Blog alin

Monday 23 April 2018

Dua kanak-kanak terpaksa 'buang perut' selepas berdepan masalah obesiti



Dua kanak-kanak terpaksa 'buang perut' selepas berdepan masalah obesiti | DUA beradik yang berdepan dengan masalah obesiti menjalani pembedahan bagi menyelamatkan nyawa mereka. Yogita yang berusia lapan tahun dan adiknya, Amisha,6, terpaksa dibedah kerana mengalami kesukaran bernafas berikutan berat badan berlebihan. Bapa kedua-dua beradik itu, Rameshbhai Nandwana,36, dari perkampungan Gujarat berkata: "Sukar memberitahu betapa gembiranya kami. "Satu perjalanan jauh untuk tiba ke saat ini dan menerima pertolongan dengan keputusan yang baik. "Kami sudah melihat keputusannya. Kami dapat melhat fizikalnya dan mereka seperti seorang kana-kanak. Kami sangat gembira dan teruja melihat mereka semakin pulih.


"Sebelum pembedahan, Yogita dan Amisha mengambil sarapan pagi memakan capati dan enam biji pisang, diikuti setengah kilo nasi dan tiga mangkuk kari untuk makan tengah hari. Jelas Nandwana, dia tidak boleh melihat anak-anaknya lapar. "Saya membuat pelbagai pekerjaan, Kadang-kadang hanya menerima satu pound sehari dan kadang-kadang tidak menerima bayaran. "Saya tidak boleh melihat mereka lapar. Dan jika tidak mempunyai wang, saya akan pinjam dengan adik beradik atau kawan-kawan," jelasnya.Namun Nandwana sedar perasaannya itu telah menyukarkan kehidupan anak-anaknya.

Hospital tempatan telah menawarkan pertolongan untuk kedua-dua kanak-kanak itu pada 2015 selepas melihat berita mengenainya di akhbar. Namun usaha mereka tidak berjaya walaupun diberi diet yang betul.Bagaimana pun, bulan lalu, pakar bedah terkenal Dr Mahendra Narwaria daripada Klinik Asian Bariatrics di Ahmedabad menjemput mereka sekeluarga untuk bertemu. Mereka mengambil masa sembilan jam perjalanan untuk bertemu Dr Narwaria. Dr Narwaria telah berjanji akan menanggung segala perbelanjaan pembedahan perut dan memberi khsmat nasihat secara percuma serta menyediakan vitamin dan pil hormon yang berkaitan. -AP



#masalahobesiti #makanbanyak



.

No comments:

Post a Comment