Blog alin

Wednesday 18 April 2018

Lelaki sanggup bunuh isteri kerana ketagih Facebook dan WhatsApp



Lelaki sanggup bunuh isteri kerana ketagih Facebook dan WhatsApp | Seorang lelaki di sini bertindak di luar batasan apabila sanggup membunuh isterinya yang didakwa ketagih Facebook dan WhatsApp baru-baru ini. Lelaki dikenali sebagai Hariom, 35, itu mencekik isterinya, Luxmi, 32, semasa dia sedang tidur di rumah flat mereka di Gurgaon, sebuah bandar berhampiran New Delhi. Bapa mangsa menemui Hariom duduk di sisi mayat isterinya sebelum dia menghubungi pihak polis. Hariom mendakwa, isterinya menghabiskan masa siang dan malam melayari Facebook dan berbalas WhatsApp sehingga mengabaikan dirinya dan anak-anak mereka.


Ketika ditahan Jumaat lalu, Hariom memberitahu, dia membelikan isterinya telefon pintar beberapa tahun selepas mereka berkahwin pada 2006. “Pada awalnya, semuanya baik-baik sahaja sehinggalah saya membelikannya telefon pintar. Sejak itu dia mula berubah sehingga tidak mempedulikan suami dan anak-anak,” katanya. Hariom bakal didakwa kerana membunuh dengan niat. - Agensi



#kesbunuh #ketagihfacebook




.

No comments:

Post a Comment