Blog alin

Friday 25 May 2018

Batuk berpanjangan rupanya tanda menghidap kanser paru-paru tahap empat



Batuk berpanjangan rupanya tanda menghidap kanser paru-paru tahap empat | Siapa sangka batuk berpanjangan dialami anggota polis bantuan, Muhammad Jabrullah Ishak, 28, dari FELDA Chini 1, dekat sini, adalah petanda anak bongsu daripada tujuh beradik itu menghidap kanser paru-paru tahap empat. Abangnya, Jamri, 39, berkata mereka sekeluarga sudah membawa adiknya ke hospital pakar di Kuantan dan keputusan doktor menyatakan hanya mengalami batuk biasa saja serta dibekalkan ubat batuk."Adik saya pernah mengalami batuk berdarah dan sering sakit sendi, bahu serta pinggang. Kami sekeluarga ingat dia hanya sakit biasa saja, tetapi pada akhir tahun lalu, Muhammad Jabrullah tiba-tiba terjatuh ketika bekerja di kawasan sekitar Chini."Ketika itu keluarga menghantar dia ke Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Indera Mahkota, Kuantan untuk rawatan lanjut dan doktor akhirnya mengesahkan adik menghidap kanser paru-paru tahap empat," katanya ketika dihubungi.


Jamri berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan keputusan berkenaan kerana tidak menyangka Muhammad Jabrullah yang sebelum ini sihat dan seorang yang aktif menghidap penyakit serius. "Emak kami, Siti Aishah Hasri, 62, paling terkesan kerana tidak menyangka anak bongsu yang periang dan aktif selama ini menghidap penyakit serius sehingga mengubah hidupnya 100 peratus," katanya. Jamri berkata, kesihatan adiknya kini semakin merosot berikutan virus kanser berkenaan juga sudah merebak ke bahagian otak sehingga mengganggu saraf di kepala. "Ini menyebabkan dia tidak mampu berdiri dan pergerakannya agak terbatas. Dia juga baru saja selesai menjalani rawatan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kesan rawatan itu, dia hanya mampu baring saja," katanya.

Sementara itu, katanya, kos rawatan adiknya juga agak tinggi terutama membabitkan ubat-ubatan diperlukan berjumlah RM5,000 bagi tempoh untuk 20 hari saja. "Keluarga tidak mampu menyediakan jumlah besar itu, tetapi kami bernasib baik kerana ada yang sudi memberi bantuan kewangan untuk membeli ubat rawatan sebelum ini. "Kami juga bersyukur kerana ada pihak sudi memberikan katil hospital khas untuk kegunaan adik," katanya. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada Muhammad Jabrullah boleh berbuat demikian dengan menyalurkan dalam akaunnya di Maybank bernombor 106129050069 atau menghubungi talian 019-9595988 untuk mendapatkan maklumat lanjut. -BH



#kanserparuparu #batukberpanjangan



.

No comments:

Post a Comment