Blog alin

Monday 16 April 2018

Suami orang mengaku jumpa janda anak empat untuk puaskan nafsu mereka ketika diserbu Jabatan Agama



Suami orang mengaku jumpa janda anak empat untuk puaskan nafsu mereka ketika diserbu Jabatan Agama | LELAKI berstatus suami orang mengaku berjumpa pasangannya yang juga janda anak empat untuk memuaskan nafsu mereka ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah bilik sewa di bandar raya Kuala Terengganu, Rabu lalu. Malah, lelaki berusia 40 tahun dan janda berusia 46 tahun itu dianggap tidak insaf memandangkan mereka sebelum ini pernah dicekup atas kesalahan sama pada bulan lalu.Menurut sumber, serbuan dilakukan pada 11.30 malam selepas menerima maklumat awam memaklumkan terdapat pasangan belum berkahwin berada di dalam bilik sewa. Katanya, sebaik anggota penguat kuasa sampai di lokasi kejadian, pintu utama tertutup rapat sebelum ia dibuka seorang perempuan yang hanya bertuala.


“Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki memakai seluar jeans dan tidak berbaju. “Siasatan mendapati mereka pernah dicekup sebulan lalu kerana melakukan kesalahan sama. “Malah, lelaki yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa datang ke bilik sewa janda empat anak itu selepas dihubungi kekasihnya,” katanya.

 Sumber berkata, lelaki terbabit mendakwa sering berjumpa janda itu semata-mata mahu memuaskan nafsu dan mendakwa sudah kerap terlanjur. Katanya, pasangan itu ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut. “Bagaimanapun, mereka diikat jamin anak masing-masing sementara menunggu tarikh pertuduhan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu,” katanya. Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. -Metro



#jabatanagama #jheat #bersekedudukan #nafsu



.

No comments:

Post a Comment