Blog alin

Monday 16 July 2018

Lelaki terima padah kerana lakukan aksi terjunan ke dalam kuari demi raih sorakan gemuruh penonton



Lelaki terima padah kerana lakukan aksi terjunan ke dalam kuari demi raih sorakan gemuruh penonton | Tindakan seorang lelaki yang terjun ke dalam sebuah kuari dari ketinggian 34 meter membawa padah apabila dia cedera teruk pada bahagian kaki kanan. Satu klip video yang dimuat naik ke internet menunjukkan Ryan Szymansk, 22, pada mulanya mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir menyaksikan aksi berbahaya di tebing sebuah kuari yang dikenali sebagai The Grotto. Bagaimanapun, Szymansk kemudiannya terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik sahaja dia selesai melakukan lompatan ke dalam kuari berlumpur itu akibat kecederaan kaki dan ligamen terkoyak. Kaki kanannya dipercayai terkena batu tebing ketika melakukan terjunan.


“Saya tidak sangka aksi ini bertukar menjadi mimpi ngeri. Saya juga tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana ini adalah satu perbuatan bodoh diri sendiri. “Saya kerap kali melakukan lompatan dan gimnastik gaya bebas tetapi kejadian ini mengundang padah di mana bahu (saya) juga cedera,” katanya.
– Agensi



#aksibahaya #nyarismaut



.

No comments:

Post a Comment