Blog alin

Wednesday 26 September 2018

Wanita bersalin sendiri selepas seminggu bayi mati dalam kandungan kerana staf hospital sibuk



Wanita bersalin sendiri selepas seminggu bayi mati dalam kandungan kerana staf hospital sibuk  | SIASATAN sedang dijalankan selepas seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya yang mati dalam kandungan seorang diri di Hospital Rotorua, New Zealand. Tidak cukup dengan itu, dia kemudian terpaksa memegang bayinya yang mati itu selama 25 minit tanpa diberikan rawatan perubatan. Pada 1 Mac, Jamie Bowman dimaklumkan bahawa imbasan menunjukkan jantung bayinya telah berhenti berdegup. Dia diminta untuk pergi ke Hospital Rotorua, tetapi sebaik tiba di sana, dia disuruh pulang ke rumah kerana tiada kakitangan yang berkelayakan. Dia mengambil ubat untuk menggugurkan kandungan lima hari kemudian dan akhirnya melahirkan bayi itu pada 8 Mac di hospital yang sama. "Pada masa itu, bayi sudah mati dalam kandungan tanpa siapa tahu sudah berapa lama, tetapi sudah beberapa hari sejak ia diketahui, jadi saya menunggu selama seminggu ketika anak saya sudah mati," katanya kepada Stuff. Kematian dalam kandungan sebegini disebut 'lahir mati'.

Tuesday 25 September 2018

Calon UPSR maut sementara seorang lagi sedang mendapatkan rawatan kerana disengat tebuan



Calon UPSR maut sementara seorang lagi sedang mendapatkan rawatan kerana disengat tebuan | Nasib malang buat seorang pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Sawah Dato, Mersing hanya sempat menduduki peperiksaan UPSR pada hari pertama sebelum maut disengat tebuan petang semalam. Dalam kejadian 5.15 petang itu menyebabkan mangsa Mohd Faiz Hatim Zaidi, 12, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Daerah Mersing. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, kejadian berlaku di Kampung Tanjung Genting apabila mangsa bersama empat rakannya cuba mendapatkan buah kelapa. "Dipercayai kumpulan kanak-kanak lelaki tersebut telah membaling pokok kelapa untuk mendapatkan buahnya. Namun kayu yang di buat balingan telah terkena sarang tebuan yang berada berdekatan pokok kelapa tersebut.

Monday 24 September 2018

Bangkai seekor kura-kura ditemui dan dikeluarkan dari kemaluan seorang wanita



Bangkai seekor kura-kura ditemui dan dikeluarkan dari kemaluan seorang wanita | SEKEPING gambar yang menunjukkan bangkai seekor kura-kura dikeluarkan dari vagina seorang wanita menjadi tular di media sosial. Seorang doktor di sebuah hospital di Mojon de Arona, selatan Tenerife, Pulau Canary terkejut dengan apa yang dilihatnya pada Sabtu selepas seorang wanita berusia 26 tahun mengadu mengalami kesakitan yang teruk di vaginanya. Apabila melakukan pemeriksaan, doktor tersebut menemui bangkai seekor kura-kura di dalam vagina wanita terbabit. Susulan itu, doktor terbabit menghubungi polis yang bertindak mengambil keterangan daripada wanita warga Britain itu. Wanita tersebut memberitahu dia keluar berparti di kawasan pantai Fanabe pada sebelah malam tetapi tidak ingat apa yang berlaku selepas itu.Menurut sumber, haiwan itu dipercayai dimasukkan ke dalam vagina wanita terbabit sama ada oleh dirinya sendiri atau orang lain.

