Blog alin

Friday 25 May 2018

Sel kanser payudara dikatakan hidup tanpa dikesan dan muncul beberapa tahun kemudian dengan kesan bawa maut - Saintis



Sel kanser payudara dikatakan hidup tanpa dikesan dan muncul beberapa tahun kemudian dengan kesan bawa maut - Saintis | Saintis mengenal pasti mekanisme yang membolehkan sel kanser berada dalam bahagian lain tubuh dan kemudian muncul semula beberapa tahun kemudian dengan kesan membawa maut, menurut kajian diterbitkan semalam. Dalam eksperimen menggunakan sel manusia dan tikus hidup, penyelidik menunjukkan, mengehadkan mekanisme itu dengan ubatan atau manipulasi gen, berupaya melumpuhkan sel kanser dan menghalang kemampuan penyakit itu daripada merebak. Kajian berkata, penemuan itu, dilaporkan dalam jurnal Nature Communications, menyediakan matlamat untuk pembangunan terapi rawatan kanser payudara. Kira-kira 90 peratus kematian kanser payudara berlaku akibat metastasis, iaitu apabila penyakit berpindah ke organ atau bahagian lain tubuh.


Saintis bergelut memahami bagaimana kanser sel berupaya untuk bersembunyi, ada kalanya selama berdekad dan apa sebenarnya yang mencetuskan kemunculan mereka. "Keputusan kami menunjukkan, sel kanser payudara boleh hidup tanpa dikesan, dalam tubuh pesakit untuk tempoh lama, menggunakan proses selular dikenali sebagai autofagi," kata penulis bersama, juga penyelidik di Institut Kanser Kebangsaan (NCI) di Bethesda, Maryland, Kent Hunter. Autofagi berlaku apabila mana-mana sel, sama ada sihat atau kanser, merombak komponen dalaman untuk hidup dalam persekitaran lemah tekanan dan kurang nutrisi. Ia membolehkan sel ditutup secara sebahagiannya, memasuki keadaan sama seperti hibernasi. Penemuan itu membantu menjelaskan, mengapa rawatan terkini sering gagal menghapuskan sel kanser payudara yang kekal selepas pembedahan dan kemoterapi.

 "Kebanyakan ubatan antikanser tradisi direka untuk menyasar sel yang membahagi. Sel tidak aktif bagaimanapun, tidak aktif atau tidak kerap membahagi, justeru dianggap tahan rintangan terhadap ubatan jenis ini," kata Hunter. Hakikat bahawa sel itu bersembunyi dalam tempat lain tubuh juga membantu sel terlepas daripada rawatan tempatan seperti radiasi. Dalam satu eksperimen, penyelidik diketuai rakan Hunter, Laura Vera-Ramirez menyuntik sel kanser payudara tidak aktif ke dalam tikus. Separuh haiwan diberi ubatan yang menghalang autofagi, sementara lain menerima ubat plasebo. Dalam eksperimen kedua, mereka mengubah gen yang mengawal autofagi. Kedua-dua pendekatan secara 'ketara' mengurangkan kelangsungan hidup sel kanser dan mengehadkan penyebaran, kajian itu merumuskan. -AFP



#kanserpayudara #selkanser




.

No comments:

Post a Comment