Blog alin

Thursday 7 June 2018

Lelaki dikecam selepas selamba swafoto berlatarbelakangkan kejadian wanita parah dilanggar kereta api



Lelaki dikecam selepas selamba swafoto berlatarbelakangkan kejadian wanita parah dilanggar kereta api | PASUKAN penyelamat pantas ke landasan untuk memberikan bantuan apabila seorang wanita Kanada cedera parah akibat dilanggar kereta api dalam kejadian di utara Itali. Namun, seorang lelaki menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia dengan selamba mengambil swafoto berlatabelakangkan kejadian tersebut. Tindakan lelaki itu berjaya dirakam oleh seorang jurufoto berita yang menyifatkannya sebagai tidak beretika. Susulan itu, lelaki berkenaan ditahan oleh pihak polis dan dipaksa memadam foto berkenaan. Setelah siasatan dilakukan, dia masih tidak mahu mengaku bersalah. Namun, foto perbuatan lelaki itu telah menjadi paparan utama akhbar di Itali dan tular di laman sosial.


Lelaki itu, Corriere della Sera dikatakan membuat tanda 'V' (kemenangan) menggunakan jarinya sewaktu merakamkan swafoto kontroversi berkenaan. Wartawan, Girogio Lambri yang merakam kejadian itu berkongsi pengalamannya menerusi akhbar Liberta menggunakan tajuk berita 'Sifat barbarik yang tidak dijangka: swafoto di hadapan tragedi.' Kejadian itu berlaku di platform stesen kereta api Piacenza pada 26 Mei lalu. Dalam pada itu, mangsa telah dibawa ke hospital dan kakinya terpaksa dipotong. -BBC



#swafoto #kemalangan



.

No comments:

Post a Comment