Friday 21 September 2018

Bibir bawah lelaki hancur digigit selepas bergaduh dengan wanita Thai



Bibir bawah lelaki hancur digigit selepas bergaduh dengan wanita Thai | PARA sukarelawan penyelamat mungkin tidak bersedia untuk melihat insiden luar biasa yang berlaku di Pattaya, awal pagi Khamis apabila seorang warga India berusia 30 tahun digigit oleh seorang wanita Thailand dalam satu pergaduhan. Dalam video yang disiarkan oleh laman berita tempatan Pattaya, Siamchon News, Sukanya Paphag, 38 tahun, dapat dilihat sedang bergelut dengan Shashank Agarwal di kaki lima jalan. Apabila sukarelawan penyelamat tiba pada jam 4 pagi, mereka mendapati bahagian mulut Agarwal berlumuran darah dengan potongan daging hilang dari bibir bawahnya, menurut Workpoint. Dalam video itu, selepas mereka dipisahkan oleh orang awam yang ada di situ, Paphag dapat didengar memarahi lelaki itu sambil menjerit 'celaka kamu pukul saya'.

Kaedah 'raba-raba' penumpang di pusat pemeriksaan imigresen KLIA akan dihapuskan



Kaedah 'raba-raba' penumpang di pusat pemeriksaan imigresen KLIA akan dihapuskan | Tiada lagi kaedah 'raba-raba' penumpang di pusat pemeriksaan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada masa akan datang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. "Wartawan yang membuat liputan di Parlimen tahu ada seorang lelaki kelakar dari Kinabatangan Sabah yang guna perkataan 'raba-raba' setiap kali dia ke lapangan terbang. "Jadi, tiada lagi 'raba-raba' di lapangan terbang apabila mesin sinaran-X dipasang pada suku kedua tahun depan," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah pusat pemprosesan untuk kru berlepas di KLIA2 di sini pada Jumaat.Kata Loke, mesin sinaran-X itu menggantikan keperluan pihak keselamatan lapangan terbang untuk melakukan pemeriksaan ke atas tubuh penumpang.

Thursday 20 September 2018

Gambar anak ratap kematian bapa kumpul hampir RM200,000 dalam masa sehari



Gambar anak ratap kematian bapa kumpul hampir RM200,000 dalam masa sehari  | GAMBAR seorang budak lelaki sedang menangis di sebelah mayat bapanya telah membuatkan pengguna media sosial di India mengumpul lebih dari 3 juta rupee (RM181,605) untuk keluarganya dalam masa sehari. Gambar itu diulang kicau di Twitter lebih dari 12,000 kali dengan lebih 20,000 tanda 'like'. Anil, 27, adalah seorang pekerja pembetung di ibu negara Delhi, yang meninggal dunia akibat tali yang menurunkannya ke dalam pembetung yang terputus. Dianggarkan kira-kira 100 pekerja pembetungan mati di India setiap tahun. Kesatuan mendakwa kejadian ini berpunca akibat mereka tidak diberi peralatan keselamatan yang sesuai. Seorang wartawan di The Hindustan Times, Shiv Sunny yang memuat naik posting itu di Twitter pada Isnin memberitahu BBC bahawa dia terkejut melihat budak lelaki berusia 11 tahun itu yang sedang bersedih di tepi mayat bapanya.

Wednesday 19 September 2018

Gambar bogel sendiri tersebar gara-gara punya hubungan terlarang



Gambar bogel sendiri tersebar gara-gara punya hubungan terlarang | BERPULUH-puluh penduduk di Desa Kedungotok, Jombang, Jawa Timur, menuntut agar ketua perancangan desa mereka, Siswanto, melepaskan jawatan selepas gambar tidak senonoh dirinya tersebar di media sosial. "Kami menuntut Pak Sis berundur dari jawatannya kerana ada foto porno dia tersebar di media sosial. Apatah lagi ia dilakukan di pejabat desa," kata wakil Desa Kedungotok, Budi Utomo, kepada wartawan, Isnin, memetik Detik. Gambar yang dimaksudkan adalah gambar Siswanto yang menunjukkan kemaluannya dan melakukan onani. Foto tidak senonoh itu diambil di ruang tamu pejabat di Desa Kedungotok yang mana Siswanto masih memakai pakaian seragamnya. "Foto itu sudah tersebar sejak 23 Ogos lalu, tapi tiada tindakan, pemerintah diam saja," katanya dengan nada kesal. Dalam masa yang sama Siswanto juga telah membuat laporan polis berhubung penyebaran gambarnya dan mendakwa menjadi mangsa pemerasan seorang perempuan yang baru dikenalinya.

