Blog alin

Monday 27 August 2018

Penulis terkenal 'Siri Bercakap Dengan Jin', Tamar Jalis meninggal dunia



Penulis terkenal 'Siri Bercakap Dengan Jin', Tamar Jalis meninggal dunia | PENULIS yang terkenal dengan buku ‘Siri Bercakap Dengan Jin’, Tamar Jalis, 78, meninggal dunia di Kota Damansara, jam 9.30 pagi. Jenazah Tamar Jalis atau nama sebenarnya Mohd Radzi Mahmud dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara. Tamar Jalis berjaya menyembunyikan identiti diri selama 30 tahun dengan hanya memakai nama samaran ‘Tamar Jalis’ daripada pengetahuan umum. Beliau dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Beruas, Perak. Allahyarham pernah mendapat pendidikan di Sekolah Teknik Ipoh dalam bidang tukang kayu dan binaan.Menerusi siri buku Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Mat Piah berusia 50-an dan beliau sebagai watak cucu berusia belasan tahun.



Sebanyak 284 siri Bercakap Dengan Jin disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group yang berterusan selama 23 tahun enam bulan sejak April 1981 hingga Januari 2005. Ia dianggap sebagai satu rekod dan pencapaian yang luar biasa mengenai kisah yang ditulis secara bersiri dalam majalah di Malaysia. Atas pencapaian itu juga, siri buku Bercakap Dengan Jin pernah diangkat menjadi sebuah drama bersiri terbitan Skop Production Sdn Bhd dan ditayangkan di saluran Astro Mustika pada tahun 2014. Mohamed Radzi pernah berkhidmat sebagai penyunting akhbar Harian Watan (1977-1979) seterusnya menjadi editor majalah Penerbitan Adabi seperti Widya, Aktual dan Rintis (1980). -Metro



#penulisnovelseram #tamarjalis




.

No comments:

Post a Comment