Blog alin

Wednesday 27 June 2018

Mahkamah memutuskan untuk batal hukuman mati seorang remaja yang bunuh suami kerana cuba rogol dirinya



Mahkamah memutuskan untuk batal hukuman mati seorang remaja yang bunuh suami kerana cuba rogol dirinya | Mahkamah Rayuan Sudan membatalkan hukuman mati dan penjara terhadap seorang remaja yang membunuh suami kerana cuba merogol dirinya, kata seorang peguam. Noura Hussein, 19, mendakwa dipaksa untuk mengahwini seorang lelaki yang juga sepupunya, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bulan lalu oleh Mahkamah Syariah negara itu kerana membunuh. Juru kempen hak meminta Presiden Sudan, Omar al-Bashir agar mengampunkan Noura dengan alasan dia dipaksa berkahwin dan bertindak untuk mempertahankan diri. Peguam yang mewakili remaja itu, Al-Fateh Hussein berkata, berikutan itu, mahkamah semalam membatalkan hukuman mati termasuk penjara lima tahun tetapi Noura didenda AS$20 (RM80.50), tanpa memberikan butiran lanjut.


Menurut Noura, dia ditunangkan pada usia 16 tahun tetapi menolak untuk dikahwinkan dan melarikan diri ke rumah saudaranya selama tiga tahun. Dia kembali ke rumah keluarga di Khartoum pada April tahun ini selepas bapanya memberitahu perkahwinan itu dibatalkan tetapi ternyata dia ditipu sedangkan persiapan perkahwinan sedang dilakukan. Selepas berkahwin, Noura menolak untuk melakukan hubungan kelamin dengan suaminya tetapi selepas enam hari berkahwin dia dirogol dengan bantuan tiga ahli keluarga lelaki. Pada hari berikutnya, suaminya cuba merogol lagi tetapi dia cuba mempertahankan diri, bergelut lalu menikam suaminya hingga mati. Pada Mei tahun ini, Mahkamah Syariah mendapati dia bersalah kerana membunuh. - Reuters



#kesbunuh #kesrogol #kahwinpaksa #hukumgantungsampaimati




.

No comments:

Post a Comment