Blog alin

Wednesday 30 May 2018

Pengantin lelaki cerai isteri yang baru dikahwini dalam tempoh kurang 15 minit



Pengantin lelaki cerai isteri yang baru dikahwini dalam tempoh kurang 15 minit | SEORANG pengantin lelaki memutuskan untuk menceraikan isteri yang baru dikahwininya dalam tempoh kurang dari 15 minit. Semuanya gara-gara wang hantaran perkahwinan yang telah dipersetujuinya untuk dibayar kepada bapa pengantin perempuan. Dalam satu perjanjian yang ditandatangani oleh pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan, lelaki yang baru berkahwin itu bersetuju untuk membayar 100,000 Dirham (RM108,760) yang dibayar dua kali. Berdasarkan perjanjian, 50,000 Dirham (RM54,380) perlu dibayar ketika menandatangani kontrak perkahwinan di pejabat syariah dalam bangunan mahkamah di Dubai dan selebihnya selepas meninggalkan bangunan itu. Pengantin lelaki dilaporkan membuat pembayaran awal seperti yang telah dipersetujui, tetapi sebaik sahaja dia dan pasangannya meninggalkan bangunan mahkamah, bapa mertuanya terus menuntut separuh lagi bayaran.

Pondan ditangkap dan didenda selepas bogel depan pelancong



Pondan ditangkap dan didenda selepas bogel depan pelancong | Tiga wanita transgender ditahan di Pattaya awal pagi Selasa selepas klip video memaparkan mereka berbogel di hadapan pelancong China, tular di media sosial. Kesemua pondan terbabit berusia 30 hingga 33 tahun ditangkap sekitar 1 pagi (waktu tempatan). Mereka mengaku individu dalam klip yang diambil sekitar tahun 2013, namun tidak menyedari ia telah disebarkan di Internet. "Berdasarkan pengakuan mereka, klip video itu dirakam kira-kira lima tahun lalu di sebuah hotel di Pattaya Walking Street. "Klip itu memaparkan mereka berbogel dan berposing manja bersama pelancong terbabit di atas katil," kata Inspektor Piyapong Ensarn.

Monday 28 May 2018

Lelaki buat jambangan gergasi wang kertas lebih RM200,000 sebagai kejutan buat teman wanita



Lelaki buat jambangan gergasi wang kertas lebih RM200,000 sebagai kejutan buat teman wanita  | WANG tidak boleh beli cinta, tetapi kata-kata itu tidak menghalang seorang pemuda menghadiahkan sejambak 'bunga' berasaskan wang kertas bernilai lebih 334,000 yuan (RM208,206). Kejutuan itu dibuat teman lelaki seorang wanita di bandar Chongqing, China sempena sambutan hari lahirnya di sebuah hotel pada Khamis, lapor Chongqing Morning Post. Bagaimanapun, identiti pasangan itu tidak didedahkan dalam laporan itu. Pekerja kedai bunga di bandar itu memberitahu, majlis istimewa itu diadakan pada 16 Mei lalu. "Gubahan jambangan bunga itu disiapkan tujuh pekerja dan ia hanya selesai selepas lebih 10 jam," kata pekerja itu lagi.

Sanggup ibu jual anak untuk beli kosmetik


Sanggup ibu jual anak untuk beli kosmetik | Seorang ibu di China tergamak menjual anaknya sendiri kerana mahu menggunakan wang tersebut untuk membeli belah. Wanita dikenali sebagai Yu itu 'meletakkan harga' anak perempuannya berusia 19 bulan sebanyak 50,000 yuan (RM31,138) dan wang itu kemudiannya digunakan untuk membeli kosmetik pada hari sama. Media tempatan melaporkan ibu muda itu ditahan bersama dua 'pembeli' tersebut atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak. Urusan jual beli itu terbongkar selepas Yu membuat laporan polis tentang kehilangan anaknya di stesen kereta api. Ketika siasatan dijalankan, polis mendapati wanita tersebut menerima wang itu yang dipindahkan ke dalam akaun banknya pada hari anaknya 'hilang'.


Pelajar kahwini lelaki yang tua 35 tahun daripadanya dan hanya lapan tahun lebih tua daripada datuknya



Pelajar kahwini lelaki yang tua 35 tahun daripadanya dan hanya lapan tahun lebih tua daripada datuknya | SEORANG pelajar politik tekad untuk mengahwini seorang lelaki yang tua 35 tahun daripadanya dan hanya lapan tahun lebih tua daripada datuknya. Dehenna Davison, 24, yang berasal dari Sheffield belajar di Universiti Hull dalam jurusan politik Britain dan perundangan. Dia yang juga dikenali sebagai Dee menyertai Parti Konservatif dan berkenalan dengan John Fareham, 59, yang merupakan anggota Majlis Perbandaran Hull. John berkata: "Orang bertanya di manakan kamu sebelum hadir dalam hidup saya, nampaknya kamu belum lahir lagi pada ketika itu. "Saya ajak dia minum kopi dan dia tidak memberikan jawapan sehingga saya mengajak dirinya sekali lagi empat bulan kemudian."

