Blog alin

Monday 14 May 2018

Penduduk gempar dengan penemuan bangkai seekor hidupan laut gergasi yang terdampar di pantai



Penduduk gempar dengan penemuan bangkai seekor hidupan laut gergasi yang terdampar di pantai | Penduduk di kepulauan di sini gempar dengan penemuan bangkai seekor hidupan laut gergasi digelar 'globster' yang terdampar di pantai pada Jumaat lalu. Seorang penduduk tempatan, Tam Mailing berkata, kehadiran makhluk tersebut merupakan petanda awal bahawa satu bencana alam bakal berlaku di kawasan tersebut. “Satu gempa bumi sedang menuju ke Oriental Mindiri. ‘Globster’ adalah petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tolong berdoa untuk kami,” katanya. Menurutnya, ‘globster’ adalah nama yang diberikan kepada seekor haiwan yang tidak dapat dikenali spesiesnya.


 Bagaimanapun, bangkai haiwan gergasi yang berukuran kira-kira 6.1 meter itu telah meninggalkan bau yang amat busuk kepada penduduk setempat. Pegawai Penguat kuasa Undang-Undang Perikanan, Vox Krusada berkata, pihaknya telah mengumpulkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada bangkai tersebut untuk dianalisis. Dalam pada itu, pihak Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Mimapora telah bertindak untuk melupuskan bangkai haiwan tersebut. – Agensi


#hidupanlautgergasi #globster



.

No comments:

Post a Comment