Blog alin

Wednesday 18 April 2018

Kanak-kanak ini dikatakan ajaib selepas berjaya sembuh dari penyakit kanser yang dihidapinya tanpa sebarang rawatan


Kanak-kanak ini dikatakan ajaib selepas berjaya sembuh dari penyakit kanser yang dihidapinya tanpa sebarang rawatan | Seorang pelajar sekolah di sini dianggap kanak-kanak ajaib selepas berjaya sembuh daripada penyakit kanser yang dihidapinya tanpa sebarang rawatan. Julian Malankowska, 8, telah didiagnosis dengan Leukemia Limfoblastik Akut untuk kali keempat pada Jun 2017 selepas pelbagai rawatan yang dijalani gagal memulihkan kesihatannya. Kanak-kanak itu kemudian tidak lagi menerima rawatan selepas pegawai perubatan mendakwa tiada lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menyembuhkannya.


Ibunya, Aneta berkata, anaknya dikesan kanser sejak berusia dua tahun dan telah berjaya mengatasinya sebanyak tiga kali selepas menjalani beberapa rawatan.“Doktor memberitahu pada kali ini Malankowska tidak dapat diselamatkan lagi dan tidak akan mampu bertahan sehingga Krismas akan datang,” katanya. “Walau bagaimanapun, keajaiban telah berlaku apabila hasil pemeriksaan doktor mendapati bahawa penyakit Malankowska telah berubah kepada jenis Leukemia Myeloid Akut iaitu sejenis penyakit kanser yang boleh dirawat,” katanya. Kejadian yang berlaku ke atas diri kanak-kanak itu dikatakan hanya satu daripada tujuh bilion kes. – Agensi.


#kanser #rawatankanser




.

No comments:

Post a Comment