Blog alin

Saturday 30 June 2018

Doktor veterinar terkejut ketika menyambut kelahiran seekor anak lembu yang memiliki dua kepala di Poland



Doktor veterinar terkejut ketika menyambut kelahiran seekor anak lembu yang memiliki dua kepala di Poland | Seorang doktor veterinar terkejut ketika menyambut kelahiran seekor anak lembu mutan yang berkepala dua di sebuah ladang di sini baru-baru ini. Karolina Szarowska berkata, dia terkejut semasa membantu ibu lembu berkenaan untuk melahirkan anaknya di sebuah ladang di perkampungan Kowalewo Pomorskie. Dia kemudian memuat naik beberapa gambar mengenai haiwan luar biasa itu di media sosial. “Anak lembu jantan berkepala dua. Bagi membantu haiwan ini masih hidup, ia adalah satu tindakan ajaib. Ibunya selamat selepas mengharungi kelahiran sukar ini.

Thursday 28 June 2018

Bomoh didakwa mencabul anak tirinya puluhan kali selain merogol mangsa ketika berdua-duaan dirumah



Bomoh didakwa mencabul anak tirinya puluhan kali selain merogol mangsa ketika berdua-duaan dirumah | Seorang bomoh didakwa mencabul anak tirinya puluhan kali selain merogol mangsa ketika berdua-duaan dirumah. Suspek ditangkap di kawasan Kedungwaringin, Kecamatan Bojonggede, Kabupaten Bogor, kelmarin, selepas mangsa melaporkan perkara itu kepada ibunya setelah sering dimarahi selain berasa tertipu dengan janji bapa tirinya. Polis berkata, setiap kali mencabul mangsa, tertuduh akan memberikan sejumlah wang selain berjanji akan menurunkan ilmu spiritual. Tambah polis, perkara itu sudah berlanjutan selama setahun sebelum mangsa mendedahkan hubungan asmara itu kepada ibunya. Difahamkan, mangsa yang berusia 17 tahun sudah tidak bersekolah dan sering menghabiskan masanya di rumah.

Lelaki ini sembah Donald Trump bagaikan Tuhan



Lelaki ini sembah Donald Trump bagaikan Tuhan  | SEBELUM Donald Trump menjadi pemimpin lagi, Bussa Krishna menganggap presiden Amerika Syarikat (AS) itu begitu istimewa. Sejak tiga tahun lalu, petani berusia 31 tahun dari Hyderabad, India, ini telah membawa gambar Trump bersamanya dan berdoa untuknya beberapa kali dalam sehari. Dia juga membuka halaman Facebook, di mana dia menyiarkan video dan gambar-gambarnya melakukan upacara puja mengikut kepercayaan penganut Hindu, di sebuah kuil di kampung Konne di Telengana. "Keluarga dan penduduk kampung kata saya gila. Mereka pernah cadang saya jumpa ahli psikologi. Saya beritahu mereka saya tak perlu buat macam tu, mungkin mereka yang perlu sebab dia adalah tuhan saya dan saya tidak terganggu dengan apa orang mahu kata," katanya, menurut berita Australia 9 News.

Wednesday 27 June 2018

Kehadiran anak sulung David Beckham disamping ibunya dalam Minggu Fesyen Paris menarik perhatian ramai



Kehadiran anak sulung David Beckham disamping ibunya dalam Minggu Fesyen Paris menarik perhatian ramai | PENYANYI dan pereka fesyen Victoria Beckham menghadiri Minggu Fesyen Paris ditemani anak sulungnya, Brooklyn Beckham pada Sabtu lalu sehari selepas dia menyangkal dakwaan bakal bercerai dengan David Beckham. "Terima kasih Brooklyn kerana menjadi teman saya hari ini," tulis Victoria di Instagram. Victoria yang juga ibu kepada tiga lagi cahaya mata iaitu Romeo, 15, Cruz, 13, dan Harper, 6, menggayakan blaus berwarna biru dipadankan dengan seluar merah manakala Brooklyn tampil dengan gaya streetwear pada acara itu.Sebelum ini, Victoria secara terbuka memberitahu bukan mudah untuknya membahagikan masa sebagai seorang ibu, isteri dan kariernya namun dia sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. "Ia bukan mudah untuk menjadi ibu dan isteri terbaik," katanya. -AP

