Blog alin

Thursday 30 August 2018

Wanita didakwa rakam video adegan tiga kanak-kanak diajar menghisap ganja



Wanita didakwa rakam video adegan tiga kanak-kanak diajar menghisap ganja | DUA wanita ditahan selepas mereka didakwa merakam video adegan tiga kanak-kanak diajar menghisap ganja. Michaela Pearson, 21 dan Candice Little, 18, didakwa memberi bahan terlarang itu kepada seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan. Pearson berkata pada awalnya dia sekadar bergurau sebelum seorang kanak-kanak paling bongsu berjaya menghembus keluar asap ganja dari hidungnya. Video melalui aplikasi Snapchat itu terbesar di media sosial. Hubungan tiga kanak-kanak itu dengan Pearson dan Little tidak diketahui. Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan kedengaran batuk sebaik sahaja menghisap barang terlarang itu. Namun seorang kanak-kanak lelaki dilihat seperti sudah biasa dengannya.


Lebih menjengkelkan, terdengar suara salah seorang daripada suspek berkata 'beri kepada adik anda'. Pearson dan Little dari Winston-Salem, NC., ditahan malam Selasa selepas video yang tular itu dikecam netizen. Mereka ditemui di sebuah motel bersama dengan beberapa jenis dadah. Ketiga-tiga kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan mereka kini diletakkan dibawah Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak. -AP



#hisapganja



.

No comments:

Post a Comment