Blog alin

Wednesday 25 July 2018

Penyanyi terkenal ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan




Penyanyi terkenal ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan | Bekas bintang Disney, Demi Lovato, 25, dikejarkan di sebuah hospital di sini, semalam, dipercayai selepas ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan. Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles mengesahkan kepada AFP, bahawa seorang wanita dibawa ke hospital selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan dari kediaman yang disyaki milik Lovato, tetapi enggan mendedahkan nama dan keadaan mangsa. Laman berita selebriti TMZ turut menerbitkan rakaman audio satu panggilan kecemasan membabitkan seorang pemanggil yang dilapor memaklumkan Lovato berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Namun, beliau berjaya disedarkan selepas dirawat dengan Narcan, iaitu sejenis alat semburan bagi merawat individu yang mengambil dadah berlebihan.


Majalah People yang memetik sumber yang rapat dengan Lovato berkata, penyanyi itu berada dalam keadaan stabil dan dadah yang disyaki diambil bukan heroin, seperti yang dilaporkan oleh TMZ. Sementara itu, wakil Lovato enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. Sebelum ini, Lovato pernah mendedahkan mengenai masalah yang dihadapinya, termasuk bagi menangani ketagihan dadah, kemurungan dan gangguan pemakanan. - AFP





#penyanyiterkenal #pengsan #tidaksedarkandiri #pengambilandadahberlebihan




.

No comments:

Post a Comment