Tuesday 18 September 2018

Pramugari China Eastern Airlines dibuang kerja selepas dilamar dalam pesawat



Pramugari China Eastern Airlines dibuang kerja selepas dilamar dalam pesawat  | SEORANG pramugari hilang pekerjaan selepas dia dilamar dalam penerbangan. Bekas majikannya, China Eastern Airlines, berkata wanita berkenaan telah meninggalkan tugasnya. Rupa-rupanya, dengan menerima lamaran tersebut dia secara tidak langsung dianggap membahayakan keselamatan penumpang. Tindakan yang dikenakan terhadap pramugari ini telah menimbulkan perdebatan di media sosial. Pada Mei, sebuah video yang menunjukkan teman lelaki kepada seorang atendan penerbangan membuat lamaran di atas pesawat tular. Para penumpang merakamkan saat-saat manis ini dengan telefon bimbit mereka dan nampaknya mereka tersentuh dengan tindakan romantis kekasih pramugari berkenaan. Tetapi selepas lamaran itu, keadaan tidak seperti apa yang disangkakan mereka. Menurut Channel 8 News, petugas penerbangan itu sebenarnya telah dibuang kerja.

Anak buat laporan polis selepas jururawat enggan tolong ibunya yang tinggal di kerusi hospital



Anak buat laporan polis selepas jururawat enggan tolong ibunya yang tinggal di kerusi hospital  | SEORANG anak terpaksa membuat laporan polis selepas jururawat di sebuah hospital enggan merawat seorang pesakit yang mengidap kencing manis. Debbie Petinou,59, yang dimasukkan ke sebuah hospital di London dibiarkan tanpa layanan yang sepatutnya oleh jururawat yang bertugas. Malah dia terpaksa juga terpaksa duduk di atas kerusi lebih dua minggu memandangkan pihak hospital tidak menemui sebarang katil bersesuaian untuknya. Ia menyebabkan kaki Petinou menjadi semakin teruk gara-gara terlalu lama duduk.Petinou yang mempunyai berat badan 139 kilogram berkata, dia hilang sabar dan terpaksa menghubungi anak-anaknya.

Saturday 15 September 2018

Sengaja jadi gemuk kerana cuba melepaskan diri dari jadi tentera



Sengaja jadi gemuk kerana cuba melepaskan diri dari jadi tentera | SERAMAI dua belas pelajar lepasan kolej di Seoul cuba melepaskan diri daripada menyertai khidmat ketenteraan mandatori dengan menambah berat badan mereka secara sengaja. Menurut kenyataan Pentadbiran Tenaga Manusia Ketenteraan, mereka berbuat begitu dengan niat mahu gagal dalam ujian fizikal. Pihak berkuasa berkata, 12 pelajar itu makan makanan berkalori tingggi seperti pizza dan burger sebanyak lima kali sehari. Seorang daripada mereka naik berat badan sebanyak 30 kilogram dalam tempoh enam bulan. Menurut Akta Khidmat Tentera, semua lelaki perlu berkhidmat selama dua tahun sebagai tentera sebelum berumur 28 tahun. Sebelum didaftarkan, mereka harus menjalani pemeriksaan fizikal bagi memastikan mereka lulus untuk melakukan tugasan yang aktif.