Anak turut maut kerana susu badan ibu yang tidak sedar dipatuk ular ketika tidur



Anak turut maut kerana susu badan ibu yang tidak sedar dipatuk ular ketika tidur | Seorang wanita yang dipatuk ular semasa sedang tidur tidak menyedari susu badannya turut terkena bisa haiwan itu. Menurut polis pada Jumaat, insiden tersebut mengakibatkan mangsa bersama anak perempuannya yang diberikan susu badan, maut. Wanita berusia 33 tahun dari negeri Uttar Pradesh tidak menyedari dia telah dipatut ular semasa bangun dari tidur dan kemudian menyusukan anak perempuannya. Bercakap kepada AFP, Inspektor polis Vijay Singh berkata, mangsa dan anak perempuannya berumur tiga tahun jatuh sakit pada Khamis.

Friday 25 May 2018

Lagenda Ronaldinho akan mengahwini dua kekasih pada waktu serentak



Lagenda Ronaldinho akan mengahwini dua kekasih pada waktu serentak | LEGENDA bola sepak Ronaldinho akan mengahwini dua wanita pada waktu serentak, menurut laporan media di Brazil. Bintang terkemuka itu dilaporkan akan melangsungkan upacara perkahwinan pada Ogos bersama sepasang tunangnya, Priscilla Coelho dan Beatriz Souza. Dua wanita itu dikhabarkan hidup harmoni bersama bekas pemain Barcelona itu sejak Disember di kediaman mewahnya yang bernilai RM26 juta di Rio de Janeiro. Ronaldinho mula menjalinkan hubungan dengan Beatriz pada 2016, namun meneruskan hubungannya dengan Priscilla yang sudah terjalin beberapa tahun sebelumnya.Menurut beberapa laporan, kedua-dua kekasihnya menerima elaun hampir RM8,000 sebulan daripada pemain itu untuk berbelanja.

Sel kanser payudara dikatakan hidup tanpa dikesan dan muncul beberapa tahun kemudian dengan kesan bawa maut - Saintis



Sel kanser payudara dikatakan hidup tanpa dikesan dan muncul beberapa tahun kemudian dengan kesan bawa maut - Saintis | Saintis mengenal pasti mekanisme yang membolehkan sel kanser berada dalam bahagian lain tubuh dan kemudian muncul semula beberapa tahun kemudian dengan kesan membawa maut, menurut kajian diterbitkan semalam. Dalam eksperimen menggunakan sel manusia dan tikus hidup, penyelidik menunjukkan, mengehadkan mekanisme itu dengan ubatan atau manipulasi gen, berupaya melumpuhkan sel kanser dan menghalang kemampuan penyakit itu daripada merebak. Kajian berkata, penemuan itu, dilaporkan dalam jurnal Nature Communications, menyediakan matlamat untuk pembangunan terapi rawatan kanser payudara. Kira-kira 90 peratus kematian kanser payudara berlaku akibat metastasis, iaitu apabila penyakit berpindah ke organ atau bahagian lain tubuh.

Lawanya Lana Nodin yang sedang hamil anak kedua



Lawanya Lana Nodin yang sedang hamil anak kedua | Ketika usia perkahwinan genap tiga tahun, Lana Nodin dan suami, Mohd Daud McKienzie mendapat khabar gembira bakal menimang cahaya mata kedua, akhir tahun ini. Teruja berkongsi perkembangan itu, Lana memberitahu, usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan. "Saya dapat tahu diri ini hamil sejak bulan pertama lagi. Cuma saya belum bersedia hendak mengumumkannya lagi. "Saya masih dalam fasa awal trimester... Bimbang kalau jadi apa-apa," katanya kepada BH Online. Sebelum ini, Lana tidak pernah bercerita mengenai kehamilannya atau memuat naik status mengumumkan dirinya berbadan dua. Ditemui pada majlis berbuka puasa dan rakaman program Pop TV sempena Ramadan, Lana berkata, dia teringin menimang anak lelaki.

Batuk berpanjangan rupanya tanda menghidap kanser paru-paru tahap empat



Batuk berpanjangan rupanya tanda menghidap kanser paru-paru tahap empat | Siapa sangka batuk berpanjangan dialami anggota polis bantuan, Muhammad Jabrullah Ishak, 28, dari FELDA Chini 1, dekat sini, adalah petanda anak bongsu daripada tujuh beradik itu menghidap kanser paru-paru tahap empat. Abangnya, Jamri, 39, berkata mereka sekeluarga sudah membawa adiknya ke hospital pakar di Kuantan dan keputusan doktor menyatakan hanya mengalami batuk biasa saja serta dibekalkan ubat batuk."Adik saya pernah mengalami batuk berdarah dan sering sakit sendi, bahu serta pinggang. Kami sekeluarga ingat dia hanya sakit biasa saja, tetapi pada akhir tahun lalu, Muhammad Jabrullah tiba-tiba terjatuh ketika bekerja di kawasan sekitar Chini."Ketika itu keluarga menghantar dia ke Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Indera Mahkota, Kuantan untuk rawatan lanjut dan doktor akhirnya mengesahkan adik menghidap kanser paru-paru tahap empat," katanya ketika dihubungi.

Wednesday 23 May 2018

Ada bukti mengenai misteri makhluk yang mendiami Tasik Loch Ness?



