Blog alin

Friday 20 April 2018

Lelaki maut tembak diri sendiri semasa buat 'FB Live'



Lelaki maut tembak diri sendiri semasa buat 'FB Live'  | Seorang lelaki maut selepas menembak dirinya sendiri mengunakan pistol buatan sendiri menerusi video penstriman secara langsung di laman sosial Facebook (Facebook Live) di wilayah Samut Prakan, awal pagi Khamis. Balai Polis Bang Plee menerima maklumat berhubung kejadian bunuh diri yang berlaku di tempat letak kereta Nilabol Condo di Kampung Moo 9 di Tambon Bang Plee Yai, daerah Bang Plee, pada pukul 3 pagi. Naphattarakul Phachayakan, 37, maut selepas menembak di bahagian dahi. Mayatnya ditemui di hadapan trak pikapnya. Pistol buatan sendiri jenis 38 Revolver dijumpa bersebelahan dengan mayat.


Polis yang tiba di lokasi kejadian turut menjumpai telefon pintar milik mangsa dengan Facebook Live masih berlangsung. Berdasarkan semakan pada klip tersebut, polis mendapati mangsa menembak dirinya sendiri sebanyak dua kali tetapi tembakan tersasar. Polis menyoal siasat teman wanita mangsa dan difahamkan kedua-duanya sering bertengkar. Wanita itu mahu memutuskan hubungan kerana mangsa dikatakan sering menghabiskan gajinya untuk berhibur bersama rakan-rakannya. – The Nation/Asia News Network



 #livefb #mauttertembak



.

No comments:

Post a Comment