Friday 14 September 2018

Lelaki tuntut ganti rugi selepas selamatkan kanak-kanak lemas kerana kejadian itu merosakkan percutiannya



Lelaki tuntut ganti rugi selepas selamatkan kanak-kanak lemas kerana kejadian itu merosakkan percutiannya | SEORANG pelancong yang menyelamatkan dua kanak-kanak daripada lemas di sebuah kolam renang hotel, menuntut ganti rugi kerana kejadian itu 'merosakkan' percutiannya. Steven Tartt, 32, yang berasal dari Seaforth, England, menyaksikan dua kanak-kanak yang hampir lemas di kolam renang di hotel Victoria Playa di Santo Tomas di Menorca, Sepanyol. Dia kemudian bergegas terjun ke kolam dan menyelamatkan mangsa. Bagaimanapun, bapa dua anak itu mendakwa dia begitu terkesan dengan insiden trauma itu sehingga membuat dia terpaksa mengambil cuti seminggu daripada bekerja. Dia juga berang kerana penjaga yang bertugas di kolam renang gagal membantu mangsa, seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun. Dua bulan selepas percutian itu, Steven memuat naik status di Twitter menyuarakan kekesalannya kerana tidak menerima ganti rugi berhubung insiden itu.

Thursday 13 September 2018

Gempar, profesor terkenal meninggal dunia ketika sedang bersiaran langsung di tv



Gempar, profesor terkenal meninggal dunia ketika sedang bersiaran langsung di tv | KEMUNCULAN seorang profesor terkenal dalam sebuah program televisyen menggemparkan apabila beliau meninggal dunia semasa bersiaran langsung. Profesor Rita Jitendra sesak nafas sebelum meninggal dunia semasa bercakap dalam program 'Good Morning J&K'. Ketika kejadian, profesor terkenal itu sedang berbicara mengenai kehidupannya dan kerjayanya. Dia yang juga penulis itu kemudian secara tiba-tiba berhenti bercakap dan rebah. Pengacara program tersebut, Zahid Mukhtar berkata: "Beliau memberitahu kami mengenai beberapa perkara menarik mengenai kehidupannya dan kelihatan normal ketika itu. "Tapi secara tiba-tiba beliau berhenti bercakap dan rebah. Kami terpaksa menghentikan program (dan menukarkannya) kepada sebuah dokumentari. Beliau dibawa ke hospital.

Wanita punya tiga anak dan lapan cucu bakal melahirkan bayi kembar empat



Wanita punya tiga anak dan lapan cucu bakal melahirkan bayi kembar empat | KEHIDUPAN seorang wanita yang mempunyai tiga anak dan lapan cucu dijangka akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran bayi kembar empat yang bakal dilahirkannya tidak lama lagi. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Britten, 50, dijangka menjadi ibu kepada bayi kembar empat yang paling tua di United Kingdom. Menerusi ujian imbasan yang dilakukan, dia dijangka melahirkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki. Dia sebelum ini melakukan rawatan persenyawaan tabung uji dengan bayaran £7,000 (RM37,821) sebelum mendapat berita gembira tersebut. Ujarnya, dia menggunakan wang yang diwarisi dari ibunya untuk melakukan rawatan berkenaan. "Setiap tahun saya rasa macam nak dapatkan anak. Bila dah mencecah usia 50 tahun, saya teruskan sahaja hasrat itu," katanya.

Wednesday 12 September 2018

Gara-gara promosi gila-gila, Domino's Pizza terima maklum balas luar biasa dari pelanggan



Gara-gara promosi gila-gila Domino's Pizza terima maklum balas luar biasa dari pelanggan | RESTORAN makanan segera popular Domino's Pizza terpaksa menarik balik promosi 'gila-gila' yang dijanjikan selepas menerima maklum balas luar biasa daripada pelanggan mereka. Cawangan Domino's di Rusia baru-baru ini berjanji untuk memberi 100 piza percuma setiap tahun kepada mana-mana individu yang membuat tatu logo syarikat itu. Cabaran itu ternyata bukanlah sesuatu yang mustahil apabila ramai yang mengambil keputusan untuk membuat tatu berkenaan sehingga syarikat Domino's terpaksa membuat peraturan baharu. Ujar pihak Domino, tawaran itu hanya dihadkan kepada 350 individu terawal sahaja yang membuat tatu berkenaan. Awal minggu ini, Domino's Pizza membuat kenyaan rasmi berhubung tawaran tersebut. "Kawan-kawan, kita telah mempunyai 350 peserta. "Kami tidak akan menerima peserta lagi selepas ini walaupun mereka sudah membuat tatu," tulis Domino's Pizza Rusia di laman Facebook mereka.

