Blog alin

Wednesday 16 May 2018

Bekas polis cetus kontroversi apabila didakwa merancang pembunuhan dan makan lebih 100 wanita



Bekas polis cetus kontroversi apabila didakwa merancang pembunuhan dan makan lebih 100 wanita | Seorang bekas kakitangan Jabatan Polis New York (NYPD) digelar Polis Kanibal kerana didakwa merancang untuk membunuh dan memakan lebih 100 wanita. Gilberto Valle pernah dipenjara pada tahun 2012 kerana melakukan konspirasi menculik bersama isterinya, Kathleen Mangan. Mangan kemudian memberitahu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa Valle telah merancang untuk membunuh dan memakan daging lebih 100 wanita. Kes itu menyebabkan Valle dipecat dari jawatannya di NYPD manakala isterinya memfailkan perceraian.


“Saya bimbang dia mungkin akan membunuh anak perempuan kami,” kata Mangan. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun, Josephine. Mangan kini berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya itu di sebuah mahkamah di Nevada. – Agensi



#kanibal #bekaspolis #pembunuhanterancang




.

No comments:

Post a Comment