Blog alin

Saturday 21 April 2018

Pelancong maut rebah ketika asyik berhibur di bar tarian bogel



Pelancong maut rebah ketika asyik berhibur di bar tarian bogel  | SEORANG pelancong warga Britain rebah selepas mengalami serangan jantung semasa menyaksikan persembahan di sebuah bar tarian bogel di Thailand. Lelaki yang berusia lingkungan 60an itu duduk di bar pada Rabu di Soi Cowboy di Bangkok. Saksi memberitahu lelaki tersebut duduk berdekatan dengan pentas sebelum jatuh ke lantai. Kakitangan bar bergegas memberikan bantuan pernafasan tetapi pelancong berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung. Mayat lelaki itu dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan Kedutaan Britain di Bangkok telah dimaklumkan mengenai insiden itu. - Mail Online UK



#tarianbogel #pelancongasing



.

No comments:

Post a Comment