MAQIS temui cacing bawa penyakit dalam tin sardin dari China



MAQIS temui cacing bawa penyakit dalam tin sardin dari China | Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang pada 14 Mei lalu. Ketua Pengarah MAQIS, Datuk Mokhtarud-din Husain berkata, cacing terbabit ditemui menerusi pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa tin sardin yang tiba dalam dua kontena yang ditahan di NBCT dengan anggaran berat 36,720 kilogram bernilai RM199,797.24. Cacing terbabit berkemungkinan daripada genus Anisakis spp yang menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia yang biasanya berlaku apabila manusia memakan makanan laut seperti ikan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya yang dijangkiti parasit terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahkamah memutuskan untuk batal hukuman mati seorang remaja yang bunuh suami kerana cuba rogol dirinya



Mahkamah memutuskan untuk batal hukuman mati seorang remaja yang bunuh suami kerana cuba rogol dirinya | Mahkamah Rayuan Sudan membatalkan hukuman mati dan penjara terhadap seorang remaja yang membunuh suami kerana cuba merogol dirinya, kata seorang peguam. Noura Hussein, 19, mendakwa dipaksa untuk mengahwini seorang lelaki yang juga sepupunya, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bulan lalu oleh Mahkamah Syariah negara itu kerana membunuh. Juru kempen hak meminta Presiden Sudan, Omar al-Bashir agar mengampunkan Noura dengan alasan dia dipaksa berkahwin dan bertindak untuk mempertahankan diri. Peguam yang mewakili remaja itu, Al-Fateh Hussein berkata, berikutan itu, mahkamah semalam membatalkan hukuman mati termasuk penjara lima tahun tetapi Noura didenda AS$20 (RM80.50), tanpa memberikan butiran lanjut.

Reaksi Diego Maradona meraikan kejayaan Argentina mencetuskan kebimbangan


Reaksi Diego Maradona meraikan kejayaan Argentina mencetuskan kebimbangan  | Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona hampir pitam ketika meraikan kejayaan negaranya melangkah ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Nigeria 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan D, pagi tadi. Maradona, 57, dilaporkan hampir terjatuh dan terpaksa dipapah oleh penyokong sebelahnya sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai tahap kesihatannya. Wira Argentina yang menjulang Piala Dunia 1986 itu dilihat hampir terjatuh dari tempat duduknya sejurus meraikan kejayaan berkenaan hasil jaringan Marcos Rojo pada minit ke-86.

Tuesday 26 June 2018

Wanita belanjakan lebih 1 juta untuk his rumah serba merah jambu



Wanita belanjakan lebih 1 juta untuk his rumah serba merah jambu | Seorang wanita membelanjakan lebih £1 juta (RM5.3 juta) untuk memastikan semua kelengkapan kediaman termasuk pakaiannya berwarna merah jambu. Wanita itu, Kitten Kay Sera, 54, menyatakan cita rasa terhadap dunia merah jambu tercetus kira-kira 34 tahun lalu sewaktu meraikan sambutan ulang tahun ke-20 di Houston, Texas. Kay Sera yang kini menetap di Hollywood, Los Angeles di sini mempunyai semua keperluan rumah berwarna merah jambu daripada pintu rumah, set televisyen sehingga tisu tandas. Malah selebriti media sosial itu juga mewarnakan kereta dan anjing peliharaannya kepada merah jambu. “Saya berasa cantik. Saya berpendapat jika memakai semua pakaian dan aksesori berwarna merah jambu membawa keseronokan, mengapa tidak memakainya setiap hari.