Ada bukti mengenai misteri makhluk yang mendiami Tasik Loch Ness? | ADAKAH ini bukti mengenai misteri makhluk yang mendiami Tasik Loch Ness? Ia susulan rakaman video Laria Annand, yang memaparkan kelibat sesuatu yang panjang sedang bergerak di permukaan air tasik berkenaan. Kanak-kanak berusia lapan tahun itu ke sana bersama neneknya, Marie, 62, dan dan tidak dapat menjelaskan apa sebenarnya yang disaksikan mereka pada waktu itu. Ujar Laria, dia dan neneknya perasan akan pergerakan aneh di permukaan air dan yang turut kelihatan seperti pantulan. Apa yang anehnya, tiada bot mahupun mana-mana individu berada di situ. Ujarnya, ia mungkin pantulan cahaya matahari sahaja, namun pergerakan di permukaan air itu tidak dapat difikirkan dengan logik akal. Tambah Marie pula, dia dan cucunya sedang duduk di atas batu di tasik itu sebelum melihat sesuatu yang aneh di dalam tasik.

Selepas Putera Harry kahwin, sepupunya pula tarik perhatian ramai



Selepas Putera Harry kahwin, sepupunya pula tarik perhatian ramai | SELEPAS Putera Harry mendirikan rumah tangga dengan permaisuri hatinya, Meghan Markle pada Sabtu, tumpuan para wanita kini beralih kepada sepupu Duke of Sussex iaitu Louis Spencer (gambar). Louis Spencer atau Louis Frederick John Spencer, Viscount Althorp ialah anak kepada Charles Spencer yang merupakan Earl Spencer kesembilan dan juga abang kepada Puteri Diana. Secara teknikalnya, Louis bukanlah seorang kerabat diraja, namun dia seorang aristokrat dan sepupu kepada Putera Harry serta bakal mewarisi rumah agam yang memiliki 90 bilik yang dipanggil Estet Althorp. Kehadirannya disedari ketika menghadiri perkahwinan tersebut di Istana Windsor, beliau hadir bersama keluarganya.Louis ialah antara 200 tetamu yang bertuah untuk ke 'after party' perkahwinan Putera Harry di Rumah Frogmore.

Tuesday 22 May 2018

Beraninya wanita ini guna tangan gagalkan serangan cheetah



Beraninya wanita ini guna tangan gagalkan serangan cheetah  | SEBUAH keluarga keluar dari kereta mereka sebanyak dua kali untuk mengambil gambar beberapa ekor cheetah yang sedang berkeliaran di sebuah taman safari di Belanda. Perkara pertama yang diberitahu kepada pengunjung apabila melawat taman safari itu adalah jangan sesekali keluar dari kenderaan walau berdepan apa jua keadaan. Gagal mematuhi peraturan paling penting ini boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian yang datang daripada haiwan pemangsa liar yang sedang berkeliaran. Tetapi risiko itu nampaknya tidak cukup menakutkan untuk sebuah keluarga dari Perancis yang melawat taman safari Beekse Bergen, yang terletak di selatan Belanda, itu. Mereka bertindak keluar dari kereta bersama anak-anak yang masih kecil, untuk merakamkan gambar cheetah yang lebih baik.

Anak Patung Berhantu yang terletak di sebuah kuil didakwa tumbuh rambut seperti manusia



Anak Patung Berhantu yang terletak di sebuah kuil didakwa tumbuh rambut seperti manusia | RAMBUT Okiku atau 'Anak Patung Berhantu di Hokkaido' yang terletak di sebuah kuil di Iwamizawa, Jepun didakwa tumbuh seperti rambut manusia. Ia juga dikatakan mempunyai semangat seorang budak perempuan. Terdapat banyak cerita legenda mengenai Okiku, tetapi yang paling popular adalah kisah anak patung Jepun tradisional itu dibeli oleh Eikichi Suzuki, seorang budak lelaki berumur 17 tahun dari Hokkaido, yang membelinya untuk adik perempuannya pada tahun 1918. Budak perempuan itu, Kikuko yang berusia tiga tahun ketika itu, dikatakan sangat menyukai anak patung tersebut, membawanya ke mana sahaja dia pergi dan tidur dengannya setiap malam. Tetapi, selepas Kikuko meninggal dunia ketika dia masih kecil, keadaan berubah menjadi aneh dan menyeramkan. Keluarga Kikuko telah menyimpan anak patung itu di sebuah kuil kecil sebagai tanda mengenangnya.

Kaki lelaki hancur akibat percikan lava Gunung Kilauea



Kaki lelaki hancur akibat percikan lava Gunung Kilauea  | KETIKA sedang duduk di balkoni rumahnya, tiba-tiba lelaki itu terkejut apabila percikan lava yang dimuntahkan Gunung Kilauea terkena kakinya. Tanpa diduga, lava bersaiz umpama peti sejuk itu mengakibatkan kecederaan serius hingga lelaki itu kini mengalami kecacatan kekal. "Percikan lava terkena pada tulang kering dan menghancurkan kakinya," kata seorang penduduk setempat kepada wakil BBC. Kejadian itu adalah yang pertama melibatkan kecederaan dalam kalangan orang awam selepas gunung berapi di Hawaii itu mulai aktif awal bulan ini. Pada Sabtu lalui, jalan utama pantai yang digunakan sebagai laluan untuk evakuasi utama warga tempatan yang terjejas didapati terputus hubungan.

Hehe.. Beg tangan Tun Dr Siti Hasmah pula jadi tular



Hehe.. Beg tangan Tun Dr Siti Hasmah pula jadi tular | Tular di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan beg tangan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang dipercayai berjenama Marie Claire berharga RM125.10 yang turut dijual di Zalora. Biarpun tidak dapat dipastikan sama ada beg milik Siti Hasmah benar-benar berjenama Marie Claire iaitu jenama beg tangan keluaran Bata, namun berdasarkan warna dan rekaan, beg berkenaan sangat mirip dengan jenama terbabit. Foto Siti Hasmah itu dirakam ketika beliau bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Gambar sama turut dikongsi di laman sosial Facebook Kelab Che Det dan mendapat likes lebih 20,000 selain dikongsi lebih 4,000 kali oleh pengguna laman sosial berkenaan.

