Blog alin
Monday, 14 May 2018
Bayi perempuan mati selepas tercampak dari tangga bergerak ketika ibunya asyik berswafoto
Bayi perempuan mati selepas tercampak dari tangga bergerak ketika ibunya asyik berswafoto | Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut apabila tercampak dari tangga bergerak ketika didukung oleh ibunya di sebuah pusat beli-belah di Ganganagar, di sini baru-baru ini. Daily Mail melaporkan, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ibu bapa bayi malang tersebut dilihat berswafoto di luar sebuah kedai sebelum menaiki tangga bergerak untuk ke tingkat yang seterusnya. Menurut beberapa saksi, pasangan suami isteri itu dikatakan sekali lagi merakam gambar swafoto ketika berada di atas tangga bergerak dengan si ibu memegang anaknya. Ketika berswafoto, wanita berkenaan dipercayai hilang imbangan menyebabkan bayi yang didukungnya tercampak ke bawah.
Rakaman itu juga menunjukkan bayi perempuan tersebut terlanggar tempat pemegang tangga bergerak sebelum terjatuh ke bawah. Orang ramai yang berada di pusat beli-belah berkenaan panik dengan kejadian tersebut dan cuba menghulurkan bantuan, namun bayi tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Bayi tersebut dikejarkan ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Sehubungan itu, pihak polis kini giat melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan memaklumkan bahawa insiden tersebut adalah satu kemalangan. Selain itu, keluarga bayi tersebut juga enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang memandangkan insiden itu adalah satu kemalangan yang tidak disengajakan. Menurut sumber, pasangan suami isteri itu berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan selepas menjalani pemeriksaan di sebuah klinik berhampiran.-AP
#kemalangan #swafoto
.
Labels:
Kisah Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment