Blog alin

Thursday 3 May 2018

Wanita idam punya paha terbesar di dunia terima lamaran



Wanita idam punya paha terbesar di dunia terima lamaran | Seorang wanita di bandar ini mempunyai keinginan luar biasa apabila berhasrat memiliki paha terbesar di dunia. Bobbi-Jo Westley, 43 tahun ketika ini mempunyai saiz paha 241 sentimeter (sm) yang bersamaan 95 inci. Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila dia ingin memecahkan rekod pemilik paha terbesar dunia dari Los Angeles, Mikel Ruffinelli yang memiliki saiz 251 sm (99 inci). “Paha saya membuatkan saya unik dan ia memberi motivasi diri kepada saya,” katanya. Saiz luar biasa pahanya itu membuatkan Bobbi popular di media sosial sehingga ditawarkan AS$2,000 (RM 7,915) untuk sekeping gambarnya.


Bukan itu sahaja, ramai juga yang melahirkan rasa teruja dengan potongan pahanya itu sehinggakan dia menerima banyak kiriman hadiah, bahkan ada juga yang mahu melamarnya. Namun, disebalik kegembiraanya itu, Bobbi yang memiliki berat 245 kg dan tinggi 158 cm sukar melakukan aktiviti harian terutama dirumah malah dinasihatkan doktor supaya berdiet. Pakar nutrisi MyTrimLine Weight Loss and Wellness Centers, Nadia Sharifi berkata, berat badan Bobbi disebabkan tiroid yang kurang aktif sejak enam tahun lalu. "Dia berisiko sakit jantung yang boleh berpunca daripada pembuluh darah tersumbat yang boleh meragut nyawanya. Dia harus menukar gaya hidup sihat dan berdiet," katanya. - Dailymail


#pahaterbesar #lemakdipaha



.

No comments:

Post a Comment