Monday 21 May 2018

Polis terkejut pengemis berstatus OKU disahkan meninggal dunia sebagai jutawan



Polis terkejut pengemis berstatus OKU disahkan meninggal dunia sebagai jutawan | Seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai di Lebanon disahkan meninggal dunia sebagai jutawan. Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar Beirut. Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir di sini bersama dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100). Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta).

Thursday 17 May 2018

Budak selamat tanpa cedera selepas terjatuh dalam air terjun pada ketinggian 150 kaki



Budak selamat tanpa cedera selepas terjatuh dalam air terjun pada ketinggian 150 kaki | PELIK tapi benar. Seorang kanak-kanak lelaki terselamat selepas terjatuh ke dalam air terjun Llanraeadr di Wales pada ketinggian 150 kaki, Ahad lalu. Kanak-kanak berumur tiga tahun itu bernasib baik apabila dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa berjaya ditarik keluar dari kaki air terjun itu oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di situ. Phil Facey, pemilik restoran Pistyll Rhaeadr & Tearoom yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana masih hidup. Malah ibu saudara kanak-kanak itu juga nyaris maut ketika cuba menyelamatkannya.

Lelaki hilang penglihatan selepas matanya dikorek guna sudu kerana mahu nikah dengan gadis pilihannya



Lelaki hilang penglihatan selepas matanya dikorek guna sudu kerana mahu nikah dengan gadis pilihannya | Gara-gara mahu bernikah dengan gadis pilihannya, seorang lelaki hilang penglihatan selepas matanya dikorek keluar menggunakan sudu oleh bapa dan empat adik beradik lelakinya. Abdul Baqi, 22, dari perkampungan Nasirabad di wilayah Balochistan telah meminta keluarganya menghantar rombongan meminang teman wanitanya. Namun permintaan itu mencetuskan kemarahan bapanya, Dost Muhammmad, 70, dan empat adik beradik lelakinya iaitu Abdul Ghani, Abdul Sattar, Abdul Rehman dan Abdul Karim. Mereka didakwa mengurung mangsa di dalam sebuah bilik dan mengorek keluar matanya tanpa belas kasihan. Malah, semua suspek turut mengurung ibu mangsa di dalam bilik berlainan supaya dia tidak mencampuri urusan tersebut.

Lelaki potong kemaluan sendiri kerana teruja 'layan' video lucah



Lelaki potong kemaluan sendiri kerana teruja 'layan' video lucah | SEORANG lelaki dikejarkan ke hospital gara-gara mencederakan kemaluannya sendiri ketika menonton video lucah dalam kejadian tidak jauh dari Bangkok, Thailand. Whisanu Srisanao, 30, sedang menonton video lucah di telefon bimbitnya di sebuah apartment. Mungkin terlalu teruja, dia mengiris kemaluannya tanpa disedari. Namun apabila kemaluan berdarah, Srisanao panik dan cuba untuk menghentikan pendarahan itu sebelum menghubungi unit kecemasan paramedik. Doktor tiba pukul 10.45 malam dan menemuinya dalam keadaan berbogel sambil memegang kemaluannya. Dia memberitahu sedang menonton video lucah dan memotong kemaluannya.

Isteri mulai bimbang tahap kesihatan suami selepas Tun M teliti dokumen hingga pagi


Isteri mulai bimbang tahap kesihatan suami selepas Tun M teliti dokumen hingga pagi | Tun Dr Siti Hasmah mula risaukan keadaan kesihatan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas hampir seminggu diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke tujuh. Dr Siti Hasmah memuat naik status di laman Facebook rasmi Kelab Che Det memberitahu kerisauan terhadap Dr Mahathir yang usianya mencecah 93 tahun. "Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur. "Waktu tidur beliau digunakan untuk meneliti setiap dokumen kerajaan. "Dalam satu malam beliau meneliti lebih 200 dokumen sehingga pukul 4-5 pagi. "Pukul 7 pagi beliau sudah berada di pejabat," luah Dr Siti Hasmah.

Wednesday 16 May 2018

Gelagat kucing paling sopan di Britain jadi tular



Gelagat kucing paling sopan di Britain jadi tular | Aksi seekor kucing menggunakan pengetuk untuk mengetuk pintu sebuah kediaman dan menunggu sebelum ia dibuka menjadi tular di internet baru-baru ini. Klip video berdurasi 38 saat itu menunjukkan kucing berwarna perang gelap mengetuk pintu sebanyak tiga kali dengan menggunakan kaki kiri hadapan. Selepas itu, mamalia berkenaan duduk di atas belebas tingkap dan menunggu untuk pintu dibuka. Rakaman oleh seorang pengguna jalan raya, Dan Richardson di kawasan kejiranan Bootle di sini sebelum dimuat naik ke Facebook.

