Blog alin

Thursday 30 August 2018

Wanita didakwa rakam video adegan tiga kanak-kanak diajar menghisap ganja



Wanita didakwa rakam video adegan tiga kanak-kanak diajar menghisap ganja | DUA wanita ditahan selepas mereka didakwa merakam video adegan tiga kanak-kanak diajar menghisap ganja. Michaela Pearson, 21 dan Candice Little, 18, didakwa memberi bahan terlarang itu kepada seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan. Pearson berkata pada awalnya dia sekadar bergurau sebelum seorang kanak-kanak paling bongsu berjaya menghembus keluar asap ganja dari hidungnya. Video melalui aplikasi Snapchat itu terbesar di media sosial. Hubungan tiga kanak-kanak itu dengan Pearson dan Little tidak diketahui. Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan kedengaran batuk sebaik sahaja menghisap barang terlarang itu. Namun seorang kanak-kanak lelaki dilihat seperti sudah biasa dengannya.

Wanita mengaku menyesal jadi pengkid, kini jadi wanita jelita



Wanita mengaku menyesal jadi pengkid, kini jadi wanita jelita | Foto transformasi seorang wanita yang dimuat naik ke laman Twitter ternyata menarik perhatian ramai. Manakan tidak, dia yang dahulunya berperwatakan seperti lelaki kini tampil dengan gaya baharu yang lebih feminin. "Ok. Menyesal gak dulu pilih untuk jadi pengkid. Kahkahkah buang masa h**at," tulisnya pada kapsyen foto tersebut yang mula tular sejak Selasa. Bercerita lanjut, Atyn Junaidi, 26, mengakui mula berperwatakan seperti itu sejak di bangku sekolah lagi. "Saya memang pernah jadi pengkid dulu, tapi tak lama. Mula dari tomboy masa sekolah dan lepas sekolah saya ambil keputusan jadi pengkid. "Mula umur 15 tomboy, habis sekolah umur 18 tu dah jadi pengkid sampai sambung pengajian. "Tapi saya berubah sebab kawan-kawan baik tegur dan saya fikir sampai bila nak jadi macam ni, bila orang sekeliling pandang," ujarnya ketika dihubungi, Rabu.

Tuesday 28 August 2018

Jiran buat aduan selepas lihat sebuah keluarga lapah dan potong daging korban di belakang rumah flat



Jiran buat aduan selepas lihat sebuah keluarga lapah dan potong daging korban di belakang rumah flat | RUANG di belakang sebuah rumah flat tingkat bawah di Timur London dilihat dijadikan tempat untuk melapah dan memotong daging korban, satu pemandangan yang luar biasa bagi penduduk tempatan. Tetapi bagi sebuah keluarga Muslim yang menyambut perayaan Aidiladha, menjadikan ruang di belakang rumah mereka sebagai tempat memproses daging korban adalah perkara biasa. Keluarga itu kini disiasat dari aspek kebersihan selepas jiran-jirannya di Dagenham merakamkan gambar mereka dan memaklumkan kepada pegawai kesihatan alam sekitar tentang aktiviti tersebut. Ketua Eksekutif Yayasan Ramadan Mohammed Shafiq memberitahu The Sun bahawa keluarga itu tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya mengamalkan ajaran agama mereka. Sudah menjadi tradisi bagi keluarga Muslim untuk mengorbankan haiwan seperti lembu atau kambing dan membahagikannya kepada beberapa bahagian pada Aidiladha.

Wanita jadi tumpuan netizen gara-gara raut wajahnya yang kelihatan muda meskipun sudah berusia 43 tahun



Wanita jadi tumpuan netizen gara-gara raut wajahnya yang kelihatan muda meskipun sudah berusia 43 tahun | SEORANG pereka fesyen warga Taiwan, Lure Hsu tiba-tiba menjadi tumpuan netizen gara-gara raut wajahnya yang kelihatan muda meskipun sudah berusia 43 tahun. Wanita itu dipuji kerana memiliki kulit wajah berseri persis gadis berusia 23 tahun. Lure turut berkongsi tips kecantikannya dengan netizen. Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat dan sering bersenam agar kekal sihat dan cergas. Dalam satu temubual bersama sebuah majalah di Taiwan, Jumaat lalu, Lure berkata masalah kulit yang dialami kebanyakan wanita boleh diatasi dengan menggunakan krim pelembap lebih kerap.

Lelaki dibelasah banduan lain selepas dipenjara kerana dera anak kandung dengan kejam

 

Lelaki dibelasah banduan lain selepas dipenjara kerana dera anak kandung dengan kejam | PADAH dera anak sendiri, seorang lelaki menerima hukuman berganda apabila dia bukan sahaja dipenjarakan malah turut dibelasah oleh banduan lain. Tony Smith, 47, diikat pada sebuah kerusi sebelum diserang dengan stokin berisi tin tuna dan kepingan logam oleh dua banduan di Penjara Swaleside, kepulauan Sheppey di Kent. Smith dan teman wanitanya, Jody Simpson, 24, dijatuhkan hukuman penjara setelah didapati bersalah mencederakan anak mereka.Mangsa yang turut dikenali sebagai Tony mengalami patah tulang rusuk dan rahang serta retak tulang di bahagian mata. Menurut seorang sumber, pegawai penjara berjaya menyelamatkan Smith yang nyaris maut selepas dia ditahan dan dikurung selama empat jam oleh dua banduan tersebut dalam kejadian pada 7 Ogos lalu.

Monday 27 August 2018

Lelaki ini sanggup bertindak keterlaluan untuk memastikan kemahuan teman wanita tidak dipenuhi



Lelaki ini sanggup bertindak keterlaluan untuk memastikan kemahuan teman wanita tidak dipenuhi  | LELAKI sering berusaha untuk memenuhi kehendak kekasihnya, tetapi kisah ini menunjukkan seorang lelaki sanggup bertindak keterlaluan untuk memastikan kemahuan teman wanita tidak dipenuhi dan dalam masa sama dirinya tidak dipersalahkan. Awal bulan ini, seorang lelaki bernama Tang, dari Chengdu, China, berjanji kepada teman wanitanya bahawa dia akan membelikannya sebuah kereta mewah. Sejak itu, teman wanitanya sering bercakap tentang kereta tersebut dan janji yang telah dibuat oleh Tang. Masalah timbul kerana Tang tidak mempunyai cukup wang, justeru dia terpaksa mencari jalan keluar dari kemelut ini. Bagaimanapun jalan penyelesaian yang dipilihnya sangat keterlaluan! Pada 16 Ogos, lelaki itu membawa teman wanitanya yang hanya dikenali sebagai Yang dan dua saudara lelakinya ke sebuah pengedar kereta di Chengdu, kononnya untuk membawa pulang kereta tersebut.

