar Carletonville, barat daya Johannesburg, pada awal pagi 24 Jun lalu. Juruteknik rumah mayat kemudian menemui beliau masih hidup dalam peti sejuk beberapa jam selepas kemalangan itu yang menyaksikan keretanya terbalik, menyebabkan semua tiga penumpang tercampak, dua daripadanya maut. “Kami mengikut prosedur, tidak tahu bagaimana ini terjadi.

Maklumat dan wajah peminjam yang gagal bayar hutang bakal dipapar pada papan-papan iklan besar



Maklumat dan wajah peminjam yang gagal bayar hutang bakal dipapar pada papan-papan iklan besar | Sebuah bandar di timur China memaparkan maklumat peribadi dan wajah peminjam yang gagal membayar hutang mereka di papan-papan iklan besar di beberapa perhentian bas. ‘Tembok malu’ itu diarahkan dibina oleh Mahkamah Rakyat Fuyang Yingquan di wilayah Anhui pada bulan lalu sebagai satu tindakan terhadap peminjam yang gagal membayar hutang selepas kes mereka dibicarakan di mahkamah. Langkah baharu itu sehingga kini terbukti berkesan apabila sebilangan individu yang dipapar pada papan iklan itu tampil membayar hutang mereka, menurut kenyataan media mahkamah.

Monday 2 July 2018

Wanita terkejut dapat tahu hobi jijik suami selepas pihak polis buat serbuan ke rumah mereka



Wanita terkejut dapat tahu hobi jijik suami selepas pihak polis buat serbuan ke rumah mereka | SEORANG isteri kepada jurugambar perkahwinan yang menyangka suaminya sedang menyunting gambar pelanggan terkejut apabila mengetahui hakikat sebenar kelakuan Phil Davidson. Nonna Winchester hanya mengetahui mengenai hobi jijik suaminya itu selepas pihak polis melakukan serbuan ke rumah mereka. Davidson memiliki pelbagai gambar kanak-kanak yang dicabul. Suami Donna yang digelar seorang pedofil itu menggunakan perkataan-perkataan keji ketika membuat carian bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut sebelum memuat turun ratusan video kanak-kanak semuda 18 bulan. Donna, 38, berasa takut apabila suaminya yang dipenjarakan pada September lalu, sudah pun dibebaskan.

Calon pilihan raya Pakistan ini punya cara kreatif dan mengejutkan untuk memancing undi



Calon pilihan raya Pakistan ini punya cara kreatif dan mengejutkan untuk memancing undi  | Seorang calon pilihan raya Pakistan ada cara kreatif untuk memancing undi iaitu berendam dalam lopak air kumbahan di tengah kota. Tindakan Ayaz Memom Motiwala pada Jumaat lalu mengejutkan orang ramai dan gambarnya berbaring dan melakukan pelbagai pose menarik di dalam lopak air, tular di seluruh negara. Motiwala turut menyiarkan tindakannya menerusi Facebook Live, malah turut meminum air lopak tersebut. Sinar Harian ketika memetik Indian Express melaporkan, lebih parah, apabila Motiwala turut mengibarkan bendera kebangsaan. Bertanding sebagai calon bebas, Motiwala berasal dari kawasan NA-243 di Karachi.

'Kehilangan' pembantu peribadi Datuk Vida terjawab.. Rupanya dipecat serta merta dan 9 pasang sut turut minta dipulangkan



'Kehilangan' pembantu peribadi Datuk Vida terjawab.. Rupanya dipecat serta merta dan 9 pasang sut turut minta dipulangkan  | Tanda tanya 'kehilangan' pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman sejak akhir-akhir ini terjawab apabila lelaki itu mendedahkan keadaan sebenar yang menimpa dirinya. Ahmad Iqbal Zulkefli berkata, dia telah dipecat serta-merta pada 1 Jun lalu oleh usahawan terkenal yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu."Saya dipecat serta-merta oleh Dato Seri Vida. Sebagaimana tertulis, saya ditugaskan jawatan sebagai setiausaha sulit/ PA (pembantu peribadi), pegawai media dan pegawai pemasaran. "Sebelum ini Dato Seri Vida menyatakan bahawa saya tidak lagi bekerja sebagai setiausaha sulit/ PA. Sejujurnya, saya bukan ditukar tetapi ditambah jawatan," katanya sambil menyertakan sekali surat pemecatan tersebut.

Penunggang motorsikal maut terputus dua selepas dilanggar dan diheret kereta sejauh 600 meter



Penunggang motorsikal maut terputus dua selepas dilanggar dan diheret kereta sejauh 600 meter | Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan dengan tubuhnya terputus dua selepas diheret dan dilanggar kereta di Kilometer 17.6 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) di sini pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, S. Puvaneswaran, 27, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dikatakan dilanggar sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang anggota polis berpangkat koperal.Menurut Ketua Polis daerah, Superintenden Zainudin Ahmad, kemalangan berlaku di lorong kanan lebuh raya ketika kedua-dua kenderaan datang dari arah Port Dickson menuju Seremban. “Akibat perlanggaran itu, lelaki tersebut tercampak dan diheret oleh kereta tersebut sejauh kira-kira 600 meter sebelum pemandu memberhentikan kenderaannya.