Ini 10 perkara tentang YB Syed Saddiq yang tidak diketahui ramai



Ini 10 perkara tentang YB Syed Saddiq yang tidak diketahui ramai | BERIKUT adalah 10 perkara menarik tentang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman:

1. Meminati artis antarabangsa Selena Gomez

2. Tidak gemar dipanggil YB kerana merasakan gelaran itu seperti 'orang tua'.

3. Mengakui tiada kekasih buat masa ini kerana 'tiada masa' untuk menjalinkan hubungan.

Bekas polis cetus kontroversi apabila didakwa merancang pembunuhan dan makan lebih 100 wanita



Bekas polis cetus kontroversi apabila didakwa merancang pembunuhan dan makan lebih 100 wanita | Seorang bekas kakitangan Jabatan Polis New York (NYPD) digelar Polis Kanibal kerana didakwa merancang untuk membunuh dan memakan lebih 100 wanita. Gilberto Valle pernah dipenjara pada tahun 2012 kerana melakukan konspirasi menculik bersama isterinya, Kathleen Mangan. Mangan kemudian memberitahu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa Valle telah merancang untuk membunuh dan memakan daging lebih 100 wanita. Kes itu menyebabkan Valle dipecat dari jawatannya di NYPD manakala isterinya memfailkan perceraian.

Bayi antara yang menjadi mangsa korban pertempuran berdarah di sempadan Gaza



Bayi antara yang menjadi mangsa korban pertempuran berdarah di sempadan Gaza | Bayi Palestin berusia lapan bulan antara 59 yang menjadi mangsa korban dalam pertempuran berdarah di sempadan Gaza, hari ini selepas terhidu gas pemedih mata. Leila al-Ghandour terkena gas yang dilepaskan ketika bantahan dilakukan susulan tindakan Amerika Syarikat membuka kedutaannya di Baitulmaqdis. Manakala kebanyakan mangsa lain terbunuh selepas menjadi sasaran penembak tepat tentera Israel. Beberapa gambar menunjukkan ahli keluarga Leila tidak dapat menahan sebak apabila memeluk mayat bayi berkenaan yang dikebumikan bersama mangsa lain.

Sanggup bertahan selama 10 tahun dalam perkahwinan walaupun diseksa isteri dengan teruk



Sanggup bertahan selama 10 tahun dalam perkahwinan walaupun diseksa isteri dengan teruk | Seorang lelaki berhati mulia apabila sanggup bertahan selama 10 tahun dalam perkahwinan walaupun diseksa isteri dengan teruk sebelum menceraikannya selepas dilanggar kereta dipandu wanita terbabit. Dalam kejadian awal tahun ini, pertengkaran antara pasangan itu tercetus ketika kereta dinaiki mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat dekat rumah mereka di bandar Changzhou, wilayah Jiangsu, menyebabkan si suami keluar dari kereta. Bagaimanapun, kemarahan isteri tidak terhenti di situ apabila dia terus memecut kereta ke arah suaminya.

Tuesday 15 May 2018

Lelaki maut gara-gara mahu selfie dengan seekor beruang



Lelaki maut gara-gara mahu selfie dengan seekor beruang  | SEORANG pemandu teksi maut selepas menghentikan kenderaan yang dipandunya semata-mata mahu bergambar dengan seekor beruang. Ketika kejadian, Prabhu Bhatara dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri majlis perkahwinan. Namun dia tiba-tiba keluar dari kenderaan SUV dipandunya kerana mahu pergi ke tandas sebelum ternampak seekor beruang dalam keadaan cedera. Penumpang Bhatara memberitahunya supaya tidak mendekati haiwan tersebut semata-mata mahu berselfie tetapi dia tidak mengendahkan nasihat tersebut.

Remaja bunuh diri selepas diculik dan dirogol oleh lapan lelaki



Remaja bunuh diri selepas diculik dan dirogol oleh lapan lelaki | SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun membunuh diri selepas dirogol lapan lelaki di India. Menurut laporan berita tempatan, gadis berusia 16 tahun itu diculik dari rumahnya pada Ahad ketika sedang bersendirian dan dirogol sekumpulan lelaki di kampungnya. Gadis tersebut bertindak mengantung diri pada Isnin di daerah Nuh, utara Haryana, India. Difahamkan suspek masih lagi bebas. Beberapa hari kemudian, seorang lagi gadis turut dirogol lima lelaki dalam insiden berasingan. Gadis berusia 19 tahun itu diperdaya seorang pemandu beca yang memperdaya mangsa dengan memberitahu dia terlepas bas untuk pulang ke rumah.

Gadis anak orang kaya meraung dalam TV disuruh kerja selepas elaun bulanannya dipotong



Gadis anak orang kaya meraung dalam TV disuruh kerja selepas elaun bulanannya dipotong | SEORANG gadis sanggup 'mengheret' ibunya dalam satu program TV untuk menghebahkan bahawa dia harus hidup seperti seorang petani, selepas elaun bulanannya dipotong dari AS$5,000 kepada hanya AS$1,000. Nicolette, 15, selama ini diberikan segala yang diinginkannya, termasuk pengasuh, pelatih dan pemandu peribadi, sesi perbelanjaan dan koleksi beg yang akan membuatkan kebanyakan wanita cemburu. Sebagai seorang remaja, dia akan membelanjakan antara AS$5,000 dan As$10,000 untuk pakaian berjenama, aksesori dan lain-lain barangan yang diimpikan gadis seusianya. Bagaimanapun, ibunya, Nina memutuskan bahawa dia tidak sepatutnya terus membiarkan Nicolette mewah, jadi dia memotong elaun anak perempuannya itu kepada hanya AS$1,000 sebulan.

