Blog alin

Wednesday 18 April 2018

Pembantu rumah Filipina dipaksa minum cecair pelutur malah tidak dibayar gaji



Pembantu rumah Filipina dipaksa minum cecair pelutur malah tidak dibayar gaji | Seorang pembantu rumah Filipina dimasukkan ke hospital di Arab Saudi setelah dipaksa majikannya untuk meminum cecair peluntur, lapor Jabatan Hal Ehwal Luar Negara Filipina (DFA). Agnes Mancilla, terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan cecair tersebut selepas dikejarkan ke hospital pada 2 April lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri. "Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Jizan bagi memastikan keadilan buat Agnes Mancilla," ujar Konsul Jeneral Edgar Badajos.


Laporan mengatakan mangsa berada dalam keadaan serius tapi stabil di Hospital Raja Fahad dan pihak polis Arab Saudi telah menahan majikan terbabit. Mancilla yang bekerja di Arab Saudi sejak 2016 sering didera majikannya, malah mangsa juga tidak dibayar gaji. Insiden merupakan yang terbaharu dilaporkan berhubung layanan buruk yang diterima pekerja Filipina di Timur Tengah. Terdahulu, Presiden Rodrigo Duterte menyekat rakyatnya daripada bekerja di Kuwait susulan penemuan mayat pembantu rumah Filipina, Joanna Demafelis yang disumbat di dalam peti penyejuk. - AFP


#pembanturumah #penderaankeataspembanturumah #agnesmancilla



.

No comments:

Post a Comment