Blog alin

Thursday 26 April 2018

Pelakon Ummi Nazeera dedah sedang hamil empat bulan 1 minggu



Pelakon Ummi Nazeera dedah sedang hamil empat bulan 1 minggu | Selepas lebih sembilan bulan mendirikan mahligai bersama Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, aktres Ummi Nazeera disahkan hamil empat bulan. Perkara itu dikongsi Ummi pada majlis perlantikannya sebagai duta produk Duo Be'Cell di ibu negara. Teruja bercerita, Ummi memberitahu, kandungannya mencecah usia empat bulan satu minggu. "Saya disahkan hamil ketika sedang menjalani penggambaran filem Gol & Gincu 2. Kebetulan, kaki saya cedera ketika berlatih bermain futsal. "Saya dibawa ke klinik yang diuruskan seorang doktor yang juga kenalan suami.


Ketika itu, saya tak tahu diri ini hamil. Selepas menjalani ujian sinar X, sahlah saya berbadan dua," katanya kepada BH Online. Ummi berkata, suaminya paling gembira dengan berita itu. "Pastinya kehadiran anak dalam perut ini akan memberi sinar dalam rumah tangga kami," katanya. Mohd Izzar dan bintang filem Bisik Pada Langit ini bernikah pada 23 Julai lalu. -AP




#umminazeera #hamil4bulan #perkahwinan



.

No comments:

Post a Comment