Rakaman guru berdiri atas meja dan tampar serta tarik rambut seorang pelajar yang sedang tidur jadi tular



Rakaman guru berdiri atas meja dan tampar serta tarik rambut seorang pelajar yang sedang tidur jadi tular | RAKAMAN mengejutkan muncul menunjukkan seorang guru berdiri di atas meja dan kemudian menampar serta menarik rambut seorang pelajar yang sedang tidur. Lisa Houston, yang telah mengajar di sekolah di South Carolina, AS, selama 27 tahun akhirnya bersara selepas video dia cuba mengejutkan pelajar yang sedang tidur itu tular. Ia menunjukkan Houston menghentak meja pelajar lelaki itu dengan kakinya di dalam kelas, menamparnya dan menarik rambutnya dalam usaha mengejutkan pelajar itu dari tidur. Pelajar lain dapat didengari hanya ketawa ketika wanita itu memijak dada rakan mereka dan menyandarkan untuk dilempang.

Monday 14 May 2018

Pasangan terkejut apabila imbasan imej tunjuk bayi dalam kandungan pakai fonkepala



Pasangan terkejut apabila imbasan imej tunjuk bayi dalam kandungan pakai fonkepala  | SEPASANG suami isteri yang bakal menimang cahaya mata terkejut apabila imbasan imej menunjukkan seolah-olah bayi mereka memakai fonkepala. Situasi itu dilalui Emma dan Richard Wilkins yang menjalani pemeriksaan imbasan ultrabunyi pada usia kandungan mencecah 11 minggu. Ketika itu, bayi yang dinamakan Lean May itu seolah-olah mahu mengikut jejak bapanya, seorang deejay yang tentu sekali sinonim dengan fonkepala. Menurut Emma, 33 dan Richard, 49, gambar imbasan itu telah diambil Leah yang kini berusia enam tahun sebagai dorongan untuk dirinya bergiat dalam bidang muzik.

Penduduk gempar dengan penemuan bangkai seekor hidupan laut gergasi yang terdampar di pantai



Penduduk gempar dengan penemuan bangkai seekor hidupan laut gergasi yang terdampar di pantai | Penduduk di kepulauan di sini gempar dengan penemuan bangkai seekor hidupan laut gergasi digelar 'globster' yang terdampar di pantai pada Jumaat lalu. Seorang penduduk tempatan, Tam Mailing berkata, kehadiran makhluk tersebut merupakan petanda awal bahawa satu bencana alam bakal berlaku di kawasan tersebut. “Satu gempa bumi sedang menuju ke Oriental Mindiri. ‘Globster’ adalah petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tolong berdoa untuk kami,” katanya. Menurutnya, ‘globster’ adalah nama yang diberikan kepada seekor haiwan yang tidak dapat dikenali spesiesnya.

Bayi perempuan mati selepas tercampak dari tangga bergerak ketika ibunya asyik berswafoto



Bayi perempuan mati selepas tercampak dari tangga bergerak ketika ibunya asyik berswafoto | Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut apabila tercampak dari tangga bergerak ketika didukung oleh ibunya di sebuah pusat beli-belah di Ganganagar, di sini baru-baru ini. Daily Mail melaporkan, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ibu bapa bayi malang tersebut dilihat berswafoto di luar sebuah kedai sebelum menaiki tangga bergerak untuk ke tingkat yang seterus­nya. Menurut beberapa saksi, pasangan suami isteri itu dikatakan sekali lagi merakam gambar swafoto ketika berada di atas tangga bergerak dengan si ibu meme­gang anaknya. Ketika berswafoto, wanita ber­kenaan dipercayai hilang im­bangan menyebabkan bayi yang didukungnya tercampak ke bawah.

Pemandu akui nampak 'lembaga hitam' terbang di depan ketika sedang memandu



Pemandu akui nampak 'lembaga hitam' terbang di depan ketika sedang memandu | “Kalaulah saya memandu laju mungkin bumbung zink akan menghempap kereta dan menyebabkan kami tercedera,” kata pengguna jalan raya Hendrick Chee, 30, yang nyaris terkena bumbung zink diterbangkan ribut di Jalan Kampung Pokok Mangga, Melaka, malam tadi. Kejadian 11.20 malam itu mengakibatkan bumbung hadapan pusat jualan kereta terpakai musnah selepas diterbangkan kira-kira lima meter di atas jalan raya. Chee berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan menghantar rakannya di kawasan perumahan berhampiran dan cuaca ketika itu hujan lebat disertai ribut dan angin. “Disebabkan keadaan gelap saya memandu perlahan dan tiba-tiba saya ternampak seakan ‘lembaga hitam’ terbang kira-kira 50 meter di hadapan.

Saturday 5 May 2018

Pasukan perubatan berjaya buang tumor ovari seberat 60kg daripada seorang wanita



Pasukan perubatan berjaya buang tumor ovari seberat 60kg daripada seorang wanita | Pesakit yang enggan dikenali itu dilaporkan tumor tersebut mula membesar kira-kira 4.5kg seminggu pada November lalu. Sebuah pasukan perubatan termasuk 12 pakar bedah membuang tumor tersebut melalui pembedahan yang berlangsung selama lima jam, 14 Februari lalu. Menurut pakar onkologi dan sakit puan, Dr. Vaagn Andikyan yang mengetuai pembedahan yang dilakukan di Hospital Danbury itu, tumor yang dibuang itu berpunca daripada ovari kiri pesakit. "Kami membuang ovari kiri, tiub (fallopian) kiri dan tisu peritoneal yang terjejas pada tubuh pesakit. "Tumor pada ovari itu menjadi semakin besar dan ia jarang berlaku.

