Blog alin

Tuesday 25 September 2018

Calon UPSR maut sementara seorang lagi sedang mendapatkan rawatan kerana disengat tebuan



Calon UPSR maut sementara seorang lagi sedang mendapatkan rawatan kerana disengat tebuan | Nasib malang buat seorang pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Sawah Dato, Mersing hanya sempat menduduki peperiksaan UPSR pada hari pertama sebelum maut disengat tebuan petang semalam. Dalam kejadian 5.15 petang itu menyebabkan mangsa Mohd Faiz Hatim Zaidi, 12, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Daerah Mersing. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, kejadian berlaku di Kampung Tanjung Genting apabila mangsa bersama empat rakannya cuba mendapatkan buah kelapa. "Dipercayai kumpulan kanak-kanak lelaki tersebut telah membaling pokok kelapa untuk mendapatkan buahnya. Namun kayu yang di buat balingan telah terkena sarang tebuan yang berada berdekatan pokok kelapa tersebut.


"Akibatnya serangga tebuan tersebut telah menyerang kumpulan kanak-kanak berkenaan. Kesemua mangsa telah melarikan diri dan dua daripada mangsa dihantar ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan oleh ahli keluarga,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Tambahnya, susulan itu seorang kanak-kanak telah disahkan meninggal dunia, seorang lagi sedang menerima rawatan di hospital manakala tiga yang lain selamat. -SH



#calonupsr #disengattebuan



.

No comments:

Post a Comment