Pemilik rumah sewa tawar sewa bilik dan Wi-Fi percuma jika penyewa sanggup 'tidur' bersama sekali seminggu



Pemilik rumah sewa tawar sewa bilik dan Wi-Fi percuma jika penyewa sanggup 'tidur' bersama sekali seminggu | SANGGUPKAH anda mengorbankan maruah diri hanya untuk tinggal di rumah sewa secara percuma? Begitulah yang berlaku di Bristol apabila dua pemilik rumah menawarkan tempat tinggal percuma dilengkapi perabot dan wi-fi jika sang penyewa sanggup ditiduri mereka. Hasrat durjana dua lelaki itu didedahkan oleh seorang wartawan BBC yang melakukan penyamaran bagi melihat sejauh mana dakwaan mengenai tawaran itu dan ia ternyata benar. Dipaparkan menerusi BBC Inside Out West, wartawan itu bekerjasama dengan Safe Lives untuk membongkar taktik kotor pemilik rumah sewa berkenaan. Salah seorang daripada pemilik rumah sewa yang dikenali sebagai Mike memberitahu wartawan itu bahawa dia boleh mendapat apartmen dengan dua bilik tidur yang lengkap tanpa sebarang bayaran jika bersedia untuk memenuhi 'hasrat' yang dimahukannya. "Bilik, sewa, bill, semua akan dibayar. Malah, saya akan beri elaun setiap minggu. Jadi kamu akan rasa seperti dijaga."

Tuesday 11 September 2018

Polis terkejut tahan kereta dan mendapati pemandu sedang asyik menonton video lucah



Polis terkejut tahan kereta dan mendapati pemandu sedang asyik menonton video lucah | SEORANG pemandu ditahan ketika memandu di Doncaster kerana didapati tidak mempunyai insurans. Bagaimanapun, pegawai polis yang menahannya tidak menyangka ketika itu suspek sambil memandu menonton aksi lucah di telefon. Malahan, pemandu tidak menyangka perbuatannya itu terbongkar akhirnya. Dakwa pegawai polis berkenaan, telefon bimbit telah ditempatkan di dashboard dan terpampang pada skrin tayangan video lucah. "Mulanya ditahan kerana tidak mempunyai insurans. "Tetapi, mengejutkan apabila dapati pemandu sedang asyik menonton video lucah," demikian tweet pegawai polis Selatan Yorkshire berkenaan.-Metro.uk.co

Budak sering jatuh ini rupanya ada tumor dan jangka hayat hanya 9 bulan



Budak sering jatuh ini rupanya ada tumor dan jangka hayat hanya 9 bulan  | SI cilik berusia empat tahun ini memang comel, seperti mahu digomol dan dicubit-cubit pipinya. Pada Julai lalu, ketika bermain budak lelaki ini sering kali terjatuh, sama ada berjalan atau ketika mengayuh basikal. Atticus Feduchin-Pate bagaikan hilang keseimbangan diri hingga menyebabkan benjol di kepalanya. Susulan itu, ibu bapanya membawa si kecil yang murah dengan senyuman itu untuk menjalani pemeriksaan doktor. Namun, begitu mengejutkan apabila kata doktor dia hanya ada sembilan bulan untuk hidup. Bapanya, Blaize dari Whitchurch, Hampshire berkata, seminggu sebelum didiagnosis, mereka mendapati Atticus begitu cemerkap. "Memang tidak disangka, perlakuannya itu sebenarnya berpunca daripada tumor yang boleh membawa maut.