Wanita dibunuh kejam ketika berkunjung ke India dan ditemui dalam keadaan yang sangat tragis



Wanita dibunuh kejam ketika berkunjung ke India dan ditemui dalam keadaan yang sangat tragis | SEORANG wanita yang berkunjung ke India untuk mengubati kemurungannya, diberikan dadah, dirogol sebelum dipenggal kepala. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tergantung di dalam hutan. Liga Skromane, 33, yang menetap di Dublin, Ireland tiba di Kerala bersama kakaknya pada Februari lalu. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang selepas meninggalkan sebuah pusat rawatan ayurveda untuk berkunjung ke pantai. Mayatnya kemudian ditemui dekat hutan bakau di Thiruvallam pada 21 April lalu.

Friday 4 May 2018

Lelaki ditemui maut dengan kesan tikaman dileher, usus terburai dan kemaluan dipotong



Lelaki ditemui maut dengan kesan tikaman dileher, usus terburai dan kemaluan dipotong | Seorang warga emas di Indonesia ditemui maut dalam keadaan ngeri dengan kesan tikaman di leher, usus terburai serta kemaluan dipotong. Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mail, 65, seorang penduduk di Desa Karang Kedawung, Kecamatan Mumbulsari, ditemui oleh anak perempuannya, Selani, 40, ketika mahu membuang sampah di belakang rumah. Menurut Ketua Polis Daerah Mumbulsari, AKP Heri Supadmo, pihaknya menemui senjata seakan kerambit serta cebisan kemaluan mangsa yang dipotong di tempat kejadian.

Kanak-kanak 7 tahun jadi mangsa rogol abang kandung sejak tiga tahun lalu



Kanak-kanak 7 tahun jadi mangsa rogol abang kandung sejak tiga tahun lalu | Seorang kanak-kanak perempuan yang kini berusia 7 tahun menjadi mangsa rogol abang kandungnya sejak tiga tahun lalu. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mangsa telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. “Suspek melakukan perbuatan itu terhadap adik bongsunya berulang kali sejak tiga tahun lepas. “Berdasarkan siasatan awal mendapati kesan koyakkan lama pada kemaluan mangsa dan mangsa ditahan wad di Hospital Ismail untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Thursday 3 May 2018

Gadis akui masih sayang dan cinta walaupun telah menjadi mangsa serangan ganas teman lelaki



Gadis akui masih sayang dan cinta walaupun telah menjadi mangsa serangan ganas teman lelaki  | ANAK lelaki seorang pegawai kerajaan China dipenjara atas kesalahan memukul teman wanitanya walaupun mangsa memohon supaya dia dijatuhkan hukuman ringan. Menerusi kamera CCTV di bangunan The Heron, London, Hartao Pan, 25, mengheret Jinghan Zhang, 22, sebelum menyerangnya selama 10 minit di bahagian badan dan muka. Ketika mangsa melarikan diri ke bilik mandi dan mengunci pintu, Pan menendangnya berulang kali dan mengambil pisau serta menikam pintu bilik mandi itu seperti babak dalam filem seram 'The Shining.' Pan dikatakan menyerang teman wanitanya kerana mengesyaki dia berbalas mesej cinta dengan lelaki lain menerusi aplikasi sembang WhatsApp. Dia ditangkap selepas gadis itu berjaya keluar dari flat kediamannya setelah meminta seorang penyambut tetamu untuk memanggil polis.

Wanita idam punya paha terbesar di dunia terima lamaran



Wanita idam punya paha terbesar di dunia terima lamaran | Seorang wanita di bandar ini mempunyai keinginan luar biasa apabila berhasrat memiliki paha terbesar di dunia. Bobbi-Jo Westley, 43 tahun ketika ini mempunyai saiz paha 241 sentimeter (sm) yang bersamaan 95 inci. Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila dia ingin memecahkan rekod pemilik paha terbesar dunia dari Los Angeles, Mikel Ruffinelli yang memiliki saiz 251 sm (99 inci). “Paha saya membuatkan saya unik dan ia memberi motivasi diri kepada saya,” katanya. Saiz luar biasa pahanya itu membuatkan Bobbi popular di media sosial sehingga ditawarkan AS$2,000 (RM 7,915) untuk sekeping gambarnya.

Tampar teman lelaki 41 kali depan orang ramai selepas lelaki itu dikatakan mengajak 10 wanita untuk tidur dengannya



Tampar teman lelaki 41 kali depan orang ramai selepas lelaki itu dikatakan mengajak 10 wanita untuk tidur dengannya | SEORANG wanita dilihat melempang teman lelakinya sebanyak 41 kali dalam satu rakaman video. Wanita itu dikatakan menuduh kekasihnya mengajak 10 wanita untuk tidur dengannya. Video tersebut yang disiarkan oleh Apple Daily menunjukkan lelaki itu berulang kali menafikan tuduhan terhadapnya, malangnya penafian itu dengan lebih banyak penampar' daripada teman wanitanya. Kejadian berlaku di tempat awam dan dapat dilihat orang ramai yang lalu-lalang di situ. Pada satu ketika, lelaki itu dapat dilihat menampar teman wanitanya itu dan menarik rambutnya. Sambil melempang kekasihnya, dalam video itu dapat didengar wanita itu bertanya 'berapa wanita', manakala lelaki itu memberi amaran bahawa dia akan memanggil polis jika tindakannya itu tidak dihentikan.