Tuesday 12 June 2018

Budak hilang lengan kiri selepas lengan baju tersangkut di roda belakang motosikal yang ditunggang ibunya



Budak hilang lengan kiri selepas lengan baju tersangkut di roda belakang motosikal yang ditunggang ibunya | SEORANG budak perempuan berusia lima tahun hilang lengan kiri selepas lengan baju sejuknya tersangkut di roda belakang motosikal yang ditunggang ibunya. Chalongkrung Suwanbutr, penyelamat di daerah Muang, Surin, Thailand berkata kemalangan itu berlaku di Jalan Pattamanon di Tambon Nai Muang. Suwanbutr menceritakan kisah tragis kanak-kanak itu dalam Facebooknya pada pukul 7.46 petang Khamis. Postingnya telah dikongsi secara meluas oleh pengguna Facebook yang menyatakan simpati terhadap kanak-kanak malang itu. Suwanbutr berkata dia memuat naik posting itu untuk memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati semasa menunggang motosikal dengan anak-anak mereka yang menjadi pembonceng.

Sunday 10 June 2018

Wanita menderita lumpuh dan tidak mampu bercakap selama 2 tahun selepas digigit kutu



Wanita menderita lumpuh dan tidak mampu bercakap selama 2 tahun selepas digigit kutu | Seorang wanita menderita lumpuh dan tidak mampu bercakap selama dua tahun selepas mengalami jangkitan kuman akibat digigit kutu. Rachel Foulkes-Davies, 43, yang berasal dari Denbighshire, dekat sini digigit serangga itu pada lehernya ketika berada di taman di hadapan rumahnya pada Jun 2015. Pada mulanya, dia tidak berasa apa-apa, namun kemudian, bibirnya kebas dan wajahnya berubah senget. Rachel kemudian dihantar ke hospital dan doktor mengesahkan dia menghidap Bell Palsy atau lumpuh saraf muka dan diberikan rawatan steroid. Bagaimanapun, dia gagal pulih dan keadaannya menjadi semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap atau makan.

Pelakon Kareena Kapoor jadi bualan hanya disebabkan baju-T yang dipakainya


Pelakon Kareena Kapoor jadi bualan hanya disebabkan baju-T yang dipakainya | Kareena Kapoor memang terkenal dengan penampilan glamornya di khalayak umum. Walaupun sekadar mengenakan baju-T dengan jean, namun aktres Bollywood itu tetap berbeza daripada orang lain. Ini kerana, baju-T yang dipakai Kareena bukan daripada baju-T yang biasa-biasa harganya. Salah satu daripadanya adalah baju-T berwarna merah jambu yang digayakan olehnya baru-baru ini. Menurut Bollywoodlife.com, baju daripada jenama Givenchy itu dikhabarkan bernilai Rs36,000 (RM2,138). Sedangkan rekaan baju dengan hiasan bintang itu kelihatan biasa bagi mereka yang tidak mengenali jenama mewah tersebut. -AP

Video pesanan khas Tun Mahathir dan Menteri Pengangkutan sempena sambutan aidilfitri menarik perhatian ramai



Video pesanan khas Tun Mahathir dan Menteri Pengangkutan sempena sambutan aidilfitri menarik perhatian ramai | Sempena sambutan Aidilfitri minggu depan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, menitipkan pesanan khas kepada orang ramai yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. Dalam video pendek terbitan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) itu, Dr Mahathir menasihati mereka berhenti berehat dan tidur sebentar sekiranya mengantuk ketika memandu. Dr Mahathir, 92, yang gemar memandu, juga menasihatkan pemandu berusia seperti beliau supaya tidak memandu kerana khuatir mereka kekurangan tenaga untuk berbuat demikian. "Biasanya orang 90 tahun tak usah bawalah (kereta)... keseronokan saya adalah membawa kereta tapi saya dapat bawa kereta hujung minggu saja, itu pun ada 'driver' (pemandu) di tepi," katanya dalam video yang dimuat naik di laman YouTube semalam.

Saturday 9 June 2018

Banglo besar tiga tingkat dilelong jauh lebih rendah kerana ia lokasi pembunuhan kejam



Banglo besar tiga tingkat dilelong jauh lebih rendah kerana ia lokasi pembunuhan kejam  | SEBUAH banglo di timur China untuk dijual pada harga satu pertiga daripada harga pasaran didedahkan apabila ia menjadi lokasi satu kejadian pembunuhan kejam, menurut laporan sebuah akhbar. Modern Express melaporkan bahawa banglo tiga tingkat di Nanjing di wilayah Jiangsu itu dibida pada Isnin lalu dengan harga permulaan AS$680,000 (RM2.7 juta). Menurut artikel berkenaan, nilai bidaan itu adalah 65 peratus kurang daripada nilai hartanah yang sama di kawasan tersebut. Feng Jun, 70, disabitkan kesalahan kerana membunuh menantu lelakinya di rumah tersebut pada 2011, dengan bersubahat bersama anak perempuannya. Kejadian bermula apabila anak beranak itu membuat tuntutan insurans dengan memalsukan "kematian" menantu Feng Jun.