Thursday 6 September 2018

Kapal Emirates dikuarantin selepas mendarat di New York apabila 19 penumpang mengadu jatuh sakit



Kapal Emirates dikuarantin selepas mendarat di New York apabila 19 penumpang mengadu jatuh sakit | SEBUAH pesawat Emirates dikuarantin selepas mendarat di New York apabila 19 penumpang mengadu jatuh sakit. Tiga daripada mereka dikejarkan ke hospital selepas sekumpulan penumpang diperiksa oleh pasukan polis dan paramedik di Lapangan Terbang JFK. Dilaporkan sejumlah penumpang demam "dengan suhu badan mereka lebih 100 darjah dan batuk-batuk". Turut dilaporkan 19 daripada 500 penumpang itu sakit dalam penerbangan dari Dubai, bagaimanapun setakat ini belum dipastika punca penyakit mereka. Terdahulu, laporan mendakwa 100 penumpang sakit. Sebaik pesawat bagi penerbangan 203 mendarat, ia dibawa ke kawasan luas di mana polis dan pasukan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit memulakan siasatan mereka.

Wanita senyap-senyap tukar sperma dengan kekasih ketika jalani rawatan IVF yang ditanggung oleh suami



Wanita senyap-senyap tukar sperma dengan kekasih ketika jalani rawatan IVF yang ditanggung oleh suami | SEORANG wanita secara diam-diam telah menukar sperma suaminya dengan sperma kekasihnya semasa menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dan melahirkan seorang bayi lelaki, mahkamah memutuskan. Suami kepada Yana Anokhin selama ini tidak tahu bahawa budak lelaki itu bukan anaknya dan perkara ini dirahsiakan dari pengetahuannya selama setahun. Hanya selepas bercerai, Yana, 38, mendedahkan perkara mengejutkan ini. Suaminya Maxim Anokhin berjaya menyaman sebuah klinik di Moscow yang membenarkan pertukaran sperma selepas dia membesarkan anak yang dianggap miliknya selama setahun. Sebuah video di rumah menunjukkan dia menyuap kanak-kanak itu yang dipanggil, Timofey, atau Timosha. Maxim berkata dia 'menyayangi dan menyokong' budak itu ketika mahkamah memberikannya ganti rugi £4,600 (RM24,647) atas kerugian moral dan kewangannya. "Saya percayakan isteri saya. Saya yakin dan percaya kepadanya, 100 peratus.

Lelaki bernasib malang selepas kemaluannya disengat ikan pari semasa berenang di laut



Lelaki bernasib malang selepas kemaluannya disengat ikan pari semasa berenang di laut | SEORANG lelaki bernasib malang selepas kemaluannya disengat ikan pari semasa berenang di laut. Lelaki berkenaan kesakitan dan terpaksa berbaring di pasir selepas kemaluannya ditusuk duri ikan pari itu. Ikan pari itu masih 'melekat' pada bahagian kemaluannya sewaktu lelaki tersebut kembali ke pantai di Sanya di wilayah Hainan di China. Ketika kejadian pada 1 September lalu, lelaki malang itu berkunjung ke kawasan tumpuan pelancong bagi menikmati cuaca tropika. Sebuah video menunjukkan dia dalam keadaan meniarap di pantai sebelum pasukan kecemasan bergegas memberikan bantuan.

Seorang remaja sanggup bunuh diri selepas kalah dalam permainan komputer



Seorang remaja sanggup bunuh diri selepas kalah dalam permainan komputer | SEORANG budak remaja lelaki memenggal kepalanya sendiri menggunakan gergaji rantai selepas kalah dalam permainan komputer. Pavel Matveev, 15, berjalan ke taman rumahnya selepas kecewa dengan permainan tersebut dan kemudian bertindak membunuh diri. Pihak polis menjalankan siasatan sekiranya terdapat unsur hasutan untuk remaja itu membunuh diri. Mayat Pavel ditemukan di sebuah kampung di Mogochino, Rusia. Media Rusia yang memetik sumber tempatan melaporkan, Pavel ketagih dengan permainan komputer yang dibeli oleh ibunya. Bagaimanapun, jenis permainan tersebut masih belum diketahui.Namun, seorang sumber wanita berkata: "Dia meluangkan masa berjam-jam dengan komputer dan mood berubah selepas habis bermain."

