Blog alin

Tuesday 3 July 2018

Maklumat dan wajah peminjam yang gagal bayar hutang bakal dipapar pada papan-papan iklan besar



Maklumat dan wajah peminjam yang gagal bayar hutang bakal dipapar pada papan-papan iklan besar | Sebuah bandar di timur China memaparkan maklumat peribadi dan wajah peminjam yang gagal membayar hutang mereka di papan-papan iklan besar di beberapa perhentian bas. ‘Tembok malu’ itu diarahkan dibina oleh Mahkamah Rakyat Fuyang Yingquan di wilayah Anhui pada bulan lalu sebagai satu tindakan terhadap peminjam yang gagal membayar hutang selepas kes mereka dibicarakan di mahkamah. Langkah baharu itu sehingga kini terbukti berkesan apabila sebilangan individu yang dipapar pada papan iklan itu tampil membayar hutang mereka, menurut kenyataan media mahkamah.


Nama, wajah dan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan mereka yang dirujuk sebagai ‘lao lais’ dalam bahasa Cina ditampal dengan cetakan jelas berlatar belakang warna biru di seluruh bandar raya. Mahkamah akan menukar dan mengemas kini poster tersebut dengan nama baharu setiap bulan. “Kumpulan pertama pesalah adalah individu yang mempunyai hutang tertunggak dalam tempoh yang lama dan nilai hutang yang banyak,” kata jurucakap mahkamah. – Agensi



#peminjam #gagalbayarhutang



.

No comments:

Post a Comment