Friday 8 June 2018

Wakil rakyat ditangkap tidur ketika dewan sedang bersidang



Wakil rakyat ditangkap tidur ketika dewan sedang bersidang | WAKIL rakyat Thailand yang 'ditangkap' terlelap ketika sesi persidangan diberi amaran akan berdepan dengan tindakan tegas. Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha berkata, amaran itu disampaikan melalui Presiden Dewan Legislatif Kebangsaan (NLA), Pornpetch Witchitcholchai. "Sesiapa yang didapati tidur ketika dewan sedang bersidang akan disenarai hitamkan daripada bekerja dengan saya pada masa depan. "Mereka tidak akan dipilih untuk bersama saya," katanya kepada media selepas kesal dengan insiden berkenaan. Gambar anggota NLA tertidur ketika Prayut membentangkan ucapan bajet telah tular di media sosial baru-baru ini.

Gelagat wanita sedang berbogel di platform stesen MRT jadi tular di media sosial



Gelagat wanita sedang berbogel di platform stesen MRT jadi tular di media sosial | GAMBAR seorang wanita sedang berbogel di platform stesen MRT muncul di media sosial. Menurut laporan Today, wanita berusia 35 tahun itu telah ditahan malam Rabu di bawah Akta Kesihatan Mental (Rawatan dan Jagaan) selepas polis dihubungi kira-kira jam 10.30 malam, dalam kejadian di Singapura. Dia dirujuk kepada seorang pengamal perubatan untuk pemeriksaan di sebuah institusi psikiatri. Identiti dan negara asal wanita itu masih tidak diketahui, begitu juga individu yang mengambil gambar berkenaan. Dalam satu gambar yang tular, wanita berkenaan dilihat sedang menanggalkan bajunya dan dalam satu lagi gambar, tidak ada seurat benang pun di badannya.

Thursday 7 June 2018

Lelaki jadi kaya raya selepas cipta dan jual testis palsu anjing



Lelaki jadi kaya raya selepas cipta dan jual testis palsu anjing  | GREGG Miller adalah bukti bahawa idea gila kadangkala mampu mengubah kehidupan seseorang. Dia adalah pencipta Neuticles, implan silikon untuk anjing jantan bagi menggantikan buah zakar selepas dimandulkan, supaya kejantanan haiwan itu tidak 'hilang'. Miller tampil dengan idea penggantian kosmetik semata-mata untuk zakar haiwan pada awal tahun 90-an, ketika dia membeli seekor anjing pemburu yang dinamakan Buck. Dia enggan menuetralkan anjingnya itu hanya kerana dia tidak mahu anjingnya melalui pembedahan, tetapi selepas Buck hilang selama empat hari gara-gara anjing betina, Miller berubah hati. Katanya, tempoh empat hari itu sebagai paling mengerikan dalam hidupnya dan dia sedar jika anjingnya tidak dikasi, dia sekali lagi akan berisiko kehilangannya. Tetapi dia masih mahu kejantanan Buck dapat dilihat, jadi dia bertanyakan tentang implan testis kepada doktor haiwan.

Lelaki dikecam selepas selamba swafoto berlatarbelakangkan kejadian wanita parah dilanggar kereta api



Lelaki dikecam selepas selamba swafoto berlatarbelakangkan kejadian wanita parah dilanggar kereta api | PASUKAN penyelamat pantas ke landasan untuk memberikan bantuan apabila seorang wanita Kanada cedera parah akibat dilanggar kereta api dalam kejadian di utara Itali. Namun, seorang lelaki menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia dengan selamba mengambil swafoto berlatabelakangkan kejadian tersebut. Tindakan lelaki itu berjaya dirakam oleh seorang jurufoto berita yang menyifatkannya sebagai tidak beretika. Susulan itu, lelaki berkenaan ditahan oleh pihak polis dan dipaksa memadam foto berkenaan. Setelah siasatan dilakukan, dia masih tidak mahu mengaku bersalah. Namun, foto perbuatan lelaki itu telah menjadi paparan utama akhbar di Itali dan tular di laman sosial.