Wednesday 5 September 2018

Pemilik restoran haramkan kanak-kanak bawah 14 tahun masuk premisnya kerana rimas



Pemilik restoran haramkan kanak-kanak bawah 14 tahun masuk premisnya kerana rimas | SEORANG pemilik restoran dikecam kerana mengharamkan kanak-kanak berusia bawah 14 tahun masuk ke premisnya selepas jam 5 petang. Rudolf Markl, pemilik Oma's Küche (dapur nenek), sebuah restoran tradisional di Binz, di sebuah pulau di Jerman memutuskan larangan itu kerana rimas dengan perangai kanak-kanak yang suka meragam atau menimbulkan kekecohan. Dia meletakkan papan tanda berhampiran pintu masuk restoran supaya pelanggan tahu bahawa pada waktu petang, Oma's Küche hanya dibuka untuk orang dewasa. Walaupun dituduh diskriminasi, Markl berkata dia telah mengambil masa yang lama untuk berfikir tentang perancangannya ini sebelum keputusan dibuat. "Kami sampai pada satu tahap berfikir 'ini tidak boleh dibiarkan'," kata Markl kepada agensi berita Jerman DPA baru-baru ini. "Kami berada di sini bukan untuk membesarkan anak-anak, tetapi untuk memberi layanan kepada tetamu kami."

Wanita kahwini mayat teman lelaki dan sarung cincin perkahwinan di jari sendiri



Wanita kahwini mayat teman lelaki dan sarung cincin perkahwinan di jari sendiri | SEORANG wanita muda 'berkahwin' dengan mayat teman lelakinya sebelum majlis pengebumiannya pada hujung minggu lalu, satu suasana yang digambarkan pelik dan menyentuh emosi. Wanita berusia 19 tahun itu yang dikenal pasti oleh The Philippine Inquirer sebagai Zyrine, memakai dres putih pada upacara pengebumian teman lelakinya di Cauayan Memorial Gardens di Cauayan, Isabela, Filipina. The Inquirer mengenal pasti teman lelakinya sebagai Jake Anthony Macadangdang. Zyrine membacakan ikrarnya semasa upacara penuh emosi itu dan menyarungkan cincin perkahwinan ke dalam jarinya sendiri. Tubuh Macadangdang sudah berlaku Rigor mortis atau kekakuan, justeru cincin perkahwinan hanya diletakkan di atas tangannya, menurut Bombo Radyo. Kod Keluarga Filipina menetapkan bahawa perkahwinan tidak sah jika salah satu pihak gagal memberi kebenaran secara bebas.

Tuesday 4 September 2018

Lelaki nekad buat pencarian selepas jatuh cinta pandang pertama dengan gadis yang ditemui di kereta api



Lelaki nekad buat pencarian selepas jatuh cinta pandang pertama dengan gadis yang ditemui di kereta api | UMPAMA kisah cinta pandang pertama yang selalu kita saksikan di kaca televisyen, begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda di India yang mengaku telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang ditemui ketika menaiki kereta api. Biswajit Poddar, 29 tahun, bertentang mata dengan 'wanita idamannya' ketika dalam perjalanan dari Tarapith menaiki kereta api. Menurut pemuda tersebut, dia mula jatuh hati apabila wanita berkenaan yang ketika itu bersama kedua ibu bapanya dalam salah satu gerabak kereta api, melemparkan senyuman kepadanya. Bermula dari detik itu, pemuda dari Kolkata tersebut nekad mencari 'pujaan hatinya' dengan menampal 4,000 poster di sepanjang jalan antara Konnagar dan Bali, dengan harapan dapat bertemu semula dengan wanita itu.

