Blog alin

Sunday 3 June 2018

Pasangan suami isteri menang kes mahkamah halau anak daripada rumah



Pasangan suami isteri menang kes mahkamah halau anak daripada rumah | Sepasang suami isteri akhirnya memenangi kes mahkamah untuk mengusir anak lelaki mereka yang berusia 30 tahun selepas dia enggan keluar daripada rumah ibu bapanya, lapor akhbar MailOnline. Pasangan suami isteri itu, Christina dan Mark Rotondo berkata, mereka terpaksa memfailkan kes itu ke mahkamah selepas anak mereka, Michael Rotondo tidak memberi duit per­belanjaan untuk meringankan beban mereka selain tidak bekerja. Pada perbicaraan itu, Hakim Mahkamah Tinggi di Syracuse, Donald Greenwood mengarahkan Michael supaya keluar daripada rumah ibu bapanya yang terletak di bandar Camillus, kira-kira 320 kilometer ke barat laut bandar ini. Michael yang mewakili dirinya berkata, perintah mahkamah tersebut merupakan satu notis pengusiran yang melampau.


“Saya tidak berpuas hati kenapa mereka tidak menunggu sedikit masa lagi bagi membolehkan saya membuat persediaan sebelum diarahkan keluar rumah,” katanya. Menurutnya, tempoh enam bulan merupakan masa munasabah bagi seseorang yang selama ini bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan sokongan. Dalam saman yang dikemukakan pada minggu lalu, ibu bapanya telah mengeluarkan beberapa surat rasmi supaya anak mereka keluar daripada rumah bermula 2 Februari lalu. “Terdapat banyak peluang pekerjaan untuk individu yang memiliki sejarah buruk dalam pekerjaan seperti kamu. Cari satu pekerjaan. Kamu perlu bekerja,” kata dokumen yang difailkan di mahkamah. - Agensi


#halauanak #menangkesmahkamah #ChristinadanMarkRotondo



.

No comments:

Post a Comment