Alahai ramai terkejut tengok badan Ramlah Ram yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 20kg



Alahai ramai terkejut tengok badan Ramlah Ram yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 20kg | PENYANYI Ramlah Ram menolak dakwaan dia mula memasang badan sehingga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kilogram disebabkan ingin mendirikan rumah tangga. Sebaliknya kata Ramlah, 52, berkata dia nekad menurunkan berat badannya kerana berasa tertekan dengan penampilannya selain mahu menitikberatkan soal kesihatan pada usianya kini. "Dalam usia begini tak terfikir dah soal kahwin... saya pun tak terdorong ke arah itu. Kalau ada jodoh itu adalah ketentuan Allah. "Saya turunkan berat badan kerana tertekan melihat banyak baju yang tak boleh dipakai dan sebagai artis saya perlu mementingkan imej. "Jujurnya apa yang saya lakukan ini adalah kerana diri sendiri, mahu jaga kesihatan dan demi peminat yang sentiasa menyokong saya dan bukan sebab ingin berkahwin," katanya.Ramlah ditemui pada majlis pelancaran album Nada Seni Gema Lebaran Legenda pada Selasa.

Wednesday 6 June 2018

Budak pertaruhkan nyawa selamatkan bapa yang jadi tebusan perompak bersenjata



Budak pertaruhkan nyawa selamatkan bapa yang jadi tebusan perompak bersenjata | SEORANG budak lelaki berusia enam tahun mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan bapanya daripada menjadi tebusan sekumpulan perompak bersenjata. Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di sebuah pasar di Paranavai, sebuah bandar di selatan Brazil. Melihatkan bapanya diacu pistol di bahagian leher, kanak-kanak itu dengan pantas menendang dan menumbuk penjenayah terbabit. Francisco Carlos Alves Silva cuba meredakan tiga perompak bersenjata dan meminta anaknya ke belakang bagi mengelakkan sebarang bahaya.

Pencarian wanita ini kepada ibu kandung malah membawa dia kepada penemuan yang lebih mengejutkan



Pencarian wanita ini kepada ibu kandung malah membawa dia kepada penemuan yang lebih mengejutkan | "KALI pertama saya melihat abang saya, saya hanya membisu. "Saya tak dapat berkata apa-apa, kami duduk di atas sofa di rumahnya dan masing-masing diam, kemudian saya menangis. "Ayat pertama yang dia katakan kepada saya adalah 'jangan menangis'. Kemudian dia pegang tangan saya, semua di situ turut menangis." Kiran Gustafsson berusia 33 tahun ketika bertemu saudara kembarnya buat kali pertama. Ia adalah satu adegan yang tidak dijangka dalam perjalanan kehidupannya yang penuh emosi. Gustafsson sebenarnya kembali ke India untuk mencari ibu kandungnya. Dibesarkan di Sweden oleh keluarga angkatnya, Gustafsson berkata dia mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang yang memberikan segala-galanya yang dikehendakinya.

Aksi cium bibir Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengejutkan netizen



Aksi cium bibir Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengejutkan netizen | Itulah yang dikatakan oleh wanita Filipina yang dicium Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Ahad apabila ditanya oleh Philippine News Agency (PNA) yang dikendalikan oleh kerajaan mengenai kejadian kontroversi tersebut. Dalam temu bual yang disiarkan pada Isnin, Bea Kim yang bekerja di Korea Selatan selama tujuh tahun mengaku gembira dapat bertemu dengan presiden. Selepas ucapan Duterte di Hotel dan Pusat Konvensyen Grand Hilton pada Ahad, presiden memanggil Kim dan seorang wanita lain untuk menerima buku yang diberikan olehnya. Duterte berkata dia tidak dapat menawarkannya kepada lelaki kerana dia mahukan ciuman sebagai pertukaran. Bagaimanapun wanita pertama yang dipanggilnya ke pentas hanya memeluk Duterte, tidak seperti Kim yang akhirnya membiarkan presiden mencium bibirnya.