Mayat bayi ditemui dalam beg plastik dan 'bertukar' menjadi sisa perubatan di hospital



Mayat bayi ditemui dalam beg plastik dan 'bertukar' menjadi sisa perubatan di hospital  | DALAM satu kejadian yang mengejutkan, sekurang-kurangnya 14 mayat dipercayai bayi baru lahir ditemui dalam keadaan dibungkus dengan beg plastik, di Haridebpur, selatan Kolkata pada Ahad, kata polis. Dilitupi dengan pokok renek dan ranting, mayat-mayat ditemui pada petang Ahad ketika kawasan tanah berumput itu dibersihkan. Kawasan ini telah ditutup oleh pegawai polis Kolkata susulan penemuan tersebut. Datuk Bandar Sovan Chatterjee dan pesuruhjaya polis Rajeev Kumar bergegas ke tempat kejadian. “Saya dimaklumkan oleh ahli dewan tempatan bahawa kawasan itu dipenuhi dengan sampah-sarap selama berbulan-bulan dan perlu dibersihkan. “Ketika kerja pembersihan dijalankan, 14 mayat bayi baru lahir dijumpai dari satu bahagian kawasan itu. Mayat-mayat telah dibalut dengan plastik dan bahan kimia digunakan untuk mengelak mayat daripada terus reput,” kata Chatterjee.

Monday 3 September 2018

Lelaki dijatuhi hukuman penjara 11 tahun selepas seludup sejenis ubat rohani yang terkenal di Peru



Lelaki dijatuhi hukuman penjara 11 tahun selepas seludup sejenis ubat rohani yang terkenal di Peru | SEORANG lelaki Rusia baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara 11 tahun enam bulan kerana membawa pulang dua botol kecil 'ayahuasca', sejenis ubat rohani yang terkenal yang dihasilkan oleh orang asli di Amazon yang dibelinya semasa melawat Peru. Maxim Gert, penduduk Nizhny Tagil, sebuah bandar di Wilayah Sverdlovsk, Rusia, tidak tahu bahawa cenderahati ringkas yang dibelinya ketika melawat Peru atas urusan kerja itu akan menyebabkan dirinya disumbat ke dalam penjara. Gert telah lama menderita sakit belakang dan ketika berada di negara Amerika Selatan, seseorang mencadangkan kepadanya untuk bertemu dengan salah seorang dukun tempatan dan mencuba ayahuasca, sejenis air rebusan ramuan tradisional yang dikatakan mempunya sifat psikoaktif. Tidak jelas sama ada air itu berkesan ketika diminum di Peru, tetapi dia memutuskan untuk meneruskan rawatan ayahuasca di rumah, jadi dia membawa pulang dua botol kecil.

Kisah benar mengenai budak 7 tahun yang akan dijual sebagai isteri demi 50 ekor biri-biri


Kisah benar mengenai budak 7 tahun yang akan dijual sebagai isteri demi 50 ekor biri-biri | SEORANG pengarah filem warga Rusia sedang menghasilkan sebuah dokumentari mengenai seorang kanak-kanak perempuan dalam usaha menghalang dia daripada dijual sebagai 'isteri' demi 50 ekor biri-biri apabila dia mencapai usia 11 tahun. Ivan Vdovin berusaha membantu Zakura keluar daripada laluan berduri yang perlu diharungi kanak-kanak nomad itu selepas dihubungi bapanya, Arafat. Kini Vdovin, 27, bersedia menghasilkan dokumentari mengenai nasib Zakura bagi merealisasikan harapan bapanya yang tidak sanggup melihat anaknya itu dijual sebagai pertukaran kepada biri-biri selepas dia mula datang haid. Bapa Zakura yang juga jurupandu Vdovin semasa lawatan penggambarannya sebelum ini pernah menawarkan kepadanya untuk membawa pulang anaknya itu ke Moscow. Malah Arafat turut membenarkan dia berkahwin dengan anaknya sebaik budak perempuan itu berusia 12 tahun.