Suami Kim Kardashian, Kanye West terpaksa buat pembedahan buang lemak kerana gemuk



Suami Kim Kardashian, Kanye West terpaksa buat pembedahan buang lemak kerana gemuk | PENYANYI rap Kanye West membuat pendedahan mengejut apabila memberitahu dia ketagih terhadap pil tahan sakit dikenali sebagai opioids selepas melakukan pembedahan sedut lemak. Kanye yang bercakap secara eksklusif kepadaTMZ memberitahu dia mengambil keputusan melakukan pembedahan itu kerana tidak mahu dipanggil gemuk seperti mana terjadi kepada adik iparnya, Rob Kardashian yang mengalami masalah berat badan melampau. "Saya buat pembedahan itu kerana anda! Saya tidak mahu anda panggil saya gemuk seperti mana terjadi kepada Rob sehingga dia melarikan diri sebelum hari perkahwinan saya dan Kim.

Terpaksa berpura-pura mengaji selepas curi duit tabung masjid



Terpaksa berpura-pura mengaji selepas curi duit tabung masjid | Seorang lelaki warga Kemboja yang leka 'memancing' duit tabung Masjid Al-Ansar, Meru Raya di sini bertindak mengaji al-Quran selepas menyedari kehadiran pihak polis di pekarangan masjid berkenaan. Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, suspek yang berusia 31 tahun bagaimanapun terus ditahan polis bersama wang tunai berjumlah RM160 yang disimpan di dalam poket bajunya hasil daripada kegiatan mencuri itu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu melalui panggilan telefon daripada pengurusan masjid yang melihat kegiatan lelaki berkenaan melalui rakaman televisten litar tertutup (CCTV).

Wednesday 2 May 2018

Wanita terlepas terbang dari Manchester ke India guna pasport suami



Wanita terlepas terbang dari Manchester ke India guna pasport suami  | SEORANG wanita dapat meninggalkan United Kingdom (UK) dan menaiki penerbangan sejauh 6,760 kilometer dari Manchester ke India menggunakan pasport milik suaminya. Geeta Modha tidak menyedarinya apabila dia secara tidak sengaja mengambil pasport suaminya, Dilip semasa mahu bergegas ke lapangan terbang untuk urusan perniagaan. Wanita berusia 55 tahun itu menunjukkan pasport berkenaan semasa daftar masuk dan sekali lagi sebelum menaiki pesawat Emirates. Dakwanya, dia juga dapat melalui pemeriksaan kastam tanpa sebarang masalah. Geeta tidak menunjukkan pasport semasa transit di Dubai kerana mempunyai kad India bagi kewarganegaraan luar negara. Memetik laporan Manchester Evening News, masalah tersebut hanya disedari di lapangan terbang di Delhi, India apabila mahu mengisi borang imigresen.

Pesalah seksual mengadu makanan dicampur dengan air kencing, najis dan kasut



Pesalah seksual mengadu makanan dicampur dengan air kencing, najis dan kasut  | PESALAH seksual di sebuah penjara Scotland mengadu makanan mereka dicampur dengan air kencing, najis dan kasut dipercayai dilakukan banduan lain. Penghuni di HMP Glenochil berhampiran Alloe berkata, makanan telah disediakan di kawasan banduan jenayah biasa dan mereka menjadikan pesalah seks sebagai sasaran. Penjara itu yang boleh memuatkan 670 banduan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Harviestoun untuk 300 banduan lelaki dan Abercrombie yang menempatkan 350 pesalah seks.

Ritual jalan atas bara arang dalam satu sambutan festival bertukar tragedi dasyat



Ritual jalan atas bara arang dalam satu sambutan festival bertukar tragedi dasyat | RITUAL berjalan atas bara arang ketika sambutan festival di India bertukar tragedi apabila seorang sami melecur 60 peratus di bahagian badannya. Vijay Kumar, 35, sedang berjalan di atas laluan arang panas sebelum dia gagal mengimbangi badannya lalu terjatuh. Dua sami yang sedang menunggu di penghujung laluan arang berkenaan terpaksa melompat ke kawasan itu untuk menyelamatkannya. Selain Vijay, dua penyelamat itu turut mengalami kecederaan dengan luka melecur antara 15 hingga 20 peratus.

Lelaki dakwa diserang hantu ketika berada di kawasan perkuburan lama yang usianya mencecah 800 tahun



Lelaki dakwa diserang hantu ketika berada di kawasan perkuburan lama yang usianya mencecah 800 tahun | SEORANG jurulatih kecergasan mendakwa diserang hantu sewaktu kunjungannya ke kawasan perkuburan lama yang usianya mencecah 800 tahun. Tony Ferguson berkata, dia sempat merakam entiti yang terbang ke arahnya sewaktu berada di tanah perkuburan Gereja St Mary, Eling, Hants. Video yang dirakam lelaki berusia 33 tahun itu menampakkan asap putih terbang ke arah kamera, yang didakwa sebagai hantu. Orang ramai yang berkunjung ke kubur itu sebelum ini turut mengakui dapat merasakan kehadiran 'aura negatif.' Susulan laporan itu, Tony yang juga seorang penyiasat paranormal membuat keputusan untuk melakukan siasatan. Setelah meneliti rakaman berkenaan yang diperlahankan, Tony percaya ia merupakan roh seorang lelaki yang cuba menghalang orang ramai dari melawat perkuburan itu.