Blog alin

Tuesday 24 April 2018

Lihat apa yang terjadi pada lelaki ini selepas hanya makan buah-buahan selama lapan tahun



Lihat apa yang terjadi pada lelaki ini selepas hanya makan buah-buahan selama lapan tahun | Seorang bekas profesor di Universiti Tokyo mendakwa dia menjadi manusia luar biasa apabila tubuhnya berupaya menukar nitrogen dalam udara kepada protein yang diperlukan badannya. Mizuki Nakano mendedahkan perkara itu selepas dia me­ngaku me­ngamalkan makan hanya buah-buahan selama lapan tahun, selain tidak minum air dan ha­nya bergantung kepada jus buah untuk kekal hidrasi. Oddity Central melaporkan, Nakano yang membuat kemun­culan dalam satu program tele­visyen di sini baru-baru ini memaklumkan bahawa dia memutuskan untuk mengamalkan diet buah-buahan pada 2009 selepas mempunyai keinginan untuk mengetahui apa yang akan terjadi pada tubuhnya jika dia hanya makan buah setiap hari.


Kajian saintifik sebelum ini me­nyatakan bahawa amalan makan buah-buahan sahaja boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius akibat kekurangan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Namun, Nakano bertegas bahawa tiada kajian menunjukkan kesan jangka panjang terhadap amalan diet buah-buahan dan sehubungan itu, dia menggunakan tubuhnya untuk melakukan eks­perimen. Bekas profesor itu tidak me­nga­malkan diet buah-buahan­nya secara drastik namun me­la­ku­kannya secara berperingkat de­ngan meningkatkan jumlah pengambilan buah berdasarkan tempoh tertentu.

Nakano juga mendokumenkan kaedah dietnya dalam blog dan menjadi tumpuan media Jepun. Malah khabar angin pernah tersebar bahawa beliau meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan kerana dikatakan beliau tidak mendapat protein dan vitamin B12 daripada buah-buahan. Bagaimanapun, Nakano menafikan semua dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa se­­jenis bakteria istimewa yang hidup dalam badannya berupaya menukar nitrogen dalam udara kepada protein yang amat diperlukan. Namun, dakwaan Nakano ti­dak dapat dibuktikan berikutan tia­da seorang pakar pun pernah mengkaji tubuh serta amalan diet buah-buahannya. -AFP


#kesihatan #makanansihat #kajiansaintifik



.

No comments:

Post a Comment