Blog alin

Thursday 19 April 2018

Maut gara-gara sukar bernafas selepas tertelan belon ketika bermain



Maut gara-gara sukar bernafas selepas tertelan belon ketika bermain | Seorang kanak-kanak berusia dua tahun menemui ajal gara-gara tertelan belon ketika bermain. Nawaz Siddiq, dikatakan bermain bersama rakan berhampiran rumahnya di Chikkakammanahalli. Anak keempat kepada pasangan Abubakar Siddiq dan Reshma itu kemudian disedari mengalami kesukaran bernafas. Reshma bergegas membawa anaknya mendapatkan rawatan namun Nawaz dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.


Pasukan perubatan di Hospital Apollo melakukan saringan laringoskopi untuk memeriksa secara mendalam tekak dan larinks. "Kita percaya terdapat benda asing berada dalam badan mangsa sebelum kita membuat xray dan mendapati kerongkongnya tersumbat dan cebisan belon memasuki paru-parunya," lapor portal India of Times. - Agensi


#Sukarbernafas



.

No comments:

Post a Comment