Blog alin

Tuesday 30 October 2018

Inilah antara berita, video dan gambar palsu mengenai insiden pesawat Lion Air JT-610



Inilah antara berita, video dan gambar palsu mengenai insiden pesawat Lion Air JT-610 | Mengambil kesempatan ke atas sebuah tragedi yang meragut nyawa dengan menyebarkan berita, video dan gambar palsu tidak seharusnya berlaku. Namun itulah yang terjadi terhadap insiden pesawat Lion Air JT-610 yang membawa 189 penumpang dan anak kapal yang terhempas ke dalam laut di perairan Karawang dekat Pulau Jawa semalam. Sejak insiden malang itu berlaku kira-kira pukul 6.33 pagi semalam tidak kurang lima gambar dan video palsu ditularkan di media sosial berkaitan pesawat dan penumpang Lion Air JT-610 itu. Lebih malang gambar dan video yang ditularkan tersebut merupakan gambar dan video lama yang sama sekali tidak ada kena menggena dengan Lion Air JT-610 namun melibatkan pesawat lain. Berikut antara gambar dan video palsu tular mengenai tragedi Lion Air JT-610: 1. Gambar seorang kanak-kanak perempuan yang diikat kemas dengan jaket keselamatan ditemui terapung tanpa kecederaan di tengah laut hari ini.



Kanak-kanak perempuan comel itu dikatakan satu-satunya penumpang pesawat Lion Air JT-610 yang terselamat dalam nahas yang mengerikan itu. Bayi malang tetapi bertuah itu sebenarnya antara penumpang KM Lestari Maju yang karam di perairan Selayar,Indonesia pada Julai lepas. Bayi bernama Aditya itu berangkat bersama ibu dan kedua kakaknya dari Bulukumba menuju rumahnya yang berada di Selayar sebelum kapal KM Lestari Maju karam di tengah lautan. Ibu dan kakak kanak-kanak itu kemudiannya mengikat jaket keselamatan pada Aditya sebagai usaha untuk memastikan dia tidak menjadi mangsa lemas. Bayi berkenaan ditemui pasukan mencari dan menyelamat di tengah lautan tidak lama selepas tragedi berlaku. 2. Visual berdurasi satu minit situasi dalam sebuah pesawat yang mengalami masalah teknikal yang dikatakan saat akhir Lion Air JT-610 sebelum terhempas ke dalam laut. Dalam klip video yang kabur dan gelap itu para penumpang kedengaran menyebut nama Allah dan mengucap serta menangis dengan nada sedih dan ketakutan.


Klip video tersebut berkenaan bukanlah situasi dalam Lion Air JT-610 sebaliknya berlaku dalam pesawat Lion Air JT 353 ketika dalam penerbangan dari Padang ke Jakarta. Pesawat itu berhadapan pergolakan udara yang menyebabkan pesawat berkenaan bergoncang hebat namun terselamat dari sebarang bencana yang tidak diingini.3. Gambar empat penumpang sebuah pesawat memakai topeng oksigen yang dikatakan berlaku dalam pesawat Lion Air JT-610 ketika kapal terbang malang itu berhadapan dengan masalah tenikal sebelum terhempas. Gambar yang disebarkan di media sosial itu disahkan palsu oleh Jurucakap Polis Metro Jaya, Raden Prabowo Argo Yunowo yang mengancam akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak sensitif yang menyebarkan gambar tersebut. 4. Gambar bangkai sebuah pesawat yang rosak teruk dan berlubang dikatakan sebagai Lion Air JT-610.



Pesawat tersebut sebenarnya merupakan bangkai pesawat Lion Air JT-940 yang terhempas di Bali pada tahun 2013. 5. Gambar amatur nelayan kononya saat akhir pesawat Lion Air JT-610 terhempas ke dalam laut. Penyebaran gambar dan video palsu tersebut disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab. Selain tidak menghormati mangsa nahas yang terkorban dan mengganggu emosi keluarga yang masih menunggu jasad mangsa ditemui. Pesawat Lion Air penerbangan JT610 terputus hubungan dengan menara kawalan 13 minit selepas berlepas. Tiada tanda-tanda seorang pun mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat baharu, Boeing 737 MAX 8 itu. Pasukan mencari dan menye­lamat menemukan beberapa ce­bisan manusia di lokasi nahas, kira-kira 15 kilometer dari pantai namun masih belum menemui badan pesawat malang itu.-UTUSAN




 #beritapalsu #pesawatlionairterhempas




.

No comments:

Post a Comment