Blog alin

Friday 6 July 2018

Seorang jurutera yang mengalami kemurungan ditemui mati gantung diri dalam bilik hotel



Seorang jurutera yang mengalami kemurungan ditemui mati gantung diri dalam bilik hotel | Seorang wanita yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati selepas menggantungkan dirinya di dalam bilik air di sebuah hotel di Jalan Datuk Lau Phak Kuan di sini hari ini. Mangsa berusia 27 tahun merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat komputer ditemui di dalam bilik air di sebuah bilik tingkat enam hotel yang disewanya oleh pihak polis pada pukul 9.05 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Thamby berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Jelasnya, hasil soal siasat terhadap kakak mangsa, wanita itu mempunyai penyakit bipolar atau kemurungan dan sedang menjalani rawatan di Singapura.


“Mangsa juga pernah meluahkan hasrat untuk membunuh diri dan telah mengelar tangannya sebanyak tiga kali sebelum ini. “Kali terakhir kakak mangsa bertemu dengan wanita itu pada awal bulan Ramadan yang lalu,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Menurut Mohd. Ali, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dekat sini untuk dibedah siasat pada pukul 9.30 pagi tadi. Ujarnya, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada tekanan pada bahagian leher ketika wanita itu menggantungkan diri. “Keluarga mangsa telah hadir untuk menuntut mayat selepas proses bedah siasat. “Polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah yang berkaitan dengan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - Kosmo



 #masalahkemurungan #bunuhdiri



.

No comments:

Post a Comment