Sunday 3 June 2018

Pasangan diarah tukar nama anak selepas nama itu dikatakan tidak cukup 'perempuan'



Pasangan diarah tukar nama anak selepas nama itu dikatakan tidak cukup 'perempuan' | PASANGAN di Milan, Itali, yang telah memilih nama untuk anak perempuan mereka baru-baru ini diperintahkan oleh mahkamah untuk menukar nama pilihan mereka. Mahkamah mengarahkan nama baharu yang kedengaran lebih 'perempuan' diberikan kepada bayi perempuan mereka berbanding 'Blu', nama pilihan pasangan tersebut atau berdepan risiko nama lain diberikan oleh mahkamah kepada anak mereka. Menurut perintah presiden yang dikeluarkan pada tahun 2000, 'nama yang diberikan kepada anak mesti bersesuaian dengan seks mereka' dan pihak berkuasa Itali nampaknya tidak menganggap Blu nama yang sesuai untuk seorang budak perempuan.

Wanita Brazil yang dilahirkan tanpa alat sulit telah menjalani pembedahan yang mengubah hidupnya



Wanita Brazil yang dilahirkan tanpa alat sulit telah menjalani pembedahan yang mengubah hidupnya | SEORANG wanita Brazil yang dilahirkan tanpa memiliki alat sulit telah menjalani pembedahan yang mengubah hidupnya baru-baru ini. Jucilene Marinho membuat pembedahan untuk membina alat sulitnya daripada kulit ikan. Wanita berusia 23 tahun itu menjadi antara empat wanita pertama yang menjalani pembedahan neovaginoplasty pada April tahun lalu. Jucilene mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut selepas menyedari dia dilahirkan dengan Mayer-Rokitansky-Küster-Hause (MRKH) ketika berusia 15 tahun. Ia adalah satu keadaan di mana seorang wanita itu tidak memiliki serviks, rahim dan ovari. Jucilene melakukan pembedahan berkenaan di Universiti Persekutuan Ceara Brazil yang dijalankan oleh pakar sakit puan, Dr Leonardo Bezerra, lapor Metro UK.

Selepas 47 tahun akhirnya tumor seberat 15kg berjaya dibuang



Selepas 47 tahun akhirnya tumor seberat 15kg berjaya dibuang | Selepas 47 tahun, akhirnya tumor seberat 15 kilogram (kg) dibuang menerusi pembedahan yang mengambil masa hampir 10 jam. Ia hasil kejayaan sekumpulan pakar bedah di China yang melakukan pembedahan pada bahagian tengkok seorang warga emas. Zhao Xingfu, 64, berkata tumor tersebut yang dikenali sebagai lipoma, mula tumbuh 47 tahun lalu dan pada awalnya ia hanya sebesar sebiji telur ayam. Kesempitan hidup menghalang Xingfu daripada merawat tumor berkenaan dan ia dibiarkan terus membesar di bahagian belakang lehernya. Zhao Xingfu setelah menjalani pembedahan.

Pasangan suami isteri menang kes mahkamah halau anak daripada rumah



Pasangan suami isteri menang kes mahkamah halau anak daripada rumah | Sepasang suami isteri akhirnya memenangi kes mahkamah untuk mengusir anak lelaki mereka yang berusia 30 tahun selepas dia enggan keluar daripada rumah ibu bapanya, lapor akhbar MailOnline. Pasangan suami isteri itu, Christina dan Mark Rotondo berkata, mereka terpaksa memfailkan kes itu ke mahkamah selepas anak mereka, Michael Rotondo tidak memberi duit per­belanjaan untuk meringankan beban mereka selain tidak bekerja. Pada perbicaraan itu, Hakim Mahkamah Tinggi di Syracuse, Donald Greenwood mengarahkan Michael supaya keluar daripada rumah ibu bapanya yang terletak di bandar Camillus, kira-kira 320 kilometer ke barat laut bandar ini. Michael yang mewakili dirinya berkata, perintah mahkamah tersebut merupakan satu notis pengusiran yang melampau.