Pasangan terkejut dikatakan silap buat seks jadi punca mereka belum dapat anak walaupun selepas 4 tahun kahwin



Pasangan terkejut dikatakan silap buat seks jadi punca mereka belum dapat anak walaupun selepas 4 tahun kahwin | PASANGAN suami isteri yang berusaha untuk mendapat anak selama empat tahun diberitahu bahawa mereka selama ini melakukan kesilapan semasa hubungan seks. Suami yang tidak dinamakan berusia 26 tahun dan isterinya, 24, dari bandar Bijie di China, terpaksa berjumpa doktor awal tahun ini untuk memeriksa jika mereka mempunyai masalah untuk proses hamil. Tetapi apabila mereka bertemu pakar obstetrik, Dr Liu Hongmei, mereka mendapat tahu satu perkara mengejutkan. Ketika ditanya tentang latar belakang perubatan si isteri dalam pertemuan itu, Dr Hongmei diberitahu bahawa pasangan itu kerap melakukan hubungan seks. Isterinya juga mendedahkan pengalaman kesakitannya yang 'luar biasa' setiap kali mengadakan hubungan seks, tetapi sanggup menahannya dengan harapan untuk hamil.

Penulis terkenal 'Siri Bercakap Dengan Jin', Tamar Jalis meninggal dunia



Penulis terkenal 'Siri Bercakap Dengan Jin', Tamar Jalis meninggal dunia | PENULIS yang terkenal dengan buku ‘Siri Bercakap Dengan Jin’, Tamar Jalis, 78, meninggal dunia di Kota Damansara, jam 9.30 pagi. Jenazah Tamar Jalis atau nama sebenarnya Mohd Radzi Mahmud dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara. Tamar Jalis berjaya menyembunyikan identiti diri selama 30 tahun dengan hanya memakai nama samaran ‘Tamar Jalis’ daripada pengetahuan umum. Beliau dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Beruas, Perak. Allahyarham pernah mendapat pendidikan di Sekolah Teknik Ipoh dalam bidang tukang kayu dan binaan.Menerusi siri buku Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Mat Piah berusia 50-an dan beliau sebagai watak cucu berusia belasan tahun.

Friday 24 August 2018

Demi janji pada kekasih, lelaki jalan kaki satu setengah tahun untuk buang abu mayat kekasih



Demi janji pada kekasih, lelaki jalan kaki satu setengah tahun untuk buang abu mayat kekasih | DEMI menunaikan janji yang dibuat kepada teman wanitanya yang telah meninggal dunia, seorang lelaki sanggup berjalan kaki sejauh 1,541 kilometer untuk menyebarkan abu mayatnya di atas Doi Inthanon, puncak tertinggi di Thailand. Dia juga mendapat tiga 'rakan' untuk menemaninya sepanjang perjalanan. Suksit Suppantamat, 39, yang berasal dari wilayah Udon Thani, tidak pernah sampai ke Doi Inthanon, tetapi selepas mendengarnya, dia berjanji kepada teman wanitanya untuk membawanya ke sana jika mempunyai cukup wang. Malangnya, kekasihnya itu meninggal dunia pada Oktober 2016. Suppantamat yang masih tidak mampu menunaikan janjinya kerana tidak cukup wang tidak berputus asa, sebaliknya melakukan satu perjalanan epik untuk memenuhi janjinya dengan berjalan kaki ke Doi Inthanon.

Lelaki terpaksa jadi pemandu teksi selepas pemandu sebenar terlalu mengantuk



Lelaki terpaksa jadi pemandu teksi selepas pemandu sebenar terlalu mengantuk | SEORANG penumpang terpaksa menjadi pemandu teksi gara-gara pemandunya yang sebenar mengantuk. Semuanya bermula apabila pemandu teksi tersebut mengadu mahu melelapkan matanya sebentar ketika berhenti di lampu isyarat merah. Posting gambar Santiphap Khunchanmee di Facebook tular apabila dia berkongsi gambar kenangan dengan pemandu teksi di Bangkok itu, Rabu. Khunchanmee kemudian menulis kembali perbualan antara dia pemandu teksi itu. "Bro, saya dah tak tahan lagi. Saya mengantuk sangat. Biar saya tidur sebentar semasa lampu merah ni," kata pemandu teksi itu kepadanya.Penumpang yang keliru itu bertanya kepada pemandu teksi berkenaan: "Adakah saya perlu memandu?" dan dia menjawab "saya memang harap kamu tawarkan diri."

3 lelaki didakwa atas 1460 pertuduhan selepas dipercayai melakukan hubungan seks dengan kuda, anjing, lembu dan kambing



3 lelaki didakwa atas 1460 pertuduhan selepas dipercayai melakukan hubungan seks dengan kuda, anjing, lembu dan kambing | TIGA petani dipercayai melakukan hubungan seks dengan kuda, anjing, lembu dan kambing selepas memerangkap haiwan tersebut di dalam sebuah ruang khas yang dicipta berbentuk V. Terry Wallace, 41, Marc Measnikoff, 34 dan Matthew Brubaker, 32, didakwa atas 1,460 pertuduhan. Malah ketiga-tiga suspek turut didakwa merakam video aktiviti tidak bermoral itu. Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang tinggal di ladang sementara di Munson, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) bersama dengan tiga lelaki tersebut.Kesemua suspek ditahan pada Sabtu dengan remaja lelaki itu diletakkan dibawah perlindungan polis, menurut KDKA. Remaja lelaki itu kelihatan tidak didera secara seksual dan polis sedang menyiasat jika wujud unsur jenayah lain.

Saturday 18 August 2018

Penduduk mengamuk selepas mayat seorang budak perempuan ditemui dalam tandas kereta api



Penduduk mengamuk selepas mayat seorang budak perempuan ditemui dalam tandas kereta api | Tiga anggota polis cedera dibaling batu apabila penduduk kampung berang selepas mayat seorang budak perempuan ditemui di dalam tandas Stesen Kereta Api Barapalasi di daerah Dumka, kata sumber polis. Penduduk kampung turut membelasah seorang lelaki yang dilaporkan tinggal di stesen berkenaan, dalam kejadian petang Rabu itu. Lelaki yang mempunyai masalah mental itu dituduh membunuh mangsa yang berusia dalam lingkungan enam tahun. Ketika dimaklumkan mengenai insiden itu, satu pasukan polis dari balai polis Jama bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkan lelaki tersebut, yang cedera parah selepas dipukul dengan teruk.

Anak kambing lahir menyerupai manusia dan suaranya sama seperti tangisan bayi manusia baru lahir



Anak kambing lahir menyerupai manusia dan suaranya sama seperti tangisan bayi manusia baru lahir | Penduduk di kabupaten ini dalam wilayah Nusa Tenggara Barat gempar dengan kelahiran seekor anak kambing dengan satu mata tepat di atas dahinya selain mulut, dagu dan hidungnya didakwa menyerupai manusia. Keadaan luar biasa haiwan itu menyebabkan penduduk setempat tidak mahu melepaskan peluang melihat dan mengambil gambar anak kambing menyerupai manusia itu. Pemiliknya, Khaidir berkata, anak kambing itu dilahirkan kelmarin dan perkara paling mengejutkan adalah suaranya sama seperti tangisan bayi manusia baru lahir. "Saya baru menyedari tentang perkara itu selepas pulang dari masjid. Pada awalnya, isteri saya menyangka ada bayi dibuang berhampiran rumah kami. Setelah diperiksa, ia adalah suara anak kambing tersebut. Suaranya sama seperti bayi manusia," jelasnya.

Friday 17 August 2018

Netizen heboh gumpalan misteri disangka makhluk asing



Netizen heboh gumpalan misteri disangka makhluk asing  | GUMPALAN misteri berwarna merah dan merah jambu menimbulkan spekulasi bahawa makhluk asing telah mendarat di kawasan pergunungan Scottish Highlands. Helen Dow, 50, memuat naik gambar misteri itu di laman Facebooknya minggu lalu sehingga mencetuskan perdebatan di kalangan netizen. Gumpalan itu dikesan dekat kawasan terpencil Loch Etchachan dengan ada netizen mendakwa ia sebagai makhluk asing atau serangan unicorn. Helen yang bekerja sebagai kakitangan sokongan dari Huntly, Aberdeenshire menerusi tulisannya di Facebook berkata:”Mohon bantuan pakar haiwan, sayuran atau mineral atau A.L.F? “Dikesan ketika menggembara di Cairngorms. Perlu zoom untuk meneliti lebih dekat tetapi masih keliru dan bingung,” tulisnya. Rata-rata netizen turut cuba meneka objek misteri itu.

Thursday 16 August 2018

Kisah cinta pelajar kepada guru akhirnya berakhir ke alam rumahtangga



Kisah cinta pelajar kepada guru akhirnya berakhir ke alam rumahtangga | Muridku suamiku… cikguku isteriku, sekali dengar macam tajuk drama Melayu pula, namun siapa sangka ia sebenarnya berlaku dalam realiti kehidupan melibatkan dua insan bergelar pelajar dan guru. Segalanya bermula dengan usik-mengusik di sekolah. Muhammad Hazim Shahidan, 21, tidak menduga hubungan dengan Siti Aishah Pakechik, bekas gurunya di sebuah sekolah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang akhirnya membawa hingga ke jenjang pelamin. Kedua-dua pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri di kediaman pengantin perempuan di Bukit Mertajam, Sabtu lalu. Muhammad Hazim atau lebih mesra disapa Hazim ketika dihubungi memberitahu bibit percintaan mereka bermula kira-kira tiga tahun lalu sewaktu dia mahu melanjutkan pelajarannya ke sebuah kolej swasta di Bangi, Selangor sejurus selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tuesday 14 August 2018

Ibu pukul anak perempuan hingga mati kerana benci padanya



Ibu pukul anak perempuan hingga mati kerana benci padanya | SEORANG ibu tergamak memukul anaknya sehingga mati dengan tukul ketika mangsa sedang tidur. Tatiana Degirmendzhy, 49, mengaku membunuh anak perempuannya, Yulia, 18, di rumah mereka dekat Chaykovsky, Rusia kerana mereka sudah tidak sehaluan. Suspek dilaporkan memukul kepala anak perempuan itu beberapa kali sebelum disahkan meninggal akibat pendarahan yang teruk. Tatiana kemudian melarikan diri dari rumahnya menuju ke stesen kereta api menuju ke pusat bandar. Yulia kemudiannya ditemui beberapa jam kemudian oleh abangnya Sertan, 22, apabila pulang ke rumah mereka. Dia menemui Yulia dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas tilam dengan biliknya dipenuhi darah. Penukul yang digunakan untuk membunuh mangsa turut ditemui di atas lantai. Sertan kemudian segera menghubungi pasukan perubatan.

Lelaki dewasa menderita terperangkap dalam badan budak berusia 12 tahun



Lelaki dewasa menderita terperangkap dalam badan budak berusia 12 tahun | SEORANG lelaki berusia 25 tahun menceritakan penderitaannya apabila dirinya terperangkap dalam badan budak berusia 12 tahun. Tomasz Nadolski, dari Olesnica, Poland, mengalami keadaan genetik yang dikenali sebagai penyakit Fabry, yang menjejaskan buah pinggang, jantung dan kulitnya. Ia juga menyebabkan pembentukan sejenis lemak yang menyebabkan tubuh mengalami gangguan untuk proses metabolisme molekul lemak. "Saya berumur 25 tahun dan saya ingin kelihatan seperti seorang lelaki yang sepadan dengan usia saya. Saya benci 'budak lelaki ini' yang saya lihat setiap hari di cermin, kerana dia bukan saya," katanya. Ketika berumur tujuh tahun, Nadolski mula muntah setiap kali selepas makan dan mula menderita sakit di bahagian perut, tangan dan kakinya. Doktor tidak dapat mengenal pasti penyakitnya dan mengesyaki masalah ini mungkin lebih cenderung kepada penyakit mental, bukan fizikal dan mengesyorkan dia makan lebih banyak.

Restoran jadi tular kerana jual semangkuk mi sup daging lebih mahal dari harga seekor lembu



Restoran jadi tular kerana jual semangkuk mi sup daging lebih mahal dari harga seekor lembu  | SEBUAH restoran tular kerana menjual mi sup daging lembu yang termahal di dunia. Restoran Niu Gengtian yang terletak di Shijiazhuang, Wilayah Hebei, China itu menjual hidangan 'Haozhonghao Beef Noodle Soup' dan menjadi perhatian warga sosial media selepas gambar menu berserta harganya tular. Memandangkan harga semangkuk mi sup daging kedua termahal yang dijual di restoran Niu Ba Ba, Taiwan hanya 2,252 yuan , (RM1,343) tidak menghairankan mengapa sup berharga 13,800 yuan (RM8,235) ini menjadi topik hangat. Media tempatan melawat restoran itu dan meminta pengurusnya dengan nama keluarga, Yan, menjawab persoalan ini tetapi tidak mendapat banyak maklumat. Lelaki berkenaan memberitahu bahawa makanan istimewa itu disediakan dengan menggunakan 12 bahan yang sangat mahal iaitu empat dari langit, empat dari tanah dan empat dari laut tetapi tidak memberikan poenjelasan lanjut.

Monday 13 August 2018

Pejalan kaki terkejut empat individu sedang melakukan pesta seks di taman awam



Pejalan kaki terkejut empat individu sedang melakukan pesta seks di taman awam  | PERBUATAN empat individu sedang melakukan pesta seks di taman awam disedari seorang pejalan kaki yang kebetulan sedang melalui kawasan tersebut. Insiden tidak bermoral itu dipercayai berlaku dekat Bute Park, Cardiff, Wales, kira-kira pukul 5 petang Jumaat lalu. Menurut saksi, dia terlihat dua pasangan lelaki dan wanita sedang baring di bawah sebatang pokok dengan beralaskan selimut dan tuala berhampiran Istana Cardiff, lapor Wales Online. Tiga individu dilihat dalam keadaan separuh bogel manakala seorang lagi wanita bertelanjang bulat. Saksi yang enggan namanya didedahkan berkata dia sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah sebelum terserempak dengan empat individu tersebut. "Saya baru habis kerja dan sedang berjalan kaki dari pusat bandar Cardiff ke tempat letak kereta di Sophia Gardens untuk pulang ke rumah.

Friday 10 August 2018

Remaja mati gantung diri selepas buat carian pasal cara bunuh diri



Remaja mati gantung diri selepas buat carian pasal cara bunuh diri  | SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun di Devon, England yang mengalami isu personaliti dan rakan sebaya, bertindak membunuh diri, menurut prosiding inkues. Sebelum kejadian, mangsa, Ellie Phillips membuat carian dalam talian mengenai cara-cara membunuh diri dan menulis pengebumiannya sendiri. Inkues diberitahu bahawa pemain hoki itu mengalami isu di sekolah dan rakan-rakan sebayanya. Ibu mangsa, Michelle memberitahu koroner bahawa Ellie seorang yang berfikiran negatif dan suka bersendirian. Michelle turut memberitahu bahawa Ellie amat ketagih dengan telefon pintar iPhone. Pada hari kematiannya, dia bercakap mengenai individu-individu yang tidak disukainya.

Kerana ketagih Pokemon Go warga emas sanggup pacak 11 telefon pintar pada basikal



Kerana ketagih Pokemon Go warga emas sanggup pacak 11 telefon pintar pada basikal  | TIADA siapa dapat menandingi kecintaan seorang warga emas ini terhadap aplikasi permainan Pokemon Go. Chen San-yuan, 70, menggunakan 11 telefon pintar bagi menangkap haiwan Pokemon tersebut.Gambar menunjukkan dia berada di kawasan taman di bandar New Taipei City, Taiwan dengan pemandangan luar biasa tersebar di media sosial. Lelaki itu memasang kesemua telefon pintar itu ke basikalnya dan ia dilengkapi dengan caj bateri untuk menangkap Pokemon di taman tersebut.Menurut laporan Metro UK, San-yuan terlalu menggemari aplikasi permainan tersebut dan kadangkala dia tidak pulang ke rumah sehingga pukul 4 pagi. Sekiranya anda merasakan 11 telefon pintar itu satu angka yang melampau, San-yuan nampaknya masih belum merasakan ia mencukupi.

Thursday 9 August 2018

Polis berjaya selamatkan wanita dari dikurung selama 15 tahun oleh seorang bomoh



Polis berjaya selamatkan wanita dari dikurung selama 15 tahun oleh seorang bomoh | SETELAH 15 tahun dikurung dalam sebuah lubang di Sulawesi, Indonesia, seorang wanita berusia 28 tahun akhirnya berjaya diselamatkan pihak polis. Siasatan yang dijalankan ke atas seorang bomoh bernama Jago membawa kepada penemuan wanita itu di dalam lubang sedalam 1.5 meter. Menurut polis, Jago, 83, mengaku menyembunyikan mangsa dan menjadikan dia sebagai korban kepada makhluk halus. "Kami temui mangsa duduk di antara batu-batu dalam lubang itu. Kami sedang menyiasat kes ini. "Berdasarkan penemuan awal, mangsa mungkin disembunyikan untuk tujuan seksual bomoh itu," ujar ketua polis Tolitoli, M. Iqbal Alqudusy kepada The Jakarta Post pada Isnin.Dalam pada itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai HS memberitahu pihak berkuasa bahawa dia sudah beberapa kali tidak datang haid. Sepanjang tempoh itu, dia diberi ubat oleh lelaki tua itu untuk menggugurkan kandungannya.

Ternyata wajah wanita ini hampir tidak dikenali selepas kenakan solekan



Ternyata wajah wanita ini hampir tidak dikenali selepas kenakan solekan  | KITA semua tahu bahawa solekan boleh membawa perbezaan yang besar kepada wajah seseorang. Sesetengah orang hanya mengenakan secalit solekan setiap hari, sementara yang lain lebih gemar membiarkan wajah mereka kekal seperti semula jadi. Terdapat pula sekumpulan lagi golongan yang amat profesional dalam ilmu solekan yang mampu menukar berus lukisan menjadi berus magis. Seorang wanita tular selepas berjaya mengubah penampilannya secara keseluruhan selepas video tersebut dikongsikan ke laman Facebook 9Gag.Qi Huahua dari China hampir tidak dikenali pada penghujung video tersebut selepas menggunakan solekan dan hidung palsu.

Lelaki kudung kedua-dua tangan guna gunting tikam seorang pelancong



Lelaki kudung kedua-dua tangan guna gunting tikam seorang pelancong | SEORANG lelaki kudung kedua-dua tangan dari Florida, Amerika Syarikat menggunakan kakinya untuk memegang gunting dan menikam seorang pemuda berusia 22 tahun bernama Cesar Coronado. Polis Pantai Miami menahan lelaki berusia 46 tahun Jonathan Crenshaw (gambar) yang mendakwa tindakannya itu adalah bagi mempertahankan dirinya daripada pelancong tersebut. Kata Crenshaw, dia sedang berbaring ketika Coronado mendekati dan menendangnya. Crenshaw cukup terkenal di kawasan tersebut kerana kebolehannya melukis menggunakan kaki. Ia seperti kebolehan luar biasa yang dimilikinya.

Wanita kejam sumbat bayi baru lahirnya dalam beg plastik hingga mati


Wanita kejam sumbat bayi baru lahirnya dalam beg plastik hingga mati | SEORANG pekerja gim melahirkan bayinya di dalam kereta sebelum menyumbatnya ke dalam beg plastik dan dibiarkan sehingga mati. Brennan Geller, 21, didakwa membunuh bayi tersebut. Suspek dari Lexington, SC, dipercayai melahirkan anaknya bersendirian pada Jumaat. Perbuatannya itu terbongkar pada keesokan harinya selepas dia memandu ke sebuah hospital akibat kehilangan banyak darah, lapor Fox 2. Namun tidak dapat dipastikan punca sebenar kematian bayi yang tidak didedahkan jantinanya itu."Kami menyedari kes tragik itu selepas Geller menerima rawatan di hospital pagi Sabtu akibat kehilangan darah. "Pasukan perubatan yang merawat Geller memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia tidak pernah memberitahu mereka bahawa bayinya masih berada di dalam kereta," katanya.

Wednesday 8 August 2018

Pemilik kedai roti terharu penceroboh kedainya pulang tangan kosong kerana kek palsu



Pemilik kedai roti terharu penceroboh kedainya pulang tangan kosong kerana kek palsu  | SEORANG pemilik kedai roti mahu lelaki yang memecah masuk kedainya minggu lalu supaya menghubunginya untuk diberikan kek percuma. Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Wang memberitahu Jiangsu Television pada Jumaat bahawa dia sudah membuat laporan polis susulan pencerobohan itu. Namun, dia bertindak menarik semula laporan polis setelah membuat penelitian kamera keselamatan dan mendapati tiada sebarang kehilangan berlaku. Menerusi kejadian di Nangjing, Jiangsu pada Rabu lalu, lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun itu dirakam memasuki kedai itu sebelum berjalan ke arah ruang kek. Dia kelihatan membuat perbandingan antara empat kek sebelum memilih satu daripadanya.

Wanita akui mahu anak selapas sebelum ini mendakwa bercinta dengan 'hantu'



Wanita akui mahu anak selapas sebelum ini mendakwa bercinta dengan 'hantu' | SEORANG wanita yang mendakwa bahawa dia jatuh cinta dengan hantu kini mendedahkan mereka mahukan 'anak' bersama-sama. Amethyst Realm menjadi popular di Australia sejak tahun lalu selepas mendakwa dirinya ditiduri 15 hantu sejak berpisah dengan tunangnya, 12 tahun lalu. Wanita itu mendakwa dia sudah tidak ada keinginan terhadap lelaki normal dan mula jatuh cinta dengan hantu kerana dapat berkomunikasi, merasai dan melakukan hubungan seks dengan makhluk ghaib tersebut. Kini dia mendedahkan bahawa kekasih 'baharunya' mahukan anak bersama dengannya. "Satu hari ketika saya berjalan di dalam semak, menikmati keindahan alam, saya dapat merasai satu kuasa yang kuat. Saya tahu kekasih baharu saya sudah datang."

Kahwin tanpa restu membuatkan pasangan suami isteri dibelasah dan dipaksa minum air kencing



Kahwin tanpa restu membuatkan pasangan suami isteri dibelasah dan dipaksa minum air kencing | Gara-gara berkahwin tanpa restu keluarga, sepasang suami isteri dari Alirajpur, Madhya Pradesh di India, dibelasah dan dipaksa minum air kencing. Pasangan suami isteri terbabit, masing-masing berusia 23 tahun dan 21 tahun dilaporkan berkahwin pada Mei lalu meskipun mendapat tentangan ibu bapa pengantin perempuan. Bagi meredakan kemarahan keluarga mentuanya, pemuda berkenaan memberikan wang tunai berjumlah Rs. 70,000 (RM4,141) serta dua ekor kambing. Pemberiannya diterima pihak perempuan namun pasangan muda terbabit kemudian diserang. Menurut seorang pegawai polis tempatan, Vikas Kapis, pasangan itu melarikan diri ke Gujerat selepas berkahwin, namun kembali beberapa minggu kemudian dan menetap di rumah bapa saudara pemuda tersebut.

Bayi ini dinamakan Muhammad Gempa kerana lahir ketika kejadian gempa bumi di Lombok



Bayi ini dinamakan Muhammad Gempa kerana lahir ketika kejadian gempa bumi di Lombok | Seorang bayi lelaki yang dilahirkan ketika kejadian gempa bumi yang melanda Lombok Utara, Indonesia diberi nama Muhammad Gempa Rizki. Menerusi tweet Palang Merah Indonesia, ibu bayi berkenaan Sri Handayani, 38 tahun, melahirkan bayinya pada awal pagi Isnin di Pusat Komando Kecamatan Bayan, Lombok Utara.Di sebalik tragedi yang berlaku, ibu dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), sebanyak 124 gempa susulan bermagnitud rendah, direkodkan berlaku sehingga jam 6 pagi Isnin. Gempa kuat yang berukuran 6.9 pada skala Richter pada Ahad telah mengorbankan sekurang-kurangnya 98 nyawa setakat ini.

Tuesday 7 August 2018

Ikuti kisah-kisah aneh yang pernah dilalui oleh seorang lelaki selama puluhan tahun menjadi penggali kubur



Ikuti kisah-kisah aneh yang pernah dilalui oleh seorang lelaki selama puluhan tahun menjadi penggali kubur | “PADA hari itu selepas siap menggali sebuah kubur, saya berehat sambil menunggu jenazah tiba. “Saya duduk berhampiran kubur sambil menunggu rakan sekerja saya balik membeli makanan, ketika itulah secara tiba-tiba dinding kubur yang digali itu mengeluarkan wap sejuk. “Perasaan saya ketika itu merasai sejuk wap itu seperti kita membuka peti sejuk. Begitu juga dengan kawasan persekitarannya,” demikian cerita seorang penggali kubur, Abu Ashari Bahroni. Abu Ashari, 50, menceritakan pengalamannya selama puluhan tahun bekerja separuh masa sebagai penggali kubur. Kejadian yang berlaku kira-kira empat tahun lalu itu adalah pertama kali disaksikannya dan dia mengakui memperoleh iktibar dan keinsafan. Beliau memiliki pengalaman puluhan tahun menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam di Selangor. Menurutnya, dia menyaksikan kejadian itu selepas menggali sebuah kubur bagi mengebumikan jenazah seorang penjawat awam berusia lingkungan 77 tahun.

Monday 6 August 2018

Bintang drama Gerak Khas meninggal dunia dipercayai menghidap penyakit buah pinggang



Bintang drama Gerak Khas meninggal dunia dipercayai menghidap penyakit buah pinggang  | Bintang drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob, 33, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, tengah hari tadi, dipercayai menghidapi penyakit buah pinggang. Rakan pelakon, Sheera Iskandar memberitahu, berita itu diterimanya menerusi pesanan dalam aplikasi sembang WhatsApp kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. “Tak silap saya, seminggu lalu dia telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan tidak pasti bila dia keluar dan dibawa ke Johor Bahru,” katanya. Bakat Nizen dicungkil oleh Datuk Rosyam Noor menerusi program realiti Pilih Kasih musim ketiga yang pernah bersiaran di TV2 pada tahun 2012.

Sunday 5 August 2018

Sebuah muzium peringati kes kanak-kanak terperangkap dalam gua Chiang Rai akan dibuka



Sebuah muzium peringati kes kanak-kanak terperangkap dalam gua Chiang Rai akan dibuka | Pekerja pembinaan Thailand pada Khamis memulakan kerja-kerja membangunkan sebuah muzium bagi memperingati misi menyelamat sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, Thailand. Selain untuk memperingati peristiwa yang dialami pasukan bola sepak itu, muzium berkenaan juga bakal dijadikan lokasi penghormatan istimewa untuk seorang penyelam yang terkorban nyawa saat menjalankan misi tersebut. Kesemua 12 kanak-kanak lelaki, 11 hingga 16 tahun, dan jurulatih mereka yang berusia 25 tahun, hilang pada 23 Jun lalu ketika meneroka kompleks gua tersebut. Mereka hanya dapat diselamatkan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) selepas lebih dua minggu terperangkap. Pasukan penyelam profesional berpengalaman tempatan dan antarabangsa telah berganding bahu menyelamatkan mereka dalam misi yang berlangsung selama 3 hari.

Saturday 4 August 2018

Di negara Peru ada bubur 'keampunan' bagi menghapus dosa



Di negara Peru ada bubur 'keampunan' bagi menghapus dosa | Orang ramai berkumpul di Gereja Francisca dekat Lima, Peru pada Khamis untuk menyediakan bubur sempena Pesta Portiuncula. Pesta keagamaan ini disambut sebagai 'Pesta Pengampunan' yang diraikan setiap 2 Ogos di semua Gereja Francisca di seluruh dunia. Menurut paderi tempatan, Roque Chaves, bubur berkenaan disediakan menggunakan bahan yang didermakan. Antara bahan yang menjadi kandungan utama bubur 'keampunan' ini ialah kentang, daging lembu, sayur-sayuran dan juga nasi. Tahun ini, sukarelawan di gereja berkenaan menyediakan 14 kawah bubur menggunakan dapur kayu.

Lelaki selamba berjalan sambil pegang kepala isterinya yang dipenggal



Lelaki selamba berjalan sambil pegang kepala isterinya yang dipenggal | SEORANG lelaki dirakam berjalan dengan selamba di lorong-lorong kecil sambil memegang kepala isterinya yang dipenggal. Lelaki itu, yang hanya dikenali sebagai Zhang, 31, dituduh menyembelihnya di flat kediaman mereka, dalam kejadian di China. Dia dipercayai keluar dari pintu depan rumahnya bersama kepala isterinya dan kemudian membawanya ke pusat pemindahan sisa untuk membuangnya. Kejadian itu berlaku di kampung Kangle di daerah Haizhu, Guangzhou, Selatan China. Kepala mangsa kemudian ditemui oleh pekerja sanitasi yang segera menghubungi polis. Mayat Xia, 28, dijumpai tanpa kepala di dalam flat tempat dia dan suaminya tinggal, dengan Zhang kemudian ditangkap atas tuduhan membunuh.

Apakah status haji jika kedatangan haid?



Apakah status haji jika kedatangan haid? | Sebilangan jemaah haji wanita didapati masih keliru dengan status sah haji mereka apabila dikaitkan dengan kedatangan haid ketika masyair sehingga terdapat antara jemaah yang mengalami kemurungan. Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Tabung Haji (TH) Yusnah Yusuf berkata ramai jemaah wanita beranggapan bahawa ibadah wukuf di Arafah dan melontar di Jamrah memerlukan mereka untuk suci daripada haid terlebih dahulu. "Rasulullah SAW sendiri dalam sirahnya, Saidatina Aishah RA, apabila dia masuk mahu menunaikan haji, dia sendiri dalam keadaan haid dan sebagai seorang perempuan, memang amat menyedihkan apabila berkeadaan haid ketika mahu menunaikan ibadah. "(Namun) Rasulullah SAW menjawab (kepada Saidatina Aishah), 'jangan risau, sebenarnya semua ibadah boleh dilakukan dalam mengerjakan haji melainkan tawaf sahaja'," katanya apabila ditemui di sini, hari ini.

Friday 3 August 2018

Bekas rakan setugas kongsi kenangan ketika bertugas bersama Datuk Mahadzir Lokman di TV3



Bekas rakan setugas kongsi kenangan ketika bertugas bersama Datuk Mahadzir Lokman di TV3  | Mula menyertai TV3 pada tahun 1984, kelibat Datuk Mahadzir Lokman akan sentiasa dikaitkan dengan stesen televisyen swasta pertama Malaysia ini.Sebelum bergelar pembaca berita , Mahadzir terlebih dahulu menimba ilmu sebagai wartawan penyiaran. Sejarah panjang yang dimilikinya dengan TV3 turut membolehkan beliau mencipta nama dalam bidang pengacaraan melalui beberapa program terbitan stesen tersebut. Malah paling membanggakan apabila Mahadzir yang cukup terkenal dengan sikap menepati masa ini, turut menjadi penyampai berita Melayu dan Inggeris pertama Tv3.

Tidak sekadar menjadi ikon stesen televisyen tersebut suatu ketika dahulu, tanggungjawab yang digalas Mahadzir dalam melahirkan pembaca berita dan pengacara terkenal negara pada era 90-an juga akan terus dikenang rakan sekerjanya. Sehingga nama-nama besar dalam dunia pengacaraan yang turut memulakan kerjaya mereka di TV3 seperti Datin Seri Normala Samsudin , Ezzah Aziz Fawzy, Norfarahin Jamsari dan ramai lagi masih menggelarkan dia sebagai mentor buat kerjaya mereka.

 JOHAN ISHAK 
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima, “Datuk Mahadzir atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Dale, merupakan satu ikon besar di dalam industri TV terutamanya TV3. Beliau adalah epitome pengacara yang berketrampilan profesional yang disegani ramai. Dari pihak pengurusan Rangkaian Televisyen Media Prima, kami dengan rasa pilu, mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. “Saya secara peribadinya, mengenali dan berurusan dengan beliau semasa beliau adalah Pengerusi Balai Seni Negara. Beliau adalah seorang yang tulus dalam apa jua usaha dalam meningkatkan industri kreatif negara.”

NURFARAHIN JAMSARI 
“Pengalaman mengacarakan program bual bicara Sekapur Sireh pada tahun 1987 bersama arwah adalah satu momen yang istimewa buat saya. Saya banyak belajar daripadanya malah dia juga seorang senang berkongsi ilmu. “Dia dah saya anggap seperti abang, mentor, idola malah sering menasihati anak-anak saya tentang pelajaran. Dia tiada galang ganti. “Sudah tentu pemergian dia meruntun hati saya. Seorang yang istimewa dan berbakat dalam bidangnya. Moga rohnya diberkati Tuhan.”

DATIN SERI NORMALA SAMSUDIN 
“Sekitar 1993-1994, dia merupakan guru dan mentor saya. Mengajar mengendalikan siaran secara langsung dan mendidik saya menjadi seorang pengacara yang berjaya. Memberi tips bagaiamana menjadi pengacara majlis-majlis rasmi dan mengajar protokol apabila melibatkan kerabat dan orang kenamaan. “Kelebihan dirinya ialah pandai pelbagai bahasa dan fasih bahasa Perancis. Sampai sekarang tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya. Dia seorang yang tegas tapi pada masa yang sama suka berseloroh dan bergurau. Pengalamannya sangat kami hormati. Dia guru yang amat baik dan pentingkan disiplin. “Abang Dale guru yang amat saya segani dan sanjungi. Rasa sebak dalam hati namun Allah menyayangi dan memanggilnya di hari yang amat baik ini, hari Jumaat. Bersemadilah Abang Dale di sana, Moga Allah rahmati rohnya dan di tempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman, Amin.

EZZAH AZIZ FAWZY 
“Kami wartawan muda waktu menganggap arwah sebagai abang. Dia seorang yang suka berjenaka tapi ada masanya kami takut apabila dimarah atas sebab-sebab tertentu. Dulu saya selalu berasa gemuruh setiap kali tampil membaca berita utama pukul 8 malam tapi dia akan mententeramkan saya dengan lawak jenakanya. Jadi, muka kita akan ceria sebelum betul-betul ke udara. “Abang Dale sangat pemurah dan penyayang. Dia kerap membawa kami wartawan muda ini di dalam keretanya beramai-ramai sekiranya ada majlis yang berlangsung di hotel. Itu yang menyeronokkan sebab maklumlah kami budak baharu dan seronok apabila ada majlis-majlis begitu.

“Satu perkara yang menjadi ingatan kepada saya ialah kepantangan abang Dale mengenai sebutan. Sekiranya membaca berita, sebutan ke atas satu-satu perkataan kena betul dan tepat kerana kita menjadi rujukan orang ramai terutama budak-budak sekolah. Sekiranya kita menyebutnya salah, maka generasi akan datang juga akan salah sebutan. Itu satu tanggungjawab yang dititik beratkan oleh abang Dale. “Dia juga mengingatkan kami semua agar terus bersikap merendah diri walau di mana sahaja berada. Apa yang perlu juga ialah sentiasa menganggap ada kamera di mana-mana agar personaliti diri sentiasa terjaga dengan sempurna. “Apa yang menyentuh hati saya juga ialah abang Dale sangat akrab dengan arwah ibunya. Dia mendahulukan ibunya dalam setiap perkara dan menjaganya sehingga ke akhir hayat. Saya percaya berkat kebaikan ke atas ibunya memberikan abang Dale pengakhiran hidup yang baik pada hari ini.”

NIZAL MOHAMAD 
“Jujurnya, saya tidak sempat bertugas dengan arwah memandangkan abang Dale menamatkan khidmatnya di stesen TV3 pada 1993 manakala saya pula mula berkhidmat setahun selepas itu. “Bagaimanapun, sebagai alumni stesen TV tersebut, arwah sangat menjaga hubungannya dengan barisan personaliti lain meskipun sudah tidak lagi bertugas di situ. “Kami banyak bertanya khabar di media sosial kerana arwah begitu aktif mengemas kini laman Facebook miliknya.”

SUHAIMI SULAIMAN 
 “Allahyarham sangat peramah dan pemurah orangnya. Dia bukan sahaja tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan, malah turut tidak kedekut mengeluarkan wang bagi menjamu rakan-rakan di rumahnya. “Dia sering mengajak sesiapa jua kenalan rapat datang ke rumahnya di Petaling Jaya untuk majlis makan-makan sambil mengeratkan lagi silaturrahim. “Dalam soal kerja, arwah sangat tegas orangnya dan tak boleh main-main. Bagaimanapun, dia cukup profesional.” - Utusan



.

Bapa rakam aksi bunuh diri di FB Live selepas kena tinggal isteri bersama anak mereka






Bapa rakam aksi bunuh diri di FB Live selepas kena tinggal isteri bersama anak mereka | SEORANG bapa bertindak membunuh diri menerusi rakaman penstriman video secara langsung, disaksikan ribuan penonton. Insiden pada Isnin lalu itu berlaku susulan mangsa ditinggalkan isteri dan mengambil anak mereka bersama. Dia merakamkan detik-detik kematiannya sendiri dalam satu kejadian di bandar Pataudi, di Haryana, utara India. Menurut kenyataan polis, Amit Chaulan yang baru berusia 27 tahun itu memulakan penstriman video secara langsung di laman sosial Facebook selepas isterinya meninggalkannya, dan membawa dua anak mereka. Dalam rakaman pertama, Amit memberitahu para penonton bahawa dia akan membunuh dirinya di hadapan kamera dan meminta mereka berkongsi rakaman tersebut.


Video tular lelaki ajar jawi tapi buat isyarat dan bunyi lucah!



Video tular lelaki ajar jawi tapi buat isyarat dan bunyi lucah!  | Kecoh di media sosial mengenai ‘kelas belajar tulisan jawi’ yang mengajar anak-anak muda terutama kanak-kanak untuk menyebut huruf dengan betul. Menerusi satu video yang tular, seorang lelaki mempelawa golongan muda untuk mengalihkan tumpuan dari laman sosial kepada mengenal huruf jawi atau hijaiyah. “Assalamualaikum, kepada adik-adik Tik Tok, Tumblr, Bigo dan sebagainya. Mari abang nak ajar pelajaran huruf jawi. “Seperti yang kita belajar jawi Alif Ba Ta, di sini ada satu rahsia yang abang hendak kongsikan. Ini adalah huruf Ha, ada 'ekor' di situ. Ini adalah Ha ‘pedas’ bunyinya ha. “Ini juga adalah huruf Ha, tapi ia dipanggil Ha ‘bulat’. Tapi membezakan Ha ini dan Ha itu adalah makhrajnya sahaja,” katanya menerusi video berdurasi lebih seminit itu. ‘Guru’ berkenaan turut memegang kertas putih yang memaparkan huruf Alif, Ha ‘pedas’ dan Ha ‘bulat’.

Thursday 2 August 2018

Asam pedas rambutan mula jadi menu popular



Asam pedas rambutan mula jadi menu popular | Tidak keterlaluan jika diangkat sebagai salah satu menu popular negara ini, asam pedas sememangnya digemari ramai dan sinonim dimasak menggunakan ikan sebagai bahan utama. Namun, kelainan yang ditampilkan oleh seorang wanita dengan memperkenalkan asam pedas rambutan baru-baru ini pantas mendapat perhatian netizen. Menerusi group Masak Apa Hari Ni.. di laman Facebook, Supiah Husein memuat naik beberapa keping gambar hidangan itu. Selain Facebook, paparan skrin hidangan berkenaan turut dimuat naik di laman Twitter oleh seorang netizen sehingga mendapat hampir 20,000 ulang kicau (retweet). Rata-rata netizen mengakui pelik dengan pemilihan rambutan sebagai bahan utama masakan itu.Selain pujian atas idea kreatif itu, terdapat juga segelintir netizen yang beranggapan ia merupakan satu hidangan yang tidak masuk akal. "Yang ni memang unik. Saya belum pernah jumpa, rambutan yang masam ke yang manis sedap buat asam pedas," komen Suhaila Samsu.

Dua tumor gergasi seberat 35kg daripada ovari seorang wanita berumur 60 tahun berjaya dikeluarkan



Dua tumor gergasi seberat 35kg daripada ovari seorang wanita berumur 60 tahun berjaya dikeluarkan | Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan dua tumor gergasi seberat 35 kilogram (kg) daripada ovari seorang wanita berumur 60 tahun di sini baru-baru ini. Ketumbuhan itu dilaporkan merangkumi kira-kira 80 peratus saiz abdomen badan Arati Adhikary, 60, dari Kanchrapara di sini dan wanita itu dianggap bertuah kerana masih hidup. Adhikary dirujuk ke Kolej Perubatan dan Hospital JNM di sini kira-kira 10 hari lalu akibat kesakitan teruk pada bahagian abdomen. Doktor yang menjalankan pemeriksaan ultra bunyi terkejut menemui tumor gergasi pada kedua-dua ovarinya.

Bos mafia maut ditikam tiga anak perempuannya selepas tidak tahan dijadikan hamba seks



Bos mafia maut ditikam tiga anak perempuannya selepas tidak tahan dijadikan hamba seks  | SEORANG bos mafia maut ditikam tiga anak perempuannya selepas tidak tahan dijadikan hamba seks bapa mereka. Kristina, 19, Angelina, 18, dan Maria, 17, didakwa membunuh bapa mereka, Mikhail Khachaturyan, 57 di Moscow. Insiden ketiga-tiga mereka diserang secara seksual terbongkar susulan penemuan mayat Khachaturyan dengan puluhan kesan tikaman di pangsapuri diduduki keluarga terbabit. Polis di Moscow memberitahu pemberita bahawa ketiga-tiga remaja itu mengakui membunuh bapa mereka bersama-sama. Mereka mendakwa telah menjadi mangsa seksual lelaki tersebut yang dikatakan ketagih heroin selama bertahun-tahun. Jika didapati bersalah, ketiga-tiga mereka boleh dipenjara sehingga 15 tahun. "Kami benci dia dan kami hanya mahu satu perkara berlaku, sama ada di hilang atau kami tidak pernah mengenalinya. "Kami hanya mahu dia pergi jauh dan tidak kembali."

Lelaki berdepan hukuman penjara selepas melakukan hubungan intim 'tanpa kemaluan'



Lelaki berdepan hukuman penjara selepas melakukan hubungan intim 'tanpa kemaluan' | SEORANG lelaki tanpa kemaluan berdepan hukuman penjara selepas menggunakan 'objek tidak diketahui' ketika melakukan hubungan yang difikirkan seks oleh dua pasangannya. Pendakwa Raya Kirsten Cockburn memberitahu mahkamah bahawa Carlos Delacruz, 35, telah menyebabkan salah seorang wanita itu mengalami pendarahan akibat tindakannya. Kedua-dua wanita itu hanya mengetahui bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai zakar selepas hubungan mereka terputus. Salah seorang mangsa berkata lelaki itu akan sentiasa memegang bahagian kemaluannya yang mana pada ketika itu difikirkannya zakar semasa melakukan seks, manakala seorang lagi wanita berkata lelaki itu telah menyebabkan dia mengalami pendarahan. Kedua-dua mereka beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu tetapi disebabkan dia enggan membuka pakaian dan sering berkeras melakukannya dengan lampu dipadam, mereka tidak menyedari bahawa dia tidak mempunyai kemaluan.

Wednesday 1 August 2018

Bayi berusia empat bulan cedera selepas mangsa dilarikan harimau bintang



Bayi berusia empat bulan cedera selepas mangsa dilarikan harimau bintang | Seorang bayi berusia empat bulan cedera selepas mangsa dilarikan harimau bintang dalam kejadian dekat kawasan sebuah hutan di Gujarat. Ketika kejadian, bayi terbabit sedang dipegang ibunya yang membonceng motosikal suaminya. Bapa bayi terbabit kemudiannya meminta bantuan penduduk kampung berhampiran. "Mereka bertindak menjerit untuk menakut-nakutkan haiwan terbabit. Ia akhirnya menjatuhkan bayi tersebut. Kami segera menghubungi ambulans. Ibu mangsa turut mengalami kecederaan," kata renjer hutan.

Hasrat wanita derma buah pinggang pada seorang rakan yang bertugas sebagai anggota tentera akhirnya jadi kenyataan



Hasrat wanita derma buah pinggang pada seorang rakan yang bertugas sebagai anggota tentera akhirnya jadi kenyataan | SEORANG wanita ingin mendermakan buah pinggangnya kepada seorang rakan yang bertugas sebagai anggota tentera. Namun, hasrat murninya itu ditentang oleh keluarganya yang turut meminta campur tangan daripada pihak kerajaan. Bagaimanapun, Varsha Sharma, 48, dari Rajasthan berjaya membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi Karnataka bagi mendapatkan kelulusan untuk pemindahan organ dua individu tidak bersaudara. Selepas melalui prosedur tersebut selama empat bulan, Varsha akhirnya menjalani pembedahan pada Jumaat untuk memindahkan buah pinggangnya kepada Kolonel Pankaj Bhargava di Hospital Columbia Asia.

Derita selama 14 tahun dengan 'tubuh' tambahan yang tergantung di perut



Derita selama 14 tahun dengan 'tubuh' tambahan yang tergantung di perut | KEHIDUPAN seorang pelajar akan berubah tidak lama lagi selepas 14 tahun 'membawa' anggota badan berlebihan yang tergantung di perutnya. Veronica Cominguez, 14, dari Filipina dilahirkan dengan dua tangan tambahan bersama jari terbantut di perutnya, selepas pasangan kembarnya tidak berkembang dengan baik di dalam rahim. Veronica, yang tinggal di Bandar Iligan, Filipina, telah 'ditemani' dengan tangan anggota tambahan tersebut untuk seluruh hidupnya selama 14 tahun. Setiap hari dia membersihkan tangan pasangan kembarnya dan memotong kukunya apabila panjang. Terdapat juga pertumbuhan lain di bawah lengannya, yang dilaporkan mempunyai otot. "Masa saya masih kecil, saya fikir ia adalah kaki. Tetapi ketika saya membesar, ia menjadi lebih besar. "Ia berat, membataskan pergerakan saya. Ia tergantung dan berayun," katanya.

Tindakan beberapa remaja bergambar selepas baling telur dan tepung kepada wanita OKU dikecam



Tindakan beberapa remaja bergambar selepas baling telur dan tepung kepada wanita OKU dikecam | EMPAT remaja ditahan selepas membaling telur dan tepung kepada seorang wanita kurang upaya dan kemudian bergambar di belakangnya. Dalam gambar 'kejam' itu, kumpulan remaja lelaki berkenaan dilihat 'berposing' di belakang wanita itu yang sedang duduk di bangku taman dengan badannya diselaputi tepung. Dia nampak seolah-olah terlalu takut untuk bergerak, apatah lagi melawan. Serangan itu berlaku di Bury St Edmunds, Suffolk, England pada Jumaat, kira-kira jam 5.30 petang. Polis berkata dua lelaki berusia 17 tahun dan dua lelaki berusia 15 tahun telah ditangkap berkaitan kejadian itu, tetapi telah dibebaskan dengan ikat jamin. Identiti jurugambar, dan sama ada mereka turut terlibat dalam serangan itu belum diketahui, The Sun melaporkan. Polis berkata mangsa, seorang wanita berumur 40-an, dibaling telur dan tepung selepas pertengkaran lisan dengan